*taubat dan tasawuf..* Nota kuliah Ustaz abdul aziz abdul Ghani... Assalamu’alaikum... Sallam pagi. Terlalu penting utk mulakan hari ini dgn sesuatu yang akan menguntungkan diri kita. Tiadalah pula hal yang lebih baik dari hal hal urusan yang memberi kebaikan utk kita .. akhirat dan dunianya sekali. Maka, berusahalan untk bacal ayat suci daripada Allah setiap hari sebelum keluar dari rumah walaupun hanya satu ayat. Dgn ini, ertinya kita cuba untuk seawal mungkin untuk mewujudkan satu ‘tali perhubungan’ dengan Allah. Apatah lagi berbicara tentanh mati, tiada siapa yang tahu dan bayangkan jika kita ditimpa kecelakaan di pertengahan jalan dan ditakdirkan kita meninggal dunia, betapa bermaknanya kematian itu kerana kita telah memulakan hari kita dengan mengingati Allah, dan pengakhirannya juga dengan Allah. Aameen.. *Pemgisian Pagi* Nota kuliah Ustaz Abdul Aziz Abd Ghani. Taubat adalah salah satu daripada permulaan jalan ke akhirat. Sesiapa nak jalan ke akhirat kena se...
Posts
Showing posts from September, 2019
- Get link
- X
- Other Apps
*Mencari Jati Diri Muslim* Nota pendek dari kuliah Ustaz Dr Azmil. Assalamu’alaikum.. Salam “Monday”.. Kita mulakan pagi ini dgn membaca satu ayat dari surah Annur Ayat 41: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ “Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung mengembangkan sayapnya. Masing masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kicauan burung berikan kita satu cara memulakan hari, kicauan merdunya tanda mereka memulakan hari dengan syukur dan memuji kebesaran Allah swt. Bersyukur dan teruskanlah bersyukur, sama sama kita tidak “fail” memulakan hari dengan memuji Allah, insya Allah hari kita akan dipenuhi kebahagiaan, ketenangan. Jauh dari perasaan tidak tenang. ...
- Get link
- X
- Other Apps
*DIARI PETANG SABTU - Terimakasih Allah dan sedikit pengisian pagi Ahad ( Inspired by Kuliah Ustaz “ Mat Cina”)* Assalamu’alaikum.. الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ “All praise and thanks are only for Allah in all circumstances” Marilah kita mulakan hidup kita dipagi Ahad serba sempurna ini dgn ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya... *Diari Petang Sabtu* Syukur sangat, petang semalam dapat sekali lagi turun bersama dgn rakan2 team bolasepak Shogun Fc dalam liga social veteran “expatriates “ Kuala Lumpur di padang “turf” sekolah International Ampang. Dah masuk tahun ke lima menaja team ini, selaku tugas social dalam usaha memupuk semangat “Ukhuwahfillah” dan juga berdakwah ke arah sukan dalam islam. Bukan alternative tapi yg sebenar nya. Tak salah bersukan jika ianya tidak melalaikan dan ada peringatan2 tentang dunia dan akhirat di adakan dan di selitkan.. “sama sama kita berdoa semoga masa yang kita habi...
- Get link
- X
- Other Apps
*Hati Muslim - cinta kasih pada Allah swt dan Nabi Saw - Jangan Cabar, bukan Amaran tapi jangan memaksa ( Ungkapan Ustaz Shukri Harun)* Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Syukur Nikmat.. Cara hidup adalah sebuah pilihan. Tetapi kadang2 kita tiada pilihan. Kalau goyah dan rebah, bangunlah dan melangkahlah semula, terus kan perjuangan sisa2 hidup. Pd satu peringkat, pejamkan mata dan yakin Allah tahu apa yang terbaik buat kita... InsyaAllah. Subhanallah. Istikarahlah, kemudian buat pilihan. Redha dgn pilihan. Senyumlah. Kemudian, terus melangkah dengan gagah. Hidup adlah satu perjalanan yang panjang, hujungnya sejauh pandangan mata. Adakalanya laluan makin payah, as time goes by, yang pasti kaki kita mula lelah dan langkah kita semakin lemah. Maka, hanya hati yang sarat dengan keyakinan pada janji dan rahmat ALLAH sahaja yg akan kekal kuat dan tidak rasa sendirian. Moga semua perkongsian akan memberi manfaat, terima kasih. *kata kata Ustaz Shukri Harun - rentetan dar...
