*Diari dari Perth..* [Islam di mana mana, tapi masa dah tiba perkasakan umat untuk nobatkan islam di mata dunia sebelum kita berjaya di akhirat..] Assalamu’alaikum.. Salam dari Perth. Semoga Setiap saat dan detik saya disini ( Perth) dalam rahmat Allah swt. Yang di Malaysia pula sentiasa dilindungi Allah. Semalam, Bermula dengan subuh kami berjemaah sesama sendiri, kedudukan surau belum di kerahui. kami kemudian memulakan hari di Perth semalam dengan lawatan ke Swan Lake City. Kekadang terasa terusik hati bila kebersihan dan susunan bandar2 di negara yang bukan islam sebagai agama, begitu bersih dan tersusun. Cuba kaitkan yang cantik, bersih nya tempat tempat sebegini, kerana cuaca empat musim mereka. Tapi tidak dapat lari dari sikap dan attitude yang juga jadi faktor. Itulah yang kami bincangkan selepas saja melawat contoh “water front city”. Kami boleh bawa balik contoh dengan ambil idea dari sini dan terapkan ianya melalui design dari arkitek tapi itu secara zahirnya; tapi, secara lebih dalamnya, kami tidak boleh ubah attitude dan sikap masyarakat tempatan keseluruhan dalam soal memyelenggara prasarana dan infra yang sedia ada. Ini perlu kerja lebih kuat. Inilah yg nak kena di gegar kan kepada fikrah fikrah orang islam. Selepas itu, saya menelusuri pula KING’s Park di tengah Western Australian Botanical Garden, semuanya cantik dan baik - rumputnya, panorama nya/ bandar Perth di pandang dari KING’s PARK, terasa kerdil saya dengan indahnya ciptaan Allah dan bagusnya sikap dan attitude orang tempatan menguruskan infra dan prasarana, dari segi “maintainence” nya. Lebih terasa tertampar, mereka ini majoritinya bukan orang Islam. Di akhir zaman ini, faktor inilah membeza kan antara negara islam dengan negara bukan islam. Kalau kita lihat secara keseluruhannya. Namun, ada satu komen yang menarik dari kakak arkitek - “kalau negara islam terlalu baik dari sudut zahir nya, dikhuatiri orang islam akan tenggelam dengan kehebatan diri sendiri hingga lupa Allah, secara batinnya pula”. Itu Sekadar pendapat saja darinya. Apa2 pun sudah tiba masa nya, kita kena ubah apa yang pernah di ungkan oleh Sheikh muhammad Abduh : “Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah, saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam..” Sudah tiba masa muslim berubah : berjiwa besar, menepati waktu, bersopan, kemas, jaga kebersihan, produktif dan berhati hati. Mudah2an kita akan di hormati oleh musuh dan akan berjaya dunia dan juga di akhirat.. Namun, Alhamdulillah. Islam di Perth, berkembang dgn baik. Amat mudah untuk mencari surau atau masjid di mana mana saja. Zohor-asar semalam disempurnakan di Surau Ar Rukun di Rockinham. Surau ini dikatakan di pelupuri oleh orang melayu.. Semalam juga sempat menyusur sehingga ke jeti Mandhurah Marