*Sepotong nota dari kuliah Ustaz Ahmad Suhaimi Abd Hafiz  - “Tadabbur surah al maarij ..”.. sebahagian*


Assalamu’alaikum..
Sobahul khair..
Salam jumaat..

Dinihari hari inilah, sepatut nya kita gunakan sepenuh nya untuk sekurang2nya sekali seminggu untuk bangun dan bercerita tentang takdir dan nasib diri kepada Allah swt.  Kita  ini kekadang seprtinya tidak sedar hidup kita penuh tanggungjawab nak di galas
sebab ada yang nak di jawab di akhirat nanti.

Sesekali terasa penat sebab terlalu banyak beban yang ditanggung dlm kehidupan dan orang lain tidak tahu mengenainya, berehatlah barang sesaat dua. Usaha kan untuk adakan saat saat  menangis kerana takutkan azab Allah kerana setiap hati kita bergelak ketawa dgn nikmat Allah. Menangislah sungguh sungguh. Yakinlah tidak rugi pun..

Kita ini manusia. Apa yang kita rasakan adalah fitrah.

Berehatlah sekejap. Ambil sejadah, solat dan luahkan semuanya kepada Allah. Berada di atas tikar sejadah, sambil menadah tangan. Kalau hendak menangis biar sungguh2, menangislah pada waktu itu. Beritahu pada Allah..

“Ya Allah. Aku bukan mahu lemah. Aku bukan mahu berhenti. Aku cuba untuk kuat. Tapi aku terasa penat. Aku penat, ya Allah. Kau berilah aku kekuatan. Ampunkan aku jika aku terlalu mengeluh. Sekalian banyak manusia, yang hakikinya Kaulah yang paling memahami..”

 ...tepuk tepuk bahu kamu.

*pengisian pagi Jumaat*
Petikan dari nota kuliah ustaz Ahmad Suhaimi Abdul hafiz.. “Tadabbur surah juzuk 29 al maarij mawa qiq maala..”

‎إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا
Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),

Para kafir merasakan kiamat ini sebenarnya masih jauh atau tidak akan berlaku.

‎وَنَرَاهُ قَرِيبًا
Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),

Ini sikap mereka yang beriman pada nabi saw dan Allah swt. Ini kerana iman (percaya dan yakin). Iman akan sempurna bila kita  percaya dan yakin. Bila kita percaya kita tahu kerana kita belajar dan ada ilmu tentang hukum tapi kita tidak yakin yang hukum ini Allah akan kenakan pada kita bila kita langgar. Inilah yang susah untuk kita adun..

Moga kita faham apa yang kita fahamkan dari surah ini. Kiamat bukan bahan lawak tp ianya memang betul. Azab ini kalau Allah nak bagi tiada siapa pun yang akan dapat menghalang.  Rabbil a lamin (dunia) dan maliki yau muddin akhirat - sebab tu kita kena iyya kana’budu .. mintaklah dengan Allah. Moga selamat dunia bahagia di akhirat kekal abadi..

*akhirul kalam..*

Semangat yang besar dan diikuti  usaha bersungguh sungguh akan membuka banyak peluang dalam hidup. Tambahan lagi, insya Allah membuka banyak jalan jalan rahmat daripada Allah SWT. Sejujurnya, saya suka dan cemburu melihat orang yang bersemangat dan bersungguh2 dengan gerak kerja kehidupannya.
Sifat Allah menang Maha Pemurah - akan beri pada siapa yang berusaha dan apa tah lagi kalau beriman ( pecaya dan yakin), Allah akan kasih dan sayang pada mereka..

Selamat melata di bumi Allah di hari serba barokah ini..

Jom subuh berjemaah dan usahakan solat yang lain2 untuk juga berjemaah.

Wassalam

Catatan : *Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S