- Get link
- X
- Other Apps
[Last Part] *Dunia Islam selepas SEPT 11* Ulasan Ustaz Abdul Mu’izz... Assalamu’alaikum.. Alhamdulilah. Selamat mencari sebuah ketenangan diseawal pagi. Bila jiwa tenang, banyak perkara menjadi mudah dan dipermudahkan. Minda dan jiwa adalah penting dalam jasad kerana saling berkait secara langsung. Lemahnya minda meruntun jiwa dan kuatnya minda menenang kan jiwa. Hakikatnya, ketenangan adalah ihsan ALLAH dalam bentuknya yang ghaib. Ia tidak boleh dilihat tetapi dapat di rasa. Erti kata lain, “ketenangan” tidak dapat ditunjukkan dgn besarnya kediaman ataupun pangkat, banyaknya wang ataupun tingginya ilmu dan darjat. Hanya sesiapa sahaja yang bertakwa, ketenangan itu akan menyerap ke dalam hati dan mengharmonikan seluruh anggota badan utk berbuat segala ketaatan pd sang pencipta. Syukurlah pagi ini kita masih disini. Boleh lagi mencari ketenangan... BahagianAkhir - catatan nota berkenaan Dunia Islam selepas Sept 11 dari kuliah subuh Ustaz Abdul Mu’izz. Approach barat...
- Get link
- X
- Other Apps
Muslimkaffah sempurnakan hidup dengan islam Tafsir surah Al-mumtahanah Tafsir Surah Al-mumtahanah Ayat 1-3 Al-mumtahanah bererti perempuan yang diuji. Nama surah ini diambil pada perkataan “famtahinuhunn” pada ayat ke-10 surah ini. Menurut Prof Dr. Hamka(PDH) surah ini berkaitan wanita-wanita yang bersama-sama berhijrah meninggalkan kota Makkah ke kota Madinah. Mereka telah meninggalkan kaum keluarga termasuk para suami yang masih musyrik.Surat ini sejak ayat pertama sehingga ayat yang akhir menunjukkan sikap orang yang beriman terhadap orang kafir. Syed Qutb menggambarkan surah ini sebagai salah satu episod daripada silsilah dakwah dan tarbiyyah Rasulullah yang panjang.Ia membangun misi Rabbani dengan penuh nilai-nilai ketuhanan yang murni dan ikhlas semata-mata kerna Allah. Justeru, marilah kita sama telusuri dan menghayati kalam-kalam Allah yang mulia yang terkandung dalam surah yang sharif ini: 1. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menja...
- Get link
- X
- Other Apps
Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’. Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan k...
DUNIA ISLAM PASCA 11 SEPTEMBER.
- Get link
- X
- Other Apps
(PART 2) DUNIA ISLAM PASCA 11 SEPTEMBER. Ulasan Ustaz Abdul Mu’izz. RAND COOPERATION.. Assalamu’alaikum... Salam kedamain selembut angin berpuput di luar sana bersama suara uniq dinihari. Pada para para golongan awal pagi, cuba fokus dan dengar suara alam ketika dinihari, ada suatu keunikan yang tiada pada waktu lain. Memang Allah sediakan masa ini untuk hamba2 nya mencari sesuatu. Firman Allah SWT.: وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “ solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempat kanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji” Di akhir zaman ketika taraf kenabian sudah tiada lagi dan ketika taraf syuhada sukar di buktikan, hanyalah tinggal solat malam yang boleh membantu kita semua ke syurga. Jangan lepas kan peluang ini. Renungkanlah sebelum termenung..😊 Untuk pagi ini kita sambung nota di catat k...
