TAFSIR HERMENEUTIK 1

Cabaran Umat Akhi Zaman
(Nota kuliah subuh Ustaz Adlan Mokhtarudin)
#Part 1.

Assalamu’alaikum...
Salam Jumaat. Salam
penghulu segala hari.
Moga apa yg direncanakan kita sama sama peroleh keberkatannNya untuk kita raih ketika di dunia dan akhirat. In shaa Allah dgn doa, usaha dan tawakal segala permasalahan ada penyelesaiannya...

Jangan lupa nasib kita, ahli keluarga kita, saudara mara, sahabat sekeliling, saudara seagama. Umat islam akhir zaman dilanda krisis rohani yang sangat meruncing.  Kekosongan rohani inilah  akhirnya membawa kita pada penghambaan diri kpd dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

Ini kaedahnya, umat akhir zaman kena tempuhi maka pilihlah jalan terbaik untuk termasuk dalam “golongan yang sedikit”. Kata nabi saw:
“Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Selarikan hajat ke syurga dgn tindakan kita didunia. Tepuk dada tanya iman, jgn tunggu dibangkitkan kali kedua baru nak terngadah.


Rasulullah SAW juga ada tinggal pesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: alQuran dan sunnahku.”

Namun, cabaran kita umat akhir zaman ini, ada pula kalangan kita yang terjebak dengan tafsiran al quran secara sendiri. Perkara yang terbaharu adalah TAFSIR HERMENEUTIK. Tajuk ini ada dibentangkan oleh Ustaz Adlan Mokhtarudin di surau Al Amin pada kuliah subuh hari Ahad lepas.

Secara peribadi, kita perlu kaji sendiri akan hal ini kerana ini kaedah musuh islam nak menyamakan (terutama kristian), cara mereka melayan bible/injil dgn mengajak kita melayan al quran sptnya. Kena ada kaedah tafsir pakai lojik dan mencabar kebenaran bahawa al quran itu apakah benar spt apa yg ada..

[Ustaz Adlan Mokhtarudin
•Tafsir hermeneutik

Ini bukan kaedah baru dari ilmuan islam, penafsiran yang dtg dari tokoh islam yang sgt terkesan dari ilmuan barat. Tak layak digelar tafsir pun kerana ia lebih moderate.

Dulu kita dah bincang tentang trauma orang kristian pada agama mereka sendiri. Dari tiada nama kritian, muncul nama kristian. Dari trauma ini, mereka buat study utk pastikan agama mereka ini relevan sepanjang zaman.

Kebanyakan yang telibat dalam hermentik ini adalah mereka yang tahu agama. Kenapa? Ini adalah juga satu bentuk istidraj. Allah swt sebut al qalam ayat 44

فَذَرْنِي وَمَنْ يُكَذِّبُ بِهَٰذَا الْحَدِيثِ ۖ سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya, menafsikan AlQuran haruslah dengan cara yang sesuai dengan Al Quran itu sendiri. Iaitu dgn tekstual, dan bukan dengan kontekstual (sesuai dengan situasi dan konsisi).

Mereka ini tidak perasan terseleweng dan terkesan dgn liberalism. Hingga rasa ini satu alat baru dan ilmu
baru dari barat - ilmu dan kebijkasanaan ini hak milik islam - hingga mereka rasakan ilmu sesat orientalis pun betul. Mereka tak jumpa jalan kembali hingga meraba raba.

Sebagainama berlaku pada abdullah bin ubai, turun surah hud. Bila dah di tanya padanya, dia kata apa yang kau nak semua aku buat. Aku dah buat spt islam. Inilah penyakit mereka ..

Akhirul kalam

Dalam menghadapi cabaran akhir zaman ini, selain dari diri kita, anak anak kita yang terutamanya sdg menuntut
di institusi tinggi perlu di beri perhatian. Inilah target musuh islam. Maka, kena jelas hal hal spt liberalism, feminism, tafsir alquran edisi kritis, tafsir hermenutik ini.

Banyak lagi nak diutarakan disini tentang ini. Cukup dulu untuk utk muqadimah ini.

Jumpa lagi

Wassalam

Catatan:NCS

Friday (13 September 2019)

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S