☆Selasa, 20 Dhul Hijjah 1441, 11082020☆
Diari Kehidupan
Membicarakan tentang IslamAsSalamu'alaikum
Kita ingin hidup di dalam naungan redha Allah سبحانه و تعالى. Sedangkan Allah سبحانه و تعالى telah menegaskan di dalam semua Kitab-Nya bahawa satu-satunya agama dan jalan hidup yang diredhai-Nya hanyalah agama Islam.
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”
(QS. Ali Imran [3]: 19)
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Hari ini berbincang mengenai permindahan staff balik kampung. Bila dibincangkan terkeluar beberapa perkara yg diambil kira termasuk kesesuaian, pengorbanan dan bakal pengganti. Walaupun sering kita dengar "No One Is Indispensable" tapi bila sudah dapat calun yg sesuai dan membawa amanah dengan baik maka susah kita lepaskan. Belum tentu yg datang mengantikan mempunyai keupayaan yg sama. Kes kes sebegini banyak saya temui semasa bertugas di negeri dipantai timur semenanjung Tanah Melayu. Pandai berbahas mengenai agama tetapi tiada pelaksanaannya.
Akhir Kalam
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berhakim kepada taghut dan syaitan
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. Surah An-Nisa’: 60
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. Surah An-Nisa’: 61
Begitu lah apa yg telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Pesanan demi pesanan.
"Ya Allah jauhkan kami dari sifat orang2 munafik. Bantulah kami. Bimbinglah kami."
Wallahu’alam
Wassalam
- Coretan HjKY -
Comments
Post a Comment