Kha; 53/2023: Coretan.In.My.Mind.#74
TKasih Allah memahamkan Agamamu pada kami.
𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐉𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐔𝐓 𝐈𝐌𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐆𝐇𝐀𝐙𝐀𝐋𝐈
*1. Kawan yang pertama kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita.*
*Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.*
*2. Kawan yang kedua dia tidak ada ilmu, tetapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.*
*Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.*
*3. Kawan yang ketiga dia tidak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tidak terima dan bagi bermacam-macam alasan seolah-olah dia tidak suka ilmu yang disampaikan. Dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.*
*Imam Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan, takut-takut kita terikut cara dan tingkah laku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.*
*Mohon lah kepada Allah SWT agar dikurniakan hati yang terang untuk menerima nasihat dan teguran. Semoga Allah kurniakan kawan/sahabat/taulan yang soleh kepada kita..AAMIIN.*
Comments
Post a Comment