*Pesaanan Lukamnu lHakim ( hurain ustaz Fairuz), satu tulisan semula...Bab Bahaya Lidah*

Assalamu’alaikum ..
Selam seawal pagi buat semua.

Alhamdulillah. Malam tadi seperti siriih pulang ke ganggang. Walaupun saya bukanlah kariah berdaftar ikut persempadanan yang telah di tetapkan dunia tapi takrifan sebenar erti kariah saya tetap kariah surau al amin diatas dasar inilah tempat saya berjemaah menunaikan tuntutan Allah dan tempat meneguk ilmu.

Kembali saya bersimpuh di ruang utama surau al amin. Tiga malam tanpa majlis ilmu. Walaupun agak lewat tiba di surau, tapi saya sempat mencedok ilmu yang di sampaikan oleh ustaz Fairuz berkenaan pesanan Lukmanulhakim pada anaknya.

Di sini saya share nota mentah yang sempat saya “jot” selepas berteleku selama 30 minit..

*Huraian Pesanan LukmanulHakim pada anaknya - satu tulisan semula dari kuliah maghrib oleh ustaz Fairuz*

“Jagalah saudara seagama kamu”.

Inilah sptnya berlaku antara sesama muslim. Kita bila bertemu dengan sesama muslim kena ada rasa azillah - hina diri ( kurang ibadat, kurang hebat kerana saudara kita itu lebih hebat dari kita), tapi sebaliknya kita kena rasa hebat bila didepan orang kafir. Jgn terbalik dgn al quran..

azillatil 'almukminin na 'aizzatil 'alal kafirin - al quran

Bukan kita nak kena tunjuk “gedebe” dgn orang kafir, tapi jangan sampai kita nak kena merayu dengan orang kafir. Tapi berbeza pula kalau kita berada di tmpt spt palestine, kita kena lawan dgn kafir. Kena faham sitausi izzah yang lain.

“Bersilaturahimlah dengan kaum kerabat kita - adik beradik, mak saudara, sepupu...”

“Amankan sauadara mara kita drpd menerima berita fitnah”  Nasihat lukman nulhakim - amankan kerabat kamu dari mendengar org yang zalim yg nak hancur kamu.

Bila kita bersama sama ahli ahli keluarga kita jika ada berita fitnah maka kenalah kita amankan mereka semua. Jika kita ini sebagai “boss” dalam syarikat kita, kena juga bertindak sebagai orang yang ada pengaruh dalam ahli keluarga kita, terutama dalam bab menjaga amal mahruf nahi mungkar bersama ahli keluarga. Berusahalah untuk mengumpul ahli ahli keluarga dalam satu majlis untuk bercerita tentang agama. Kena ambil peluang ketika cuti cuti yang ada - contoh: mailidurrasul. Dalam kita menegur saudara mara, jangan straight to the point malah yang lebih baik adalah selitkannya dalam doa doa yang dibaca didlm bahasa melayu. Senang untuk di fahami oleh semua, dan masing masing akan mengambil pengajaran dari doa itu. In syaa Allah, cara perlakuan ini akan berjaya dalam mentarbiah kita dan adik beradik kita. Jujurlah kita dengan Allah dalam usaha usaha sebegini. Berusahalah terutama pada yang semakin tua kerana cabang cabang dibawah semakin panjang. Ada kehendak akan ada jalan. Nak menyatukan ahli ahli kita kita kena mohon dgn Allah melalui solat hajat dan juga berdoa. In syaa Allah Allah akan beri kekuatan.. kalau buntu solat hajat dan tawakkal ..

“Tak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim”... kalau tak masuk syurga masuk ke mana ? Nak ke kita ke neraka semudah itu?

“Amankan mereka daripada menerima fitnah yang berlegar di kalangan keluarga kita...”

Kena ambil hikmah jadi orang cerdik ketika mengurusi majlis majlis bersama ahli keluarga.
Kena ada hikmah ketika kita mengendalikannya supaya tiada pihak yang berkecil hati pula.. Elakkan perpecahan dalam keluarga.

*akhirul kalam*

Ada satu bahagian lagi yang saya nak sharekan dari tulisan semula itu. Ada kisah menarik tentang kenapa kita perlu ambik berat jika seseorang itu ada sifat suka fitnah. In syaa Allah jumpa esok dibahagian dua..

Selamat istirihat..

Wallahu’alam

Wassalam

Catatan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S