Dunia Islam selepas Pasca 11 September
- Get link
- X
- Other Apps
Dunia Islam selepas Pasca 11 September... (Part 1) Ulasan Ustaz Abdul Mu’izz Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Tahniah kerana baru selamat menjalani “ibadah tidur”. Tidur juga suatu ibadah, Allah menjanjikan ganjaran pahala sesuai dengan caranya. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak meraikan cara sebelum tidur dan yang tak bersyukur dibangkitkan dari tidur. Kemudian berpagi pagilah wahai orang orang mukmin. Orang Islam yang ’biasa’ bangun di awal pagi akan merasai suatu kekuatan yang luar biasa mereseap ke dalam diri. “Berpagi pagilah(subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.” (at Tabarani) Sama sama berusaha.. [Islam selepas Sept 11] Nota diambil ketika kuliah subuh Ustaz Abdul Mu’izz @ surau Al amin. Abdikan diri pada Allah, jauhilah taghut. Alhamdulillah kita dimuliakn dgn islam. Penjajahan era moden yg di buat oleh barat diterajui Amerika. Orientalis ada dua versi - versi brittish dan versi Amerika. Y...
- Get link
- X
- Other Apps
*NORMALISASI DOSA* •Percikan kuliah Ustaz Amaludin. Assalamu’alaikum... Salam penghujung minggu. Khamis sehari lagi, tanda kita bakal menerima malam jumaat. Malam penuh barokah lagi, tak putus2 nikmat Allah pada sang manusia. Tapi ramai yang tidak menyedari peluang ini hadir, kalau sedar pun, akan sering terlupa akan apa yg ada disebalik “peluang” yg Allah jelmakan. Sehingga suatu hari nanti, kita di timpa musibah, barulah kita akan mula mencari segala balik peluang ini. Begitulah kita tapi jangan lupa pesan nabi saw : Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: "Siapa yg ingin dikabulkan doanya tika sempit dan susah, maka hendaklah dia perbanyak kan doa tika lapang dan senang" Mujurlah Allah hadirkan rasa diri semakin lagha, sibuk dgn urusan dunia, sibuk dgn sukan penghibur lara, sekali sekala terlekat di media massa. Urusan agama semakin dipandang sepi, takut nanti jadi semuanya nak dijadikan fardhu kifayah sehingga payah, sampai “tak payah”. Jangan sampai kita ras...
'100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA'. (Part 1)
- Get link
- X
- Other Apps
Dukacita dimaklumkan bahawa Facebook telah menyekat artikel saya yang bertajuk '100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA'. https://www.facebook.com/430665967118189/posts/1169189793265799/ Artikel tersebut adalah seperti berikut: 100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA 1. Statistik membuktikan bahawa pada 2019 penduduk Bumiputera berjumlah seramai 20.4 juta orang, iaitu sebesar 69.3% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my). Namun begitu, pendapatan purata isi rumah Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera, iaitu RM6,267 berbanding RM8,213 menurut data 2016. 2. Jumlah penduduk Bumiputera hari ini jauh mengatasi penduduk Cina di Malaysia yang hanya berjumlah 6.7 juta iaitu 22.8% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://www.dosm.gov.my). 3. Jumlah penduduk Bumiputera juga jauh mengatasi jumlah penduduk India di Malaysia iaitu seramai 2.03 juta yakni 6.9% (Rujuk: Jabatan Perangkaan Malaysia di https://w...
'100 FAKTA WAJIB SOKONG PRODUK MUSLIM & BUMIPUTERA'....(Part 2)
- Get link
- X
- Other Apps
45. Barjoyai berkata, untuk mengeluarkan kumpulan berpendapatan rendah daripada kancah kemiskinan ialah dengan cara memastikan sumber modal, kepakaran dan peluang perniagaan disediakan kepada mereka. 46. Sejarah membuktikan perkembangan ekonomi dan kemakmuran masyarakat Melayu cukup penting, kerana Bumiputera tidak harus menjadi lambang kemiskinan seperti berlaku pada 1960-an. 47. Ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum dan perbezaan kelas yang besar, mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan orang Melayu ketika itu - perkara ini membawa kepada masalah yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, seperti yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969. 48. Sekarang ini, pemilikan Bumiputera dalam kekayaan negara adalah 23.5 peratus. Angka ini tidak banyak berganjak sejak tahun 1985. 49. Ini bermakna masih terdapat pengumpulan kekayaan oleh Bumiputera, tetapi hanya pada kadar peningkatan yang hanya mengekalkan kedudukannya pada tahap 23.5 peratus, selari dengan kadar perkem...
Part 2...
