*Kehidupan dan pesan Ustaz Abdul Ghani Che Teh*

Assalamu’alaikum..

Salam pagi khamis, Kuat kan kekal semangat utk terusan istiqamah berada di jalan Allah, demi Tuhan yang menguatkan hati hati setiap manusia. Indeed, kekuatan daripada DIA itu tidak ada hadnya.

Semoga Allah ampunkan saya dan ahli ahli saya kerana  kadang kadang rasa tak bersemangat untuk menjalani kehidupan.

Jangan jadi Mayat hidup. Orang yang tiada semangat mahu hidup tapi masih belum mati, itulah yang dipanggil mayat hidup. itu pilihan kita. Walaupun ada waktu kekosongan menyapa hidup sesekali, cepat cepatlah bangun dari rasa kekosongan itu. Kita tidak bersemangat sebab hidup kita tidak seperti yang kita inginkan? Tapi sekali kita memilih untuk berada dalam zon putus asa yang sebenar benarnya putus asa, kita bukan sahaja menzalimi diri kita sendiri. Tetapi juga telah menzalimi keluarga yang menyayangi kita dan juga seluruh orang yg mengenali kita. Utk sebuah semangat, kita perlu berusaha..

*[Ustaz Abdul Ghani Che Teh] ... Sombong dan dengki*

Dengki - sifat yang dah sedia ada sebelum syaitan turun ke dunia. Syaitan dengki kpd adam.

Makhluk sesama makhluk tidak boleh sujud sesama mereka. Kata nabi saw : kalau manusia boleh sembah sesama mereka, sudah pasti aku nak isteri sujud pada suami. Tapi hakikatnya tidak boleh.

Syaitan turun ke bumi dlm keadaan terhina. Awal makhluk dibumi di panggil syaitan. Jauhi sifat ini dan moga dijauhi dari sifat ini.

Syaitan akan masuk ke tempat yang ia nampak “lubang” untuk pengaruhi manusia untuk mereka melakukan maksiat. Ahli maksiat adalah pengikut syaitan. Sebagai dinding dan perisai, maka bacalah
“a’uzibillahimi nash tonirrjaim”
malas beribadat, terasa nak berbuat maksiat. Hal ini - godaan syaitan akan berlaku hingga ke akhirat.

‎قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ﴿١٦﴾ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

Iblis menjawab, ‘Kerana Engkau telah menghukumku tersesat, maka saya benar2 akan (menghalang halangi) mereka dr jln Mu yg lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dr muka dan dr belakang, dr kanan dan dr kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”
[Al A’raf :16-17]

Syaitan mintak dengan untuk hidup sehingga ke akhirat untuk ganggu dan tipu manusia. Syaitan adalah ahli neraka jahanam dan tidak akan dikeluarkan lagi dari neraka.

Perkataan syaitan ada 73 kali, assayatin 12 kali, iblis sebanyak 11 kali disebut dalam alquran.

Berlaku perang antara jin dan malaikat, malaikat menawan iblis. Lalu iblis ikut malaikat untuk beribadat pada Allah. Hingga azazil di turun kan ke bumi selepas tidak mahu ikut suruhan Allah.

Syaitan sentiasa berada di samping kita. Sebab itu wajib atas kamu berjemaah, berkumpulan dan jgn bercerai. Syaitan bersama orang yang lari dari jemaah. Wajaba alaikum .. syaitan tunggu siapa saja yang lari dari kumpulan jemaah.

Berjemaahlah bukan saja dalam solat tapi dalam kerja kerja agama..

*AKHIRUL KALAM*

Sebagaimana kita yakin bahawa Allah SWT memahami kita, maka begitu jualah kita wajib yakin bahawa pada setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Setiap masalah atau dugaan yang mendatang, pasti akan berlalu dengan izin Tuan Punya Dunia. Bila terasa putus asa hendak mengetuk jiwa, cepat cepat ingat firman Allah SWT yang ini,

“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.”
(ali-‘Imran: 110)

Senyum.

Sekali melangkah, biar melangkah sampai akhirnya. Sekali mendaki, biar sampai ke puncak walaupun lelah dan berhenti banyak kali dalam perjalanan.

Semoga ALLAh merahmati.

Wassalam

Catatan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S