Posts

Showing posts from June, 2026
Image
 Sabtu Suboh - Surau Al Amin *#NCS @ 26 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat •Ketenangan dan rasa bahagia yang di rasakan malam tadi di Surau Al Amin BTHO : nota pencetus ummah @ surau al amin ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam kemuliaan buat yang di muliakan Allah swt semuanya. Mulia Nya Kita bila kita setia kepada Allah. Kemuliaan yang hakiki bersumber daripada keimanan dan ketaatan kepada Allah swt. “Sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwa di antara kamu." (Surah Al-Hujurat: 13) Allah swt memberi motivasi kepada orang yang beriman untuk tidak berdukacita dan tetap yakin, kerana kita akan berada pada kedudukan yang tinggi jika benar2 beriman. "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan agama), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya dan mulia) jika kamu orang orang yang beriman." (Ali 'Imran: 139) Semoga kita dikekalkan ak...
Image
 Jumaat Terowong Pencala waktu Dhuha *#NCS @ 26 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat •Ustaz burhanudin Helmi - mlm Jumaat di surau al amin ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Jumaat terkakhir bagi 1447  yang penuh barakah dan keinsafan. In shaa Allah kalau panjang umur bertemu lagi Penghulu segala hari ini di tahun baru nanti. Pastinya apa yang berlalu itu akan dirindui samaada manis atau pahit. Jadikan lah ia teladan dan sempadan membina semangat baru menuju Illahi kerana umur tak akan berkurang. Malah ber tambah. Berkat semangat baru itu akan bertambahlah juga rah mat dan redha Allah. Ingat lah, mati itu pasti yang tidak pasti bila akan terjadi nya mati. Ber sedialah selagi hidup, bina lah rumah bahagia di akhirat dari susunan batu bata kehidupan dunia.  “Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah disediakan (dari amal-amalannya) untuk hari esok (hari akhirat)." (Surah alHasyr: 18) Peringatan Rasulullah SAW: "Perbanyakkan...
Image
 Khamis Daari Jalan Suasana 1/2 *#NCS @ 25 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat •Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho pada pagi sabtu 6/6/26. (PART 2) ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam ketenangan kedamaian buat sesiapa yang sempat beradu mata dan minda disini. Ucapan istimewa ini kerana semalam diserang hendap percakaran dalam hati teruk berkocakan. Terimakasih Allah dengan ujian kerja kerja dunia, risau masa depan bila kedudu kan keewangan semakin meru ncing sehingga mengganggu keindahan rasa utk beribadah. Allahuakbar. Namun mujurlah Allah kuatkan semangat ini dengan cekalkan hati terus terusan beristighafar dan lawan rasa malas, terus duduki majlis ilmu bersama ustaz zul salleh tafsir al mulk - kisah nya bantuan Allah kepada nabi saw dalam pada mendepani musuh musuh islam. Maka, apalah san gat nya rasa gelisah yang tak tenteram dek overthinking hal berkenaan urusan dunia.   Surah At-Talaq, ayat 2-3: "...
Image
 Rabu *#NCS @ 24 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat.  Pesanan untuk diri sendiri di pertengahan minggu terakhir di hari Rabu terakhir dalam Zulhijjah 1447 H.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi Rabu pertengahan minggu terakhir dalam Zulhij jah ini, betapanya kita akan merindui jejak semalam yang berlalu, dengan penuh harapan semoga apa yang berlaku sem alam menyedarkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan ya ng sama. Lembaran Zulhijjah yang bakal melabuhkan tirai nya sememangnya menjemput kita bermuhasabah sedalam dalamnya tentang segala khilaf yang lalu. Prinsip mukmin yang bijak; tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali; satu pegangan yang matang. Bagaimanapun, setiap dari kita akan berdepan corak cabaran hidup yang berbeza dalam usa ha untuk berubah dan membai ki diri. Oleh itu biar jiwa sentia sa dahagakan kebaikan dan pembaikan diri (muhasabah). ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Allah, ada la...
Image
 Selasa Rasa Nostra Alam Damai •Fikrah NCS kala sebuah dinihari 23 Dzulhijjah 1447 H.  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Tiba tiba minda terjaga, dengan kecepatan masa yang semakin laju meninggalkan kita, baru saja rasa nya awal muharam di sambut, kini satu lagi awal muharam bakal di sambut; tinggal seminggu lebih kurang kita akan berada di 1448 H. Kalau nak di bandi ngkan dengan dulu dulu pada zaman 70, 80 dan 90 an dulu, masa masih terasa gerakan nya perlahan lahan, enjoy dari pagi sehingga malam meleret leret. Se perkara lagi, bahang alam pun dah tak sama lagi, terkini, kalau panas tu panas melampau. Kalau ada sejuk pun seperti pelik sejuknya. Dalam konteks Islam, peruba han ini adalah ujian atau seba hagian dari proses Allah meru bah alam sebagai tanda ham pirnya perpisahan dunia.Inilah dia fasa akhir zaman di fasa hujung nya.  Ini disebabkan kerana hilang nya keberkatan masa, menjadikan kesibukan harian seolah olah tidak mem beri hasil atau masa yang men cukupi. Ini a...
Image
 Isnin *#NCS @ 22 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. •Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho pada pagi sabtu 6/6/26. (PART 2) ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Damai sejahtera lah seawal pagi isnin yang pastinya sibuk dek kerana sekolah sudah di buka semula dan para petugas sudah pun balik sepenuhnya berdepan tugas hakiki. Apa lagi kalau di kota kota raya. Apa pun sibuk nya, subuh pagi jangan lupa berjemaah diikuti solat fardhu yang lain. Mohon lah Allah buka hati juga jaga anggota dan jiwa untuk sibuk tara mana pun, tidak lupakan dia. Bukan senang hendak implement keyakinan kita bahawa ketaatan kita pada Nya adalah segalanya dalam hidup kita. Kesibukan di awal minggu sering kali menguji, namun ia adalah waktu terbaik untuk kita membina benteng rohani. ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulillah semalam berlalu lah hujung minggu  produktif dunia dan akhirat. Masa untuk bersama keluarga be...
Image
 Ahad Kuliah Suboh - Ustaz Bazli Zakaria. "Hijab" Sifat DiSukai Allah SWT Tahan Marah Dan Tidak Tergesa Gesa Beza Antara Definasi  (Bahasa) Dan Syarak Hijab - Tertutup. Memisahkan antara izinkan Allah SWT.  *#NCS @ 21 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia nya bermanfaat. •Permata bagi orang yang beriman di kupas Ustaz Wan Jemizan di surau al Amin btho di pagi hari sabtu @ 6/6/26. (PART 1) ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kesejahteraan buat semua semoga Allah swt merestui keberadaannya kita di muka bumi ini. Indeed, keberadaan manusia di muka bumi sering di kaitkan tentang keamanan, kedamaian dan tujuan murni penciptaan manusia sebagai khalifah. "Wahai orang orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya, dan jangan lah kamu mengikuti langkah langkah Syaitan. Sesungguh nya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (Baqarah: 208) Kita diseru mohon keamanan, berusaha memakmurkan bumi dengan kebaikan, sentiasa juga memohon kesejahter...
Sabtu Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA. Di dalam hadis ini, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat tentang adab-adab ketika berada di laluan awam atau tepi jalan. ​Berikut adalah teks lengkap hadis tersebut dalam bahasa Arab beserta terjemahannya: ​Teks Penuh Hadis (Bahasa Arab) ​عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ بِالطُّرُقَاتِ". فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا لَنَا مِنْ مَجَالِسِنَا بُدٌّ نَتَحَدَّثُ فِيهَا. فَقَالَ: "إِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجْلِسَ، فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ". قَالُوا: وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: "غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلاَمِ، وَالأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ، وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ". (Muttafaqun 'Alaih: Riwayat Al-Bukhari, No. 2465 & Muslim, No. 2121) ​Terjemahan Lengkap ​Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda...
Image
 Jumaat *#NCS @ 18 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. Di Pagi cuti hari selasa @ surau Al Amin BTHO - manifestasi (kesan) dari sebalik korban ust mohd shafei abdul halim (2) ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Keberkatan di pagi Jumaat kepada semua yang melintasi ruang ini, bangkitlah dari tidur yang pastinya hanya kerana Dia kita masih ada lagi. Jan  gan pernah sombong pada Nya. Bangkitnya dari tidur, bukti kekuasaan Allah swt, segala nikmat dan kehidupan ini mutlak milik Nya.  "Allah memegang jiwa (orang yang mati) ketika matinya dan memegang jiwa (orang yang belum mati) ketika tidurnya; maka Dia menahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kema tiannya dan melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguh nya pada yang demikian itu terda pat tanda tanda (kekua saan Allah) bagi kaum yang berfi kir." (Az Zumar: 42) Semoga pagi hari Jumaat ini menjadi permulaan yang baik diberkati untuk kita semua.. ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْ...
 Khamis *#NCS @ 18 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. Di Pagi cuti hari selasa @ surau Al Amin BTHO - Manifestasi (kesan) dari sebalik korban ust mohd shafei abdul halim (1) ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam pagi Khamis yang men yamankan semoga damailah mana mana jiwa yang resah pagi kerana sesungguhnya selepas suatu kesusahan akan datang lah kesengan. Ini ber silih ganti menjadi ujian untuk kita semua selagi ada didunia.  Surah AlInsyirah (ayat 5-6). ‎فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا (6) (5) Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. (6) Sesungguh nya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Dunia ini pentas ujian. Kese nangan adalah ujian kesyu kuran, manakala kesusahan adalah ujian kesabaran. Berpra sangka baik lah dengan takdir Nya. Semoga ini menjadi penguat semangat  dalam menghadapi apa jua cabaran dan ujian kehi dupan. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersen diri. Semoga urusan di ha...
 Rabu Bezabtaauhid vs Tasauf Fekah - Utk tahu sah atau tidak, belajar dlam fikh. Wudhunya, takbirnya, bacaannya belar dlam fikh.   Tauhid - Siapa yang kau sembah. Utk mengenal siapa yg disembah, itu TAUHID. Gurunya itu Murabbi. Tasauh - Adab dalam menyembah. Gurunya dinamakan mursyid. *#NCS @ 17 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. Pasca Aidil adha. Ustaz Amar @ Surau al amin pagi ahad 24/5/29 (2)  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Rabu dalam rindu selalu pada Mu, ya AL Hayyu (Yang Maha Hidup); selamat jalan kan tugas tugas hakiki, demi untuk akhirat yang di nanti, juga demi dunia yang perlu di lalui. Zahir kan lah semangat persiapan terbaik; dunia ini dilalui dengan cemerlang, akhi rat sentiasa di dalam ingatan. Semoga setiap titik peluh usa ha murni hari ini dinilai ibadah memberat kan timbangan di sana kelak. Al-Qasas Ayat 77: "Dan carilah pada apa yang telah dianuge rahkan Allah kepada mu (keba hagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu...
Image
 Selasa Kuliah Suboh Surau Al Amin  - Ust Shafie Halim Hikmah Korban Penghujung Zulhijjaah 1447. Buku baru, tahun baru. Amalan dan akhlak bertambah baik.  Ibadah korban mengzahiran ° Lahir nilai pengorbanan(value) setiap keddukan sebgai suami atau ayah, isteri atau ibu.   ° Lahir keSyukuran - Mindset harta yg ada bukan hak kita.  ° Lahir Taqwa Ujian Ibrahim ° Lambat dpt anak ° Dapat anak, arahan tinggalkan anak. ° Lpas itu sembelih anak. Hari pertama -Mimpi sembelih anak. Arafah (Diketahui). Mimpi sebagai mainan. Hari Kedua - Konfirm sembelih anak. Solat - Bila dpat 50 rakaat, Allah SWT turunkn nabi dan berjumpa nabi Musa. Why? Mengapa bukan Ibrahim di langit ke 7? Islam adalah satu agama  yang ada - Prinsip, Fakta dan Hujjah.  Al Massa - Dialog diantara Abu Lahab dijawab direct dari Allah SWT.  *#NCS @ 16 Zulhijjah 1447* #Tetap memberi peringatan, Ia bermanfaat. Pasca Aidil adha. Ustaz Amar @ Surau al amin pagi ahad 24/5/29 (1) ‎السلام عليكم...