- Get link
- X
- Other Apps
Ekonomi dan ayat 47 - 49 surah Yusuf Jangan ada dengki sesama kita - nasib dan takdir kita berbeza. Nota pendek kuliah ustaz Khair malam tadi.. Assalamu’alaikum... Salam jumaat, salam jumaat Mubarakah .. Semoga Allah memberkati ibu bapa kita dan memberi kesihatan kepada semua orang, semoga Allah menyatukan semua manusia, semoga Allah memberi kita “enimity” keupayaan keluarkan ke arah satu sama lain, semoga Allah menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk kita dan anak anak kita, semoga Allah menjaga kita dalam jalan lurus, semoga Allah memberikan kita peluang untuk mati sebagai seorang muslim dan semoga Allah memberikan kita yang terbaik dalam hidup kita ... amin..InsyaAllah, salam subuh diikuti salam dhuha pada semua di hari jumaat ini.. Betapa apa jua bentuk keadaan ekonomi yang ada sekarang, hidup kena diteruskan. Itulah hakikat nya dalam hidup kita. Selepas Tiga puluh tahun bergelumbang dalam dunia perniagaan, saya menjadi saksi pada kebenaran ayat 48-49 surah yusuf. ...
Analisis Hijrah
- Get link
- X
- Other Apps
Sharing is caring... Analisis Hijrah oleh ustaz Usamah (Kuliah Maghrib @ Surau al amin) Part 1... Assalamu’alaikum.. Salamn Ahad.. Salam Sejahtera... Selaku muslim pagi segini, kita kena cari pemangkin utk gerakkan jiwa dan anggota supaya boleh terus istiqamah berada di jalam Islam. “Solat adalah prinsip utama dlm hidup. Apa jua alasan sehingga tak melakukannya adalah satu penghinaan kpd Allah..” Umat Islam tidak berbeza pendapat mengenai pencela Allah - kufur dan orang yang mencela serta menghina Allah hukumnya adalah “dibunuh”.. “Sesungguhnya orang2 yg menyakiti Allah dan Rasul Nya. Allah akan melaknati nya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang2 yang menyakiti mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan mereka perbuat, maka sesungguhnya telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” ( Al Ahzab: 57- 58) Oleh itu berat atau susah macamana pun solatlah wahai diri, supaya kita tidak terlibat secara tidak langsung menghina Alla...
Salam Asyara (10): Permulaan Yahudi menjadi Zionis, Rahsia Kosnpirasi Iblis dan Dajjal
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamu’alaikum... Salam asyara (10) Muharram. Kalau kat Mekah kita selalu dengar “khamsa” riyal.. 😊 Hari ini 10 Muharram, puak Yahudi pula menamakannya Yom Kippur. Indeed, banyak kejadian besar yang berlaku dalam sejarah islam pada hari ini. Antaranya, hari ini juga Nabi Musa as telah diselamatkan dari tentera Firaun dengan kejadian terbelahnya Laut Merah. Satu sejarah hebat yang juga termaktub dalam Al Quran. Kita digalakkan berpuasa pada hari ini. Sunat bukan wajib. Kata nabi saw masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa as. Apa tidak nya kalau di buka sejarah selepas terbelah laut Merah, Yahudi memang belot pada nabi Musa as walaupun Allah dah tunjuk kan satu mukjizat teragung dengan terbelahnya Laut Merah. Sebab itu hari ini mereka adakan Yom Kippur - Hari Penebusan Dosa! Selayaknya... Alhamdulillah, saya khatam kisah ini ketika di Madinah ketika mengerjakan haji pd 2015. Ustaz dari Indonesia, Ustadz Firanda Andirja sempurnakan kisah ini. Tika itu setiap malam s...
Pesan Ustaz Najib Yang memberi kesan pd saya
- Get link
- X
- Other Apps
Signifikasi Bersama Imam hingga selesai wirid dan doa* Assalamu’alaikum.. Salam di sebuah subuh lagi. Hari ini khamis warga dunia dibangunkan lagi subuh. “Demi Subuh Apabila Fajar Mulai menyingsing”, hebat subuh pd yg berilmu dan mengerti. Indahnya lagi Subuh, bila kita sedar bahwa Allah telah memilih kita untuk berada di antara orang orang yang beribadah kepada Nya, di ketika kebanyakan orang lain di muka bumi ini sedang tertidur. Tak rugi kalau saya nak ambil diruang maya ini, nak pesan pd sahabat sahabiah muda untuk berusah cari pasangan yang berjanji akan membangunkan kamu di waktu Subuh😊... Indeed, Subuh, keheningan menguatkan diri. Secara peribadi, saya memaknai pria subuh sebagai sebaris pejuang sejati Muslim. Atas alasan, tidak ada seorang Muslim sejati yang boleh ‘berjihad’ jika belum mampu mengalahkan malas untuk bangun subuh menuju masjid. Maafkan saya.. Signifikasi Bersama Imam hingga selesai wirid dan doa selepas solat berjemaah di Masjid - Pesan Ustaz N...
