*Memasuki Hari Ke 6 RMO* - sambungan Wabak: Petanda Kiamat @ Ustaz Abdul Muizz (Part 2).
•Erti الطَّاعُون dalam hadis nabi saw...

Assalamu’alaikum..
Salam isra’ mikraj dan salam hari ke 6, sehari nak cukup seminggu kita mengurung diri..

Tiada kata dan bahasa nak di tulis menggambarkan apa yang sedang di alami. Yang ada hanya al Quran untuk di khatamkan sebanyak mgkn. Atas nama manusia, nak juga rasa berhibur, mujur ada TV dan internet menjadi tempat berhibur. Tapi bila tiba saat solat akan di guna kan sepenuhnya untuk merapatkan diri pada Allah sambil sambil sunnah lain juga berusaha di amalkan.

Kalaulah ada carta pie, agak nya berapa besar bahagian zikir, solat, ibadat, sunah nabi kalau nak dibandingkan dengan Hiburan, tidur dan makan? Mudah2an kita akan termasuk dalam golongan yang tidak sia sia kan peluang yang ada 2 minggu ini.

Alhamdulillah. Mengisi masa seusai zohor berjemaah dan selesai juzuk ke 5 secara membahagikan satu seorang satu helai, saya menuju ke Impian GC dengan memakai mask dan bersarung tangan untuk menyerahkan derma pada kedi IGC. Semoga ada lah perkiraan disisi Allah yang boleh menjadi pemberat timbangan baik di akhirat nanti. aaaminnn..

Untuk pagi ini, kita teruskan dengan nota ustaz Abdul Muizz...

*Ustaz Abdul Muizz*
*WABAK: PETANDA AKHIR ZAMAN ( Part 2)*


Peristiwa Wabak zaman Sayyidina Omar. Dalam hadis diriwayatkan dalam sahih Bukhari - nabi sebut;
“bila matinya aku maka dekatlah kiamat dan bila berlakunya kematian besar besaran dan nyawa manusia  adalah spt nyawa kambing”

Bila nabi bandingkan nyawa manusia dengan nyawa kambing, ertinya ianya “senang mati”. Kambing ni secara kejadiannya matinya amat mudah. Nabi nabi dulu banyak yang Allah tarbiah kan dengan menjaga bela kambing kerana kambing ini manja dan degil.

*“Kematian Besar2an”*

..merujuk kepada mati yang serta merta bukan penyakit yang melarat.

 Ibnu Faris - kematian besar2an merujuk kpd penyakit menyerang dada, merasakan tercelik dan tulang leher spt patah. Kalau Zaman kini, penyakit yang mudah tersebar dan serang anggota pernafasan.

*Erti الطَّاعُون dalam hadis nabi saw*

 Qadhi Abu Iyyad merujuk kepada Ta’un yakni apa2 penyakit yang mudah berjangkit; itulah الطَّاعُون yg dimaksud kan dalam hadis hadis nabi saw. Sars, hiv dan covid 19 juga adalah “taun”. Ta’un asalnya bermakna menikam (bukan sakit taun yg selalu kita refer kat Malaysia). Sifat nya adalah tak sempat untk berubat. Antara yg menjadi petanda kiamat adalah ada nya sakit “ta’un” - penyakit yang mudah berjangkit.

Ibnu Akil - al khamil tarikh - jelaskan kematian besar2an adalah disebab penyakit yang tersebar ke merata tempat yang tidak sempat nak berubat dan yang mematikan. Yang ini jadi tanda kiamat.

Para sahabat mengaitkan penyakit ta’un di Sham ketika zaman Sayyidina Omar. Tentera islam ketika itu di Sham dalam misi menguasai negara2 lain dan di ketuai Ubaidah bin Jarah. Dan bila sayyidina Omar dpt tahu ta’un sedang menular di Sham, dia keluarkan arahan tentera islam untuk keluar dari Sham kerana takut dijangkiti. Ketika itulah para sahabat antaranya Abdul Rahman bin Auf ingatkan omar tentang satu hadis nabi saw:

“Apabila kamu mendengar satu satu tempat itu di timpa ta’un ( satu penyakit yang berjangkit), jangan kamu masuk tapi kalau kamu dah ada disitu jangan keluar”.

Ketika itu tentera islam dah pun berada di tempat penyakit itu. Berlakulah berdebatan di kalangan sahabat, sehingga sayyidina omar merumus kan: kita keluar dari takdir Allah kita pergi takdir yang lain.

Sebab itu orang yang tak faham tentang hadis ini, akan berkata kita hanya takut pada Allah, kita tak takut pada virus. Ini ada yang tak kena. Islam sendiri suruh kita lari dari virus, bukan tak takut Allah tapi Allah suruh kita jaga diri.

Kalau ada tempat wabak, kita biar diri kita terdedah pada wabak, maka dengan takdir Allah lah kita akan mati. Tapi kalau kita usaha cegah maka takdir Allah juga selamat. Jangan dangkal dalam menilai kehebatan hadis hadis nabi saw.

Hadis ini menggambarkan nabi saw mengajar ilmu kuarantine. Sapa yang dah kena jangan bergaul dengan yang belum dan sebaliknya.

.. sambung esok pula..

*Akhirul kalam...*

Firman Allah SWT:

لَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dlm bahaya kebinasaan”
Surah Al-Baqarah (195)

Saya bertemu dengan satu tafsiran dari Ulamak yang menegaskan setiap perkara yang membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat ini.

Bertemu satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Nabi SAW :

“Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.”
Sahih AlBukhari (5707)

Jumaat baru ni ramai yang mengeloh sebab tak de solat berjemaah, kalaulah makan makanan berbau pun nabi saw larang pergi solat berjemaah, apatah lagi kalau yang menjadi punca tersebarnya penyakit.

Alhamdulillah. Ramai dah stay safe, stay at home. Jalan pun kosong..

Wallahu’alam
Wassalam

Di tulis oleh : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S