*DIARI PETANG SABTU - Terimakasih Allah dan sedikit pengisian pagi Ahad ( Inspired by Kuliah Ustaz “ Mat Cina”)*
Assalamu’alaikum..
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“All praise and thanks are only for Allah in all circumstances”
Marilah kita mulakan hidup kita dipagi Ahad serba sempurna ini dgn ucapan
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...
*Diari Petang Sabtu*
Syukur sangat, petang semalam dapat sekali lagi turun bersama dgn rakan2 team bolasepak Shogun Fc dalam liga social veteran
“expatriates “ Kuala Lumpur di padang “turf” sekolah International Ampang. Dah masuk tahun ke lima menaja team ini, selaku tugas social dalam usaha memupuk semangat “Ukhuwahfillah” dan juga berdakwah ke arah sukan dalam islam. Bukan alternative tapi yg sebenar nya. Tak salah bersukan jika ianya tidak melalaikan dan ada peringatan2 tentang dunia dan akhirat di adakan dan di selitkan..
“sama sama kita berdoa semoga masa yang kita habiskan selama 5 jam, keluar rumah jam 4 petang dan sampai balik rumah jam 9 malam ini, akan ada walau sedikit kebaikan dunia dan kebaikan akhirat..” itulah sebahagian pembuka bicara dalam “team talk” sebelum perlawanan. Seketika kami “berkerumun” dan letakkan tangan bersama sama untuk satu jeritan semangat kuat “SHOGUN!”, sama sama kami berselawat sebanyak tiga kali ..” sama sama kita jaga saksiah muslim dalam bermain, bola tetap bola, tidak kasar tapi keras, tidak lembut tapi tegas, robust tetap robust”... satu, dua, tiga... “ S H O G U N ! “..
Sebab itulah saya selalu berpesan pada semua pemain untuk menutup aurat supaya usaha usaha yang positif tidak terpadam oleh hal hal yang negatif..
Kebetulan perlawanan semalam agak “dramatik”, selepas leading 1-0, pihak lawan yg rata rata average 30 tahun ( team kami pulak semalam average umur 40) menyamakan kedudukan. Kedudukan 2-1, tamat utk separuh masa pertama. Di separuh masa kedua, satu lagi gol dijaringkan, jadi 3-1. Kealphaan penjaga gol dan pemain, kami di bolosi tiga gol berturut2 menyaksikan kami tiba2 ketinggalan 4-3, sebelum satu “comeback” yang terbaik dibuat oleh rakan rakan Shogun dalam tempoh 10 minit terakhir untuk akhirnya membawa pulang kemenangan 5-4.
Terimakasih Allah kerana satu game yang menarik untuk kami raikan petang semalam hinggakan saya bermain sepenuh masa. Tahniah pada rakan baik saya yang sepasukan Razak Cup 1985, menjaringkan gol kemenangan.
Sekali lagi, Alhamdulillah.
Seusai perlawanan, sepatah dua untuk kata kata penutup pertemuan, azan maghrib pun berkumandang. Kami bersiap siap utk berjemaah maghrib bersama sama. Sekali lagi kami bersyukur.
“Ya Allah berikanlah kebaikan dunia dan akhirat dari aktiviti sukan kami petang ini dan selamatkan lah ahli ahli keluarga kami yang kami tinggalkan di rumah dari sebarang kekufuran dan musibah..” sebahagian doa ketika menjadi imam solat maghrib semalam.
“ JALANI HIDUP INI DGN PENUH KEGEMBIRAAN, JGN BANDINGKAN HIDUP KITA DGN ORANG LAIN, SEBAB HIDUP ADALAH SATU PERJALANAN BUKAN PERTANDINGAN”
Hidup dengan bahagia dan berusahalah untuk menjadi baik hingga akhir hayat...
Akhirnya, saya menuju semula ke surau al amin mengejar kalau sempat lagi bersimpuh di hujung kuliah maghrib ( Ustaz Najib Taha -kitab Jauharul Mauhub wa munabbihat al qulub) walau 10 minit tetapi setiba saja di perkarangan parking surau, iqamah sudah di laungkan..
“ KALAU LIMA JAM BOLEH KITA HABISKAN UNTUK SUKAN, TAKKANLAH 15 MINIT BERJEMAAH DAN 45 MINIT UNTUK MAJLIS ILMU KITA TAK DAPAT LUANGKAN.. satu untuk keseronokan dunia, satu untuk kebaikan di akhirat. Sudah pasti akhirat lebih baik dari dunia. Renung renungkanlah dan Pilihlah..
*Pengisian Pagi*
- Siram pokok Di Syurga.
Diilhamkan darri kuliah Ustaz Mat Cina:
Ketika seorang sahabat sedang menyiram pokok, nabi saw bertanya: “Hendak kah kamu aku berikan satu ilmu yang kamu menyiram pokok seperti menyiram di syurga. Berzikirlah!, ianya seperti Menanam sebatang pokok di syurga Allah swt.
Dari Abu Hurairah ru, Nabi saw pernah melewatinya ketika sedang menanam pohon. Nabi saw: wahai Abu Hurairah, apa yang kamu tanam?, AH ru : "Tanaman milikku." Baginda bersabda:
"Apakah kamu mahu aku beritahukan tentang satu tanaman yang bagimu akan lebih baik dari tanaman ini?"
Abu Hurairah "Tentu wahai Rasulullah!.". "Ucapkanlah oleh mu: Subhaanallaah Walhamdulillaah, Wala Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar. Setiap bacaan itu akan menumbuhkan satu pohon disyurga bagimu"
(Ibnu Majah)
*Akhirul kalam*
Amal amal yang ringan tapi memiliki keutamaan dan balasan yang besar. Siapa yang beriman pada akhirat dan kenikmatan syurga di sana pasti akan sentiasa bersemangat mendapatkan tambahan2 kenikmatannya dengan zikir dalam apa jua aktiviti yg tidak bermaksiat. Tidak semestinya kita di rumah Allah saja kita berzikir (was ingat Allah) tapi dimana mana sekalipun. Semoga kita tercatat sebagai lelaki dan perempuan yg sentiasa menyebut nama dan ingat kebesaran Allah swt.
Wallahu A’lam.
WASSALAM
Catatan : *NCS*
(29/9/2019)

Comments
Post a Comment