Khamis
Bansar Shopping Centre
*NCS @ 19 ZulKaedah 1447* * Tetaplah terus memberi peringatan, Ia bermanfaat
* Cetusan dari kuliah pada Ahad malam @ surau al al amin BTHO - orang beriman berjual beli dengan Allah.(1)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah yang meng hidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada Nya jua kami di himpunkan. Mulakan siap langkah dan juga tugasan dengan satu lafaz "Bismillah" - " Dengan nama Allah", dan secara automatik menukarkan rutin harian biasa menjadi satu ibadah. Tetapkan dalam hati dengan berniat hari ini dilakukan semata2 kerana Allah. Jom solat sunat Dhuha untuk menjemput rezeki dan ketenangan jiwa. Serahkan lah segala perancangan dan usaha hari ini pada Allah swt selepas berusaha demgan bersungguh sungguh.
Carilan amalan rohani mana yang membimbing kita untuk letak pergantungan sepenuh nya kepada Nya seawal celik mata.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat bertemu lagi, dengan satu semangat ingin setia pada nya dalam mendepani hidup di dunia. Terimakasih Allah, rasa di jiwa kehendak di hati kekal sepeti selalunya. Solat jemaah kekal menjadi keutamaan; atau paling tidak jika terlepas waktu berjemaah akan hadir juga ke rumah Nya. Ada pahala ‘iktikaf dan berpeluang berjemaah dengan sesiapa di sana.
Jom; sambung baca nota agama di petik dari kulliyah yang pernah di hadir di surau AlAmin. Membaca ilmu yang bermanfaat pada waktu pagi itu umpama "sarapan minda" yang boleh bantu menjanakan fokus dan juga tenaga positif sepanjang hari.
* Cetusan dari kuliah pada Ahad malam @ surau al al amin BTHO
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشْتَرَىٰ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلْجَنَّةَ ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّۭا فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ وَٱلْقُرْءَانِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ ۚ فَٱسْتَبْشِرُوا۟ بِبَيْعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعْتُم بِهِۦ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ ١١١
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang yang beriman akan jiwa mereka, harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebab kan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetap kan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janji nya daripada Allah? Oleh itu, bergem biralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Kita orang beriman ini sedang berjual beli dengan Allah swt. Surah At Taubah ayat 111, di mana Allah membeli jiwa dan harta orang beriman dengan balasan syurga. Ini adalah satu perniagaan yang paling agung dan pasti nya menguntungkan.
Allah swt "membeli" jiwa dan harta benda daripada orang orang yang beriman. Hakikat nya, semua itu adalah milik Allah, namun Dia memuliakan manusia dengan menganggap nya sebagai satu pertukaran.
Inti pati "perniagaan" kita dengan Allah swt adalah seperti begini: Dalam bab Modal ianya adalah diri dan harta. Serahkan lah seluruh kehidupan - ketaatan, masa, dan tenaga dan harta kita di jalan Allah. Jika nak mengira Keuntungan, ia nya adalah Syurga. Balasan yang Allah janjikan adalah kebahagiaan abadi dan syurga Nya. Dan Sesungguh nya dalam hal ini sifat transaksi, tiada ada risiko kerugian kerana Allah adalah sebaik baik pembeli dan juga penjamin.
Janji ini adalah benar dan telah ditetapkan dalam kitab-kitab suci termasuk Al Quran, Taurat, dan Injil.
Satu lagi rujukan adalah Surah As-Shaff, ayat 10-11, di mana Allah tawarkan "perniagaan" yang dapat menyelamatkan kita daripada azab yang pedih.
“Wahai orangnorang yang beriman! Mahukah Aku tun jukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamat kan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
Perniagaan ini bukan untuk mencari untung wang ringgit, tetapi matlamat utamanya adalah keselamatan daripada azab yang pedih.
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
Modal yang perlu di keluarkan sama dengan yang diatas: Iman yang Teguh: Percaya sepenuhnya kepada Allah dan Rasul tanpa ragu.Korbankan Harta: guna kekayaan untuk kebaikan dan juga dakwah. Pengorbanan Jiwa: berikan masa, tenaga, malah nyawa demi menegakkan kebenaran.
Mengapa Istilah "Perniagaan"?
Jumpa Esok…
#Akhirulkalam
Bermula dengan langkah kecil ini: membaca picisan agama, pasti ia akan menjadikan kita insan lebih berpengetahuan dan bersedia menghadapi hari dengan lebih baik!
Kekurangan ilmu agama jadi punca utama hidup terasa sempit susah, terutamanya apabila melibatkan masalah keakuan ego. Sifat ego yang tak dikawal boleh merosakkan hubungan, dan menutup pintu pintu rezeki, menghilangkan ketenangan jiwa. Akhirnya ia membawa kepada terlalu merasakan diri kita sentiasa betul, hebat, lebih mulia daripada orang lain.
Hadir nya ilmu dalam dada; mengajar kita segala kelebihan datang dari pada Allah swt. Tiada ruang untuk bersikap sombong kerana kita ini semua adalah hamba Nya yang sama taraf di sisi Tuhan. Kalau tak percaya hadirkanlah diri dalam majlis ilmu setiap hari atau jangan biarkan tertinggal dari majlis ilmu lebih dari tiga hari, lakukannya 40 hari, rasakan perubahan sikap dan cara berfikir…
Ini satu "formula" perubahan diri yang praktikal. Cuba mula kan, insya Allah, dan kesannya sangat luar biasa.
Wallahualam
Tabarakallah
Barakallahufikum
*#Copyright © by: Ncs68*
*7 MAY 2026*in

Comments
Post a Comment