☆Jumaat, 16 Dhul Hijjah 1441, 07/08/2020☆
Diari Kehidupan
AsSalamu'alaikum
Alhamdulilah sempat bersolat di Al Amin setelah 4 hari tidak berkesempatan kerana bermusafir ke Pantai Timor. Suhuh berjemaah di imami oleh Imam Rosli dengan suhud sejadah.
Ujian ALLAH SWT
Kesempatàn mendengar tazkirah ringkas Jumaat oleh Ustaz Amin
Allah menguji kita hamba dengan ujian senang dan susah. Susah memudahkan kita ingat kepada Allah dan cabaran besar bila kita diberi kesenangan. Ujian amat berat spt Harman, Namrud dan Qarun. yang melupai Allah SWT. Cabaran rezeki kita akan membawa kita ke syurga dan neraka.
Pengsannya Hassan Al Basri
"Apabila aku ingat ahli neraka yang meminta air daripada ahli syurga"
Hassan Al Basri pengsan takala memegang segelas air ditangan nya. Ketika ditanya oleh seorang sahabatnya dijawab beliau, insiden berlaku kerana beliau mengingat akan ayat ayat Quran.
Firman Allah SWT bermaksud: "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan yang mengerjakan solat; Dan kami tidak pernah memberi makan orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan." (Al-Muddaththir: 42-46)
Khutbah Hari ini
Jagalah Lidah dan tanganmu.
DImulai dengan takut pada Allah SWT
Diriwayatkan oleh Abdullah ibn ‘Amru r huma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
... الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Maksudnya "Seorang muslim itu adalah merela yang membuatkan muslimyang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya."
[Sahih al-Bukhari, no. hadith 6484]
Akhir Kalam
Hasad dengki, fitnah, buruk sangka adalah sebahagian daripada penyakit diakhir zaman, yang menjadi penghitung kepada kita dihadapan Allah SWT. Ia merupakan barah dan kanser yg memakan amalan amalan baik yang kita amalkan seperti api yang membakar dayn daun kering. Untuk mengubati penyakit ini, ustaz memperingati dirinya dan kita agar senantiasa berzikrulullah, menghiasi dan menghadiri majlis majlis ilmu. Inilah ubat penenang yg boleh membantu kita mengemudi bahtera kita di samudera dunia. Dikhutubah yg sama juga khatib memperingatkan supaya kita menjaga lidah dan tangan dan juga akhlak kita.
Wallahu’alam
Wassalam
- HjKY -
Comments
Post a Comment