Selasa
*NCS @ 24 ZulKaedah 1447*
* Tetaplah memberi akan peringatan, Ia bermanfaat
* #Ust saufi Azran berkulliah syarah tafsir ayat ayat 38-52 suratul al haqqah. ( part 3)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat pagi selasa kepada semua berada dalam dakapan Allah Swt hendaknya semua sehingga hari Selasa ini juga dipenuhi dengan ketenangan dan keberkatan. Dek kerana hari ini hari Selasa, jom kita semua cuba "recharge" emosi. Berjalan kaki sekejap di luar atau lakukan regangan ringkas. Udara segar dan pergerakan boleh bantu otak rembeskan hormon gembira - endorphin. Ingat, keceriaan itu tidak perlu tunggu perkara besar berlaku; ia ada dalam setiap kali rasa syukur kita. ALHAMDULILLAH
KESINAMBUNGAN nota Ustaz saufi Azran berkulliah syarah tafsir ayat 38-52 suratul al haqqah. ( part 3) di teruskan dan ini bahagian akhir.
Semoga bermanafaat
#syarah tafsir ayat 38-52 suratul al haqqah ( bahagian akhir)
50. Dan sungguh ia benar benar penyesalan bagi orang-orang kafir."
Orang orang kafir dan derhaka, hati mereka mengingkari dan tidak beriman kepada Qur'an. Pada telinga mereka ada satu sumbatan, sedangkan Qur’an itu suatu kegelapan kepada mereka. Mereka dihalang oleh keinginan mereka. Pada hari kiamat, apabila mereka melihat azab yang pedih bagi orang orang yang mendustakan dan pahala orangnorang yang mem benarkan Al Qur’an, mereka akan menyesal kerana meng ingkari Al Qur'an dan Nabi Muhammad saw.
"51. Dan sungguh kebenaran yang diyakini."
Al Qur'an adalah berita yang benar lagi hak, ilmu yang tetap, yang tiada keraguan, tidak goyang dan tiada kebimba ngan padanya. Yakin ada tiga tingkatan iaitu ‘Ilmul yaqiin, iaitu ilmu yang diambil dari berita, ‘Ainul yaqiin, iaitu ilmu yang diperoleh dari melihat langsung dan Haqqul yaqiin, iaitu ilmu yang diperoleh dari merasakan langsung.
Kebenaran Al Qur’an berada pada kedudukan paling tinggi, iaitu haqqul yaqiin kerana di dalamnya terdapat ilmu yang diperkuat dengan bukti bukti yang pasti, hakikat dan ma’rifat keimanan sehingga dengannya seseorang merasakan kebena rannya secara haqqul yaqiin.
"52. Maka bertasbihlah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Agung."
Bertasbihlah dengan meny ebut nama Tuhanmu Yang Mahaagung yang telah me nurunkan Al Qur'an yang agung ini. Sucikanlah Dia dari segala yang tidak layak dengan keagunganNya dan sucikanlah Dia dengan men yebutkan sifat2 keagungan, keindahan dan kesempurnaan Nya.
#Selesai tafsir surah AlHaqqah dengan pertolongan Allah dan taufiqNya, wal hamdulillahi Rabbil ‘aalamiin.
#kisah Bunya Hamka di wasiatkan imamkan solat jenazah Sukarno
#kisah Ujang dan orang yang halang hak karyanya.
#attaghabun surah cerita tentang penyesalan orang2 kafir.
#Akhirulkalam
Terimakasih Allah dengan anugerah senalam. Berjemaah subuh zohor dan isya di rumah Nya. Asar dapat berjemaah di pejabat bersama staff dan maghrib walaupun sendirian tapi di beri kekusyukan yang baik.
Ini adalah rezeki dan anugerah yang sangat bernilai. Men dapat peluang memenuhi panggilan Nya secara berjemaah di masjid atau surau, diberi pula nikmat kekusyukan, semoga ini jadi satu bentuk "kekayaan" jiwa luar biasa, di dalam keadaan kekayaan fizikal dalam depresi ketika ini.
Letaklah hubungan kita dengan Pencipta sebagai keutamaan di tengah tengah kesibukan kerja. Semoga momentum ibadah yang indah semalam menjadi pembakar semangat terus istiqamah hari ini.
Semoga dipermudahkan urusan minggu ini!
Jumpa esok
Wallahualam
Tabarakallah
Barakallahufikum
*#Copyright © by: Ncs68*
*12 MAY 2026*

Comments
Post a Comment