Bacaan Tafsir Al Quran Harian Isnin 7 Sya'aban 1444 (7_8_1444)/ 27_2_2023., Tafsir Ar Rahman. (QS.Al-Baqarah: 81-86), Ms26-27 #14.2023 Nasihat Agama Ramainya manusia saat di mahsyar hingga tak bertemu depan belakang dimana kita. Selepas itu kita berada di alam mizan, masa ini adalah manusia paling takut kerana saat ini samaada menerima buku amalan dengan tangan kanan atau kiri. Selepas di timbang amal, manusia akan terpecah pada dua. Satu nya golongan yang diberi cahaya yang pelbagai, cahaya untuk memudahkan meniti titian sirat, besar kecil cahaya itu bergantung pada iman kita ketika di dunia. Golongan kedua, ada empat : satunya, al a’araf, dosa pahala sama banyak, munafik, kufur dan kafir. Sirat ada empat sifat licin tajam halus dan jauh nya ialah 5000 tahun perjalanan. Sebab itu Allah jadikan dunia adalah masa untuk diguna kan menyembah Allah atas keesaanNya, dunia ini pada hakikatnya pendek masanya, diakhirat kita akan menyesal.