*NOTA MUSAFIR 2*
[Hari ke 2 di Yogjakarta] - Syahdu di Moloiboro Street dan juga Pengisian tentang syair di sisi Nabi Saw dipetik dari kuliah Ustaz Adlan Aziz.

Assalamu’alaikum...
Sobahul khoir. Pagi khamis penuh syahdu datang lagi untuk kita persiapkan diri menerima hari jumaat.

Hari ke 2 di Kota Yogja atau Jogja, banyak perkara yang berlaku spt yg didoakan : mohon kebaikan kota ini dan dilindungi dari kejahatan yang ada di kota ini.  Namun, setiap kejahatan itu ada yang dilindungi Allah, hingga tidak melarat menjadi lebih parah. Kebaikan yang diberi kan antaranya : kekal subuh dan maghrib Berjemaah.

Dalam “menulis” hari hari di sini, sore semalam tiba di  Molioboro Street tika azan maghrib berkelumandang. Terus saja bertandang ke masjid yang kecil teguh di tepi “street”. Kecil tapi di penuhi jemaah. Seketika seorang Imam muda yang hanya berbaju lengan pendek membaca al fatihah, mata terasa berhabuk kerana syahdu memahami erti bait bait ayat fatihah di sebalik kemerduaan suara anak muda itu. Apa lagi di rakaat pertama, di bacanya surah Al zalzalah. Senyap jiwa dan minda seketika, kerana di luar sana masih ramai yang alpha berada di kesibukan keseronokan bershopping di atas Jalan Moloiboro. Sedangkan kiamat semakin hampir..

al Zalzalah..

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

“Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat dahsyatnya..”

Jiwa terkesan kerana pernah bersimpuh mendengar Ustaz Saufi Azran gigih dan panjang lebar menafsir ayat ayat ini dalam kuliah tafsir Juz Amma di Surau Al Amin.
Syukur Allah, pilih saya ada di majlis itu dulu..

“Kebanyakan surah juzu’ ammar banyak bercerita tentang hari hari kiamat. Ini dibawa oleh nabi saw pada umat umat terdahulu, tak dpt nak bayangkan pada waktu itu nabi tidak diterima oleh masyarakat ketika itu. Dlm surah al furqan, ada di kisahkan bagaimana nabi di tolak oleh masyarakat sehingga ada yang anggap nabi itu tidak ada status mulia. Apa yg nak disampai kan nabi terutama tentang hal ghaib - kiamat di tolak mentah mentah oleh masyarakat ketika itu. Hal inilah banyak didustakan juga oleh masyarakat kini. Peringatan ini adalah untuk kita supaya sentiasa ingat hal hal ghaib ini. Jangan jadi melampau sehingga bila dah terjadi pun masih tidak mahu percaya. Macamana ditolakpun hal ini akan berlaku... “ - ustaz Saufi Azran @ Surau Al amin, kuliah Mingguan.

Terimakasih juga  Ya Allah kerana memilih saya untuk dihadir kan perasaan insaf dan syahdu ketika berada di perantauan.  Seusai solat maghrib terus bangun untuk tunaikan isya secara qadar dalam niat jamak takdim. Baru lah jiwa lega untuk menelusuri Moloiboro Street.

“Jalan Malioboro sangat terkenal dengan para pedagang kaki lima yang menjajakan kerajinan khas Jogja dan warung warung berkumpul di malam hari  menjual makanan asli Jogja juga terkenal dengan tempat berkumpulnya para seniman  mengekpresikan abiiti spt bermain muzik, melukis, hapening art, pantomim, dan lain lain di sepanjang jalan ini...” - wikipidea.

Yang paling banyak adalah kain batik halus di jual disini.

Jam 9 kami kembali ke Hotel Paku Mas untuk beradu menanti esok pula meraih kebaikan lain disini.
In shaa Allah...

PENGISIAN PAGI..
*Pertuturan Syair oleh nabi saw.. *

Menelusuri Moloiboro Street menngingatakan saya pada pengisian kuliah maghrib oleh Ustaz Adlan Aziz - Bab sifat pertuturan nabi saw berkaitan syair berdasarkan kitab Syamael Muhammad.

●Adakah rasulullah saw pernah ungkap sesuatu dari syair. Aishah r.u maklumkan Nabi saw pernah ungkap syair Ibnu Rawahah : akan dtg perkhabaran kpd kamu dari orang tanpa kamu memberi  upah padanya (kalau kita tidak tahu sesuatu perkara tidak apa kerana kita akan tahu kemudian)

- sepertimana orang2 arab yang lain, bila ada berita berita atau peristiwa dia akan bersajak. Tapi nabi saw bukan penyair dan alquran itu bukan syair. Nabi saw juga tidak guna syair yang tidak betul.

Dalam Yassin ada disebut :
Ayat 69

وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kpdnya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan”

Dalam surah Assyuarah ada dinyatakan, penyair penyair ada yang dibenarkan dan ada yang tidak.

*Akhirul kalam*

In shaa Allah, pagi ini, saya memilih untuk ke Merapi tidak ke candi Borobudur. Mahu melihat suatu ibrah disebalik letusan yang pernah berlaku di Gunung ini. Moga bertambah iman saya. Saya akan akhiri permusafiran kali ini singgah di Kraton yang dikatakan ada satu masjid besar disana . Doakan segala kebiakan buat saya dan ahli sepanjang permusafiran ini.

Pada masa yang sama jadikan nasyid dan qasidah sebagai hiburan hati dan rohani kita, kerana ia ada bait bait syair dan sajak dan kerana nabi juga menyukai syair.

“...ketika jamil samurah duduk berbual bersama nabi saw dan sahabat. Ada sahabat bersyair kenangkan berbagai peristiwa zaman jahiliyyah. Nabi diam dan tersenyum...”

Personally, saya rasa ia penting supaya kita dapat menanamkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan lebih mendalam...

Wallahu’alam

Wassalam

Catatan Picisan:
*Ncs*
#Masjid Jami’ Al Iman Ambarokmor Jogjakarta.
#Subuh 3:55 pagi

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S