Sel: 37/2023: Coretan.In.My.Mind.#58


 

BTHO

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia yang Maha Pembuka, membuka pintu hati para hamba Nya untuk merasai akan nikmat kebenaran. Allahumma iftah ‘alayna futuh alArifin.

Al Quran Sehari Satu MukaSurat

Al Quran Sehari Satu MukaSurat
Selasa 16 Rejab 1444 (16_7_1444)/ 7_Feb2023., Surah Al Maun,  Surah Al Kauthar dan Surah Al Kafirun
#513.202

AL - MAUN Juz'30, Surah_107(7) Ayat
Surah Al-Ma’un (سورة الماعون) adalah surah ke-107 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri atas 7 ayat. Kata Al Maa'uun sendiri bererti barang-barang yang berguna, diambil dari ayat ke-7 dari surah ini.

Isi kandungan surah menceritakan ancaman terhadap mereka yang tergolong mendustakan agama yakni mereka yang mengherdik anak yatim, tidak menolong fakir miskin, riak (ingin dipuji sesama manusia) dalam solatnya, serta enggan menolong dengan barang-barang yang berguna.

AL - KAUTHAR Juz'30, Surah_108 (3)
Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر) ialah surah  ke-108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al Kauthar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran.

AL - KAFIRUN Juz'30, Surah_109 (6)
Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) adalah surah ke-109 dalam Al Quran.  Surah ini terdiri atas 6 ayat dan  termasuk surah Makkiyah. Nama  Al Kafirun (orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat  pertama surat ini.

Definasi Bahasa Arab
Kafirun Orang2 Kafir

Nasihat Agama

Jangan ada sikap, “orang datang pada kita, kita jadikan kuli, jika kita datang pada orang kita nak di mulia kan. Jangan lah sampai kita merasa orang kena bagi assalammualaikum pada kita dulu, ruginya sifat sombong besar diri sebegini. Orang sebegini biasanya, tidak akan mengaku salah dan jika bersalah akan ada dalih. Jika diberi nasihat dia tidak mahu dengar nasihat. Janganlah juga, kita jadikan perangai kalau nak bagi pandangan pun dengan suara keras. Suka komplain, yang Suka komplain ini juga adalah satu penyakit. Kita semua bukan sempurna, kalau bagus di sini, ada yang bahagian tak bagus.

 Di hina di tengking orang lain dan di pandang orang lain macam keldai, dan dikatakan orang lain bodoh - ini adalah penyakit orang yang suka bangga diri.


Jaga jaga bila ada rasa bangga besar diri, ianya boleh melampau hingga merebak hingga tak mahu mengaku dia hamba Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S