Isn: 36/2023: Coretan.In.My.Mind.#57
BTHO
Kebersihan adalah sebahagian dari Iman
Isyak Masjid Bandar Tun Hussien Onn
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia yang Maha Pembuka, membuka pintu hati para hamba Nya untuk merasai akan nikmat kebenaran. Allahumma iftah ‘alayna futuh alArifin.
Al Quran Sehari Satu MukaSurat
Isnin 15 Rejab 1444 (15_7_1444)/ 6_Feb2023., Surah Al Fil, Al Quraish
#512.202
AL - FIL Juz'30, Surah_105 (5) Ayat
Surah al-Fiil (سورة الفيل - Surah Gajah) adalah surah ke-105 dalam al-Quran. Ia adalah surah Makkiyah yang terdiri dari 5 ayat. Ia menghuraikan kejadian Tahun Gajah, tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW di mana berlakunya gagalnya usaha penghancuran Kaabah oleh Abrahah, seorang pembesar Yaman dan 60,000 orang askar termasuk di antaranya 13 (atau 9 dalam versi lain) ekor gajah yang ditunggang berperang.
QURAISH Juz'30, Surah_106 (4) Ayat
Surah Quraisy (سورة قريش) adalah surat ke 106 dalam al-Quran. Surah ini terdiri atas 4 ayat dan tergolong surah makkiyah. Kata Quraisy sendiri merujuk pada kaum Quraisy yakni kaum(suku) yang mendapat kepercayaan menjaga Kaa'bah.
Imam Ghazali - ssghnya takabur dengan iktibar ada tiga jenis:
•Besarkan diri pada Allah, inilah sebusuk busuk besar diri. Ini sebabkan jahil dan sesat. Seperti Namrud yang istiharkan perang dengan tuhan nabi Ibrahim as. Siapa tuhan kamu? Yang memati kan menghidup makhluk, namrud: aku pun boleh. Lalu dibawa dua orang, seorang di bunuh dan seorang lagi di lepaskan. Lalu Allah hadir kan seekor lalat, membunuh Namrud dan indeed Allah tak malu berbuat perbandingan dangan seekor lalat.
•Membesarkan diri pada pesuruh Allah. Sepertinya, Abu Lahab. Walaupun dia tahu ajaran nabi saw itu betul sebab kan kedudukan nya dia tak terima muhammad itu pesuruh Allah malah merasa lebih mulia dari Nabi. Itulah juga berlaku pada kaum Nabi Noh. Bila noh ajak semuanya masuk kapalnya tapi mereka menolak kerana merasa boleh naik ke tempat yang lebih tinggi. Seperti nya juga, kita sekarang menolak hadiri masjid ilmu kerana ada rasa besar diri. Ini hanya menjadi kan kita jahil, kerana sangka nya kita benar, tahu semua.
•Membesarkan diri sesama hamba Allah. Merasakan diri lebih baik, lebih darjat hingga merendahkan orang lain. Hinggakan benci orang lain kerana rasa diri lebih baik.
Sejahat jahat Manusia adalah manusia yang lupa dan lalai tidak ingat kubur dan hancur badan nya jadi tanah.
Comments
Post a Comment