TAFSIR HERMENEUTIK 3
- Get link
- X
- Other Apps
BAHAGIAN AKHIR TAFSIR HERMENEUTIK Assalamu’alaikum.. Salam pagi Ahad. Selangkah kita melangkah lagi ke hadapan, yang pasti mati semakin kita dekati. Tenang tenanglah semoga jiwa kita berada dalam satu kedudukan yang damai utk menempuh saat itu. “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kpd Tuhanmu dgn hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuk lah ke dlm jama’ah hamba hambaKu, masuklah ke dlm syurgaKu” (AlFajr: 27-30) Tidak dapat nak bayangkan saat itu! 😭... Selama masih hidup ini. Jom audit diri, andainya bangun pagi, hati terasa berserabut dan tak tenang, bermakna ada penyakit hati. Banyak buat silap hari semalam. Saya secara peribadi, biasanya akan check : Pertama, banyak dosa. Kedua, tidak memaafkan orang. Ketiga, kita sangat ego. Bersihkan hati, supaya tenang dan bahagia hidup tanpa prasangka. Tambah lah ruang zikir dalam juzuk kehidupan kita. Dalam masa yang sama berdoalah untuk Islam dan umatnya. Allahumma a’izzal islama wal muslimin, Yaa Allah, muliakanlah islam dan kaum ...
TAFSIR HERMENEUTIK 2
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamu’alaikum.. Indahnya pagi ini. Terus terusan doakan kebaikan. Lakukan kebaikan. Semoga Allah merahmati hari kita semua dan dipermudah segala urusan. In syaa Allah . . [Mencungkil pagi..] Di luar sana kalau kita dapat melihat, didaunan pohon si embun bertenggek hiasi pagi. Serasa sejuk seperti saja dinginkan hati kecil di dinihari, yang sentiasa saja mengharap maghfirah MU. Tak lama lagi meliuk cairlah si embun ini bersama hadir nya sinar mentari. Moga bertambah indah pagi bersama sang matahari pula, hantarkanlah ceria sepanjang hari, tak perlu sedih menyesal atas setiap kurniaan dan ujian dr Sang Ilahi Setiap kurniaan dan ujian itu mempunyai rahsianya yang tersendiri. Semoga akan bertambah iman pada setiap kurniaan, dan moga nya setiap ujian membuka mata hati kita mendidik kita mengenal Allah dan tidak mudah putus asa. Senang cakap buat susah tapi itulah hakikat. Jangan sampai kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu, pada siapa kita harus minta kembali. Biarlah ...
TAFSIR HERMENEUTIK 1
- Get link
- X
- Other Apps
Cabaran Umat Akhi Zaman (Nota kuliah subuh Ustaz Adlan Mokhtarudin) #Part 1. Assalamu’alaikum... Salam Jumaat. Salam penghulu segala hari. Moga apa yg direncanakan kita sama sama peroleh keberkatannNya untuk kita raih ketika di dunia dan akhirat. In shaa Allah dgn doa, usaha dan tawakal segala permasalahan ada penyelesaiannya... Jangan lupa nasib kita, ahli keluarga kita, saudara mara, sahabat sekeliling, saudara seagama. Umat islam akhir zaman dilanda krisis rohani yang sangat meruncing. Kekosongan rohani inilah akhirnya membawa kita pada penghambaan diri kpd dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah. Ini kaedahnya, umat akhir zaman kena tempuhi maka pilihlah jalan terbaik untuk termasuk dalam “golongan yang sedikit”. Kata nabi saw: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.” Selarikan hajat ke syurga dgn tindakan kita didunia. Tepuk dada tanya iman, jgn tunggu dibangkitkan kali kedua baru nak terngadah. Rasulullah SAW juga ada tinggal pes...