*PICISAN PAGI:*
•Mantap akhlak cantik di sisi manusia tapi dlm kejahilan dikuasai nafsu.
•sambungan Nota Ustaz Syukri Omar perihal kiamat dari Surah Al waqiah.
*RALAT dlm tulisan saya pada “Santai dari Ustaz WJ”

Assalamu'alaikum..
Bismillah walhamdulillah.

Pagi ini sekali lagi Allah swt hidupkan kita dlm keadaan sihat, tanpa ada satu pun nikmat semalam yang Allah tarik dari kita. Sungguh Allah  Maha pemurah pd sekalian hambaNya walaupun kita tak pernah sepi dari maksiat dan mengingkari arahanNya.

Bayangkan, bangun sahaja dari tidur yang lena tadi, Allah kurangkan sedikit nikmat kita. Kita pasti akan merungut. Itu baru nikmat kecil yg Allah ambil setelah lama dipinjamkan. Jika diambil Nya nikmat yang besar, dan tidak diizinkan lagi kita meminjamnya pasti tidak tertanggung diri kita.

Namun, hakikatnya:
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia dapat pahala (dr kebajikan) yg diusahakannya dan dia dapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya….”

Allah uji seseorang itu ikut  kemampuan masing2. Dan ujian itu adalah utk tnggikan darjat seseorang itu. Kita diuji pd tempat yg lemah utk kita sedar akan kelemahan kita dan mempertingkatkan usaha memperbaikinya.

Saya ada membaca satu coretan :

“ kita kadang mantap dari segi akhlaknya, sopan, dan cantik dilihat oleh manusia. Tapi Allah uji kita dengan nafsu kita. Mungkin di depan manusia kita nampak baik, namun di belakang manusia kita berada dalam kejahilan kerana nafsu menguasai diri. Maka ketahuilah disitu terletaknya titik kelemahan kita yang Allah ingin uji.”

Saya terkesan dengan tulisan ini kerana pada saya Inilah rahsia antara kita dan Allah yg perlu kita perbaiki. Ianya melibat iman yakni dua perkara : percaya dan yakin.

Pohonlah kita kepada Allah, dalam kita diberikan ujian, moga Allah selitkan sekali kekuatan mengharungi ujian ujian itu.

*Sambungan Nota Kuliah Ustaz Syukri Omar berkenaan Surah Al Waqiah*

HADIS LAIN..
“Bilakah berlaku kiamat ya Rasulullah?” Tanya seorang badwi. Jawab nabi : “ apa persiapan kamu utk kiamat. Badwi: tiada apa melainkan cinta Allah dan RasulNya. Nabi saw: kamu bersama siapa yang kamu cinta.

Surah al fath ayat 2 adalah Jaminan Allah nabi bebas dari dosa tapi nabi saw tetap beribadah hingga bengkak kaki. Mughirah bin syu’ban: bukankah Allah swt dah ampun dosa dulu dan selepas?” Nabi saw: apakah salah aku jadi hamba yang bersyukur. Inilah tanda syukur yang kita kena buat atas segala nikmat yang Allah dah beri, kalau nabi setekun itu kita kena lebih lagi.

Hal ttg Surah al waqiah, ada hadis dhaif sekadar jadi pemangkin untuk beramal : “ brgsiapa baca surah al waqiah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesusahan padanya untuk selamanya”. Tidak salah beramal kalau ianya tidak dinisabkan pada nabi tapi ianya adalah amalan para salafusoleh. Alwaqiah juga sering dibaca nabi ketika solat subuh....

*akhirul kalam..*

Takut ke tak takutnya kita pada apa yang Allah sebut dalam al Quran bergantung pada iman kita. Iman akan sempurna bila kita  percaya dan yakin. Bila kita percaya kita tahu kerana kita belajar dan ada ilmu tentang hukum tapi kita tidak yakin yang hukuman ini Allah akan kenakan pada kita bila kita langgar. Inilah yang akan merosakkan kita dan Inilah yang susah untuk kita adun tapi kita kena buat. Percaya dan Yakin !

Maka seawal pagi ini, jom kita berdoa:  “(Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kpd kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maaf kanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”   - Al-Baqarah(2:286)

Moga bermanafat, mudah2 Allah jadikan kita dalam golongan yg berkedudukan tinggi di akhirat nanti.

Wallahu taala a’lam..

Wassalam..

Garapan: *NCS*
#SesiapaNakMendermaPadaUstazSyukriBolehCheckFBbeliau. MOHAMED SUKRI BIN OMAR
#Ralat:Bukan‘Q’tp‘K’Kubara’•al qubara' - pembesar2 (dlm kontek kita, mereka ini ialah pemimpin)

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S