1471) بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.. اَلْحَمْدُ لِلَّه ... 🙂 🌸 *SIFAT² TERCELA & CARA MENGATASINYA*🌸 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ *[ Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Noor Hj Mohd Saad, Mantan Imam Masjid Mahang, “Kuliah Subuh.. Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman”, 8&15 November 2019 / 11&18 Rabi'ul Awwal 1441H @Masjid الرحمن, Mahang Kulim Kedah ]* ✅ Sifat hasad dengki terhadap sesama kita.. busuk hati terhadap org lain.. x ada belas kasihan.. suka sangka buruk.. sifat ini akan membinasakan diri. 🔅 *#Contoh 1:* - _Org tu ada kereta baru, berharap kereta tu terjun paya mana²._ *Ini hasad yg buruk.* 🔅 *#Contoh 2:* - _Dia boleh mengaji, kenapa aku x boleh?._ - _Dia boleh pi Umrah, kenapa aku x boleh?._ *Ini hasad yg baik.* ✅ Jaga diri kita dari sifat dengki, ia memakan amal kebajikan kita.. seperti api yg yg memakan kayu api. Iman dan dengki, tidak boleh duduk dalam diri kita keduanya.. org yg tiada dengki, imannya penuh. Penyakit dengki ini berat hingga menafikan iman kita. ✅ Tabiat 3 ni ada dalam diri kita: 1) *Hasad dengki.* 2) *Sangka buruk.* 3) *Memandang sial terhadap sesuatu.* ✅ Cara nak atasinya, 🔅 #Pertama. *“Jika Rasa Dengki”.* - _Jangan tunjuk dgn muka, berdiam dirilah dari percakapan yg tidak baik._ - Jika ingin bercakap juga, pujilah orang yg kita dengki itu.. mudah²an perasaan itu hilang. 🔅 #Kedua. *“Jika Sangka Buruk”.* - _Jangan benarkan benda itu.. nafikan perasaan itu._ 🔅 #Ketiga. *“Jika Rasa Sial”.* - _Kalau rasa sial sesuatu itu, teruskan juga. InsyaaAllah ia akan hilang rasa itu._ - _Jangan batalkan apa yg kita nak buat itu, teruskan juga.. walau kita rasa ia sial. Kalaupun x jadi apa yg kita lakukan, ia adalah kebetulan._ *Itu cara nk ubati 3 sifat buruk yang memang ada dalam diri kita.* ✅ Rasa iri hati tidak menjadi salah jika ingin nikmat yg sama.. 🔅 *#Contoh;* - _Lihat dia berjaya, kita juga nak berjaya.. lebih² lagi dalam urusan Agama, ia jadi SUNAT._ Iri hati begini, dikira sifat yg terpuji. Tetapi jika ia iri hati dalam urusan dunia, ia jadi HARUS. Tidak berdosa iri hati begini, ia adalah iri hati yg baik. ✅ 3 Sifat ini dilarang keras!, 1) *Rosak kawan.* 2) *Menipu kawan.* 3) *Bermusahan @ dengki.* 🔅 *Sabda نبي ﷺ yg bermaksud,* - _“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”._ 🔅 *Sabda نبي ﷺ yg bermaksud,* - _“Barangsiapa yg menipu kaum muslimin maka ia bukan dari kalangan golongan mereka”._ ✅ Kiranya anda boleh berpagi dan berpetang tidak ada ingat nak tipu siapa pun.. orang yang begini adalah mengikut SUNNAH نبي ﷺ. ✅ Rasa kurang belas kasihan dan selalu bersangka buruk, maka ia menunjukkan sifat Keras Hati. Sifat begini dicela dan buruk. 🔅 *Sabda Nabi saw yg bermaksud,* - _“Tunjukkanlah belas kasihan pada org yg di muka bumi ini, nescaya Tuhan akan membalas kasihan itu. Sesungguhnya Allah merahmati orang yg kesian belas”._ 🔅 *Sabda نبي ﷺ yg bermaksud,* - _“Perasaan kasihan belas itu tidak akan dicabut, melainkan kepada orang yg jahat”._ ✅ Orang yg x rasa kesian apa yg menimpa kawan dia, rasa seronok saja.. orang ini keras hatinya. Orang minta derma, bagi lah.. ✅ Sangka jahat, sangka buruk pada orang.. selagi kawan tu x tahu, x berdosa.. tapi kalau dia tahu, BERDOSA!. 🔅 2 perkara ini PALING UTAMA: 1) *Sangka baik pada ALLAH.* 2) *Sangka baik dengan kaum muslimin.* 🔅 2 perkara paling BURUK: 1) *Sangka buruk pada ALLAH.* 2) *Sangka buruk dengan kaum muslimin.* ✅ Maksud sangka buruk dengan kaum muslimin.. adalah dengan perbuatan, percakapan mereka yang baik.. tapi kita menyangka buruk padanya. Benda² ini semua kita minta doa pada ALLAH.. agar terhindar dari perasaan² buruk itu. Buruk sangka ini termasuk dalam DOSA BESAR. ✅ Antara perkara besar , mencintai dunia.. cari dunia, jangan sampai rosak dgn hal Akhirat. Dunia ini ALLAH yg bagi, pandai² kita uruskannya. Ditimpa masalah.. susah hati yg sangat², x boleh. Kejar harta dunia, jangan sampai abaikan Agama. ALLAH jadikan dunia ini sementara saja.. Terlampau berat pada dunia, x boleh. Hendaklah kita melebihkan Akhirat.. x boleh nak bagi sama keduanya. وَاللَّهُ أَعلَم.... 🌀Silakan Share @ C&p.. 🌀Moga Bermanfaat.. 🌀 آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن ❤ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤ Syukran LIKE Page FB: Catatan Kuliahku, https://www.facebook.com/Catatan-Kuliahku-104611824245848/ GROUP WASSAP: FIQH WANITA 1 & 2 TELEGRAM:https://t.me/joinchat/AAAAAFNm9zZ7oN99utOkoQ ~ Pilihan Yang Terbaik ~ 18 ربيع الأول 1441H 15 November 2019 ✒ _Raikan Pendapat, Jika Berbeza_ *DI LARANG EDIT* _كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْت_ _Sedekah Jariah Ilmu, Bekalan Akhirat._

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S