Rab: 38/2023: Coretan.In.My.Mind.#59
Masjid Bandar Tun Hussien Onn
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia yang Maha Pembuka, membuka pintu hati para hamba Nya untuk merasai akan nikmat kebenaran. Allahumma iftah ‘alayna futuh alArifin.
Al Quran Sehari Satu Muka Surat
Rabu 17 Rejab 1444 (17_7_1444)/ 8_Feb2023.,
Surah Al Nasr, Surah Al Massad dan Surah Al Ikhlas
#514.202
AN - NASR Juz'30, Surah_110 (3) Ayat
Surah An-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam al-Quran. Surat ini terdiri atas 3 ayat dan termasuk surah Madaniyah. An Nashr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surat ini yakni janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.
AL - MASSAD Juz'30, Surah_111 (5) Ayat
Surat ini juga dinamakan Surah Al-Masad (سورة المسد , sabut). Surah ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. memulakan dakwah secara terbuka kepada semua penduduk Makkah dengan memanggil mereka berhimpun di Bukit Safa, sekitar tahun 613 M. Abu Lahab dengan segera mengutuk baginda.
AL - IKHLAS Juz'30, Surah_112 (4) Ayat
Sūraṯ al-Ikhlāṣ (Arab: سورة الإخلاص) (Yang Ikhlas), atau Sūraṯ al-Tawḥīd (Arab: سورة التوحيد) (Monoteisme) adalah surah ke-112 dalam al-Quran. Ia merupakan penyataan ringkas tauhid, keesaan mutlak Allah, yang terdiri daripada 4 ayat. Al-Ikhlas bererti "kesucian" atau "penulenan", yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan - Islam, seperti paganisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam al-Quran yang namanya tidak hadir atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.
Nasihat Agama
Beringat berwaspada berhati hati. Teruskan buat kebaikan sebelum terlambat. Andai terdetik saja nak lakukan kebaikan lakukanlah segera janganlah bertangguh…
Comments
Post a Comment