* SEDUTAN DARI NOTA KULIAH USTAZ SHAMSUL HAKIM.. Hati tempat jatuh pandangan Allah*

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH’.

Bertemu lagi dgn berbagai kenikmatan dari Allah swt. Sebentar lagi bertemu pula dengan pelbagai manusia. Sudah pasti pertemuan akan dikuti perpisahan. Dalam pertemuan dan perpisahan itu adalah lebih baik kita mulakan dan akhir kan “Assalamu’alaikum “.

Dalam salah satu bacaan artikel tulisan saya bertemu larangan menggunakan perkataan “Bye” tatkala berpisah keranab “Bye” dikatakan JARUM SULIT Kristian.

“Di dalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dalam Bahasa Malaysia yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope (paderi).”

Kalau betul kenyataan diatas maka adalah lebih baik sebut kalimah “Assalamualaikum” kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan Nabi Muhammad SWA itu lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman…

Sekadar peringatan untuk semua rakan2!muslim yang lain. Semoga ada manfaat. Sebar2kanlah pada semua sahabat2. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua...

*nota ustaz Shamsul Hakim..Mendidik hati..*

Malam tadi baru dapat duduk bersimpuh di ruang utama surau al amin, selepas agak sibuk bermula jumaat lagi merealisasikan pertemuan hebat ex KPP. Pengisian yang ustaz bawa amat baik untuk kita guna dalam mentarbiyyah hati sendiri. Belum sempat nak edit betul betul, saya sertakan beberapa sedutan yg saya rasa boleh merubah 
Jiwa..

Apa pentingnya kita didik hati?

•Siapa yang pertama yang dipanggil didepan Allah untuk dihisab : pertamanya, seorang lelaki yang mati syahid, tapi Allah kata dia bohong, kerana dia nak dikenali orang yang mati syahid selepas kematian nya. Keduanya, orang yang berilmu yang sebarkan ilmu, Allah kata bohong kerana nakkan pujian, ketiga seorang dermawan. Juga Allah kata dia berbohong.
Semua dihumban ke neraka kerana tidak ikhlas.

Penting utk kita tahu, sebab itu soal “hati” ini diberi satu perhatian kerana inilah yang Allah akan kira, surah Al Furqan : kami bawa datang kan amalan didunia tapi ia akan hanya jadi debu yang berterbangan.

“Allah tak tengok luaran kita allah lihat pada hati, Hati jatuh tempatnya pandangan Allah...”

•Jagalah hati jangan sampai terkena penyakit cinta dunia takut mati

Hadis nabi saw : hampir tiba suatu zaman dimana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan mengerumuni kamu (umat islam) bagaikan org kelaparan mengerumuni bekas hidangan. Tanya para sahabat: Apakah kami pada waktu itu kami amat sedikit bilangannya? Jawab nabi:  Bahkan kamu pd hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh2 kamu, lalu Allah melempar kan ke dlm hati kamu pemyakit alwahn - cinta dunia takut mati
(Abu Daud)

Pernah dulu, bila belajar agama dikatakan tiada masa depan. Tapi hari ini
 Ia terbalik, sehingga para ilmuan agama nenjadi takut terdedah kepada cinta dunia kerana dunia ini didepan mereka.

Nabi saw  - aku tak takut kefakiran kena pada diri kamu tapi aku takut dunia akan kuasai kamu hingga kamu musnah.

Ilmu agama menghidupkan hati yang mati. Kita ke majlis ilmu bukan ilmu saja tapi kita nak hidupkan hati kita. Kalau beralasan ustaz bagi pengisian yang sama. Maka, kita balik dan tiada hendak memanafaatkan ilmu maka kita sedang sebenarnya sedang membunuh hati kita.

Jarak antara rumah ke masjid tidak diukur dengan kaki tapi di ukur dengan hati. Contohnya ketika kita berada di mekah. Yang sebabkan kita nak solat berjenaah di masjidil haram bukan sebab hotel dekat atau jauh tapi hati kita.

*Akhirul kalam*

Pesan ustaz dihujungnya:

“Hati nak di jaga sungguh2 adalah untuk tuannya yang sebenar benarnya, iaitu hati ini milik Allah, jangan jadikan hati kita ini kotor.. semoga kita dpt kembali kpd Allah dgn hati yang sejahtera”

.Wallahu A’alam Bissowab

Wasslam

Pencatat/ *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S