*CATATAN SI MUSAFIR*
 - NOTA DARI JOGJAKARTA
[subhanallah.. Allah hebat !]

Assalamu’alaikum..
Sobahul khair..

Segala puji dan syukur pada Allah Azzawajalla yang membangkitkan kita lagi selepas lena dalam mati kecil sebentar tadi. Syukur lah pagi ini, terbuka saja mata, masih berada di alam dunia walaupun fana, tapi masih lagi berpeluang beribadat dan bertaubat. Entah apa nak jadi jika bangkit2 saja, sedar sedar sedang dihimpit tanah kiri dan kanan. Mimpi ngeri.. tidak pernah benar benar bersedia untuk itu. Ertinya, ibadah, cari ilmu dan taubat tidak boleh dihentikan selagi nyawa dikandung badan.

Bangkit saya pagi ini berada di bumi Jogjakarta, kota yang tersohor dengan kisah Gunung Merapi - gunung berapi - ini sebahagian dari rahsia yang menunjukkan kebesaran Allah.

Surah An Naml ayat 88:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Dan engkau melihat gunung ganang, engkau menyangka nya tetap membeku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu dengan serapi rapi dan sebaik baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam IlmuNya akan apa yang kamu lakukan”

Banyak fakta sains yang bersangkut dengan Alquran berkenaan hal gunung berapi ini. Cadangnya, saya nak ke Gunung Merapi melihat sisa sisa kejadian lahar meletus dulu. Moga lahirlah lagi keimanan baru dalam jiwa insan pendosa seperti saya ini. Mereka yang tinggal disini sentiasa berada dalam keadaan “waspada” - “alert”..

Alhamdulilah, kalau dilihat didalam peta Jogjakarta kedudukan masjid masjid di sini, ianya hampir rapat rapat setiap antara satu sama yang lain. Teringat saya kisah tentang tsunami dulu, bagaimana rumah rumah Allah selamat dari bencana. Nabi saw pun juga mengajar kita  berlindung  di rumah Allah ketika adanya bencana alam terutama nya ribut.

Saya pernah terbaca dalam satu Kitab Fadilat Amal yang menghimpunkan amalan sahabat ketika cuaca berubah kelam. Anas yang menjawab soalan tabi’in mengenai fenomena itu pada zaman Rasulullah SAW. Beliau menjawab: “Aku berlindung dengan Allah SWT. Pada zaman Baginda, apabila angin bertiup lebih kencang daripada biasa, kami terus berlari ke masjid kerana takut berlaku kiamat.”

Semoga kita semua sentiasa merapatkan saf solat ketika tiada musibah dan moga masjid menerima kita ketika adanya azab alam.

Selamat mendarat disini jam 515 petang waktu disini. Kemudahan GRAB diguna kan untuk membawa kami ke Paku Mas Hotel yang berdepan Hotel Royal Ambarrukmo Jogjakarta. Selesai jamak qasar maghrib dan isya’, kami memulakan pencarian masjid. Alhamdulillah, 100 meter dari hotel ada satu masjid - Masjid jamek Al Iman. Sekurang kurangnya subuh berjemaah sudah ada tempatnya. In shaa Allah. Waktu waktu lain akan di gunakan jamak dan qasar demi menghargai hadiah dari Allah kepada musafir yang berkelana bukan di jalan maksiat.

“...ketika musafir seseorang diberikan pilihan sama ada mahu melakukan solat secara qasar ataupun tamam (sempurna). Akan tetapi, lebih elok untuk dia mengqasarkan solat itu. Ini kerana ia adalah rukhsah dan hadiah daripada Allah SWT kepada umat ini bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat yang telah diwajibkan....”
- Petikan dari website Mufti Wilayah Persekutuan.

Sebetulnya, saya disini menemani zaujah hadiri satu conference - THE EMPOWERMENT OF INDUSTRY 4.0 for Healthcare and welfare Improvements - anjuran Universiti Islam Indonesia. Semoga ada sesuatu yang akan menyumbang ke arah kebaikan untuk islam dari conference ini.

“Ya Allah, Tuhan tujuh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan penguasa tujuh bumi dan apa yang di atasnya, Tuhan yang menguasai syaitan dan apa yang mereka sesatkan, Tuhan yang menguasai angin dan apa yang diterbangkannya. Aku mohon kepada Mu kebaikan kota Jogjakarta ini, kebaikan penduduknya dan apa yang ada di dalamnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatn Jogjajarta ini, kejahatan penduduknya dan apa yang ada di dalamnya”

Aaaminn...

*Akhirul kalam*

Semoga saya dan ahli saya di sini berada dalam rahmat dan redha Allah, tidak lupa untuk ahli ahli yang di rumah  sana, juga mohon mereka semua dalam perlindungan Allah. Dan untuk kita semua, semoga kita sentiasa dibuka mata hati kita, menghayati islam walau dimana kita berada. Islam itu indah...

Berjalanlah, melatalah, dibumi Allah.. mencari terus mencari kehebatan dan kemuliaan Allah..

Bertemu lagi esok dari Jogjakarta...

Wallahu’alam

Wassalam

Catatan musafir : *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S