☆Ahad, 18 Dhul Hijjah 1441, 09/08/2020☆

 Diari Kehidupan


Pasang niat bermusafir. Sempat mendengar kuliiah suboh melalui Youtube. Berpagi di Kuantan. Sempat bersarapan di Kosma bersama isteri dan anak anak. "Abdullah". Hari ini Haziq akan tinggal bersama2 kawan2 di asrama UMT Pahang. Proses menjadi dewasa.

AsSalamu'alaikum

Seusai solat subuh berjemaah sempat mendengar kuliah subuh Surau Alamin oleh Ustaz Aiman melalui saluran Youtube. Setiap orang boleh "Broadcast". Perkara yg menjadi topik kuliah dan huraian adalah fadhilat Surah Al Baqarah (286 ayat) dan Ali Imran (200 ayat) Walaupun kedua dua ini adalah antara surah yang terpanjang ianya mempunyai kelebihan sepertimana yg di ceritakan oleh Nabi SAW. Beberapa perkara yg menjadi ibrah kerana bacaan surah Al Baqarah itu terdapat padanya keberkatan, keistemewaan di akhirat dan pendinding sihir. Sepertimana yg di ulas dalam tafsiran oleh ahli tafsir, al Quran akan menjadi peguambela si pembaca diakhirat nanti.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata:

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا

Maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”. [Riwayat Imam al-Darimi (3425)]

Akhir Kalam

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa mempelajari, menghafaz dan mengamalkan surah ini, dia mendapat balasan yang besar di sisi Allah سبحانه وتعالى. Di akhirat kelak, surah ini akan berjalan bersama surah Al-Baqarah dengan melayang-layang seperti awan, teduhan atau payung. Ia berjalan di hadapan tuannya. Segala bahaya api neraka yang hendak mendatangi tuannya, ia akan menghalang dan mempertahankannya.”

Terdapat perbezaan diantara mubarak dan berokah. Mubarak sesuatu yg turun membawa keberkatan. Barokah dia sendiri yg membawa keberkatan.


Wallahu’alam 
Wassalam

Hotel Kosma #213, Kuantàn Phg
- HjKY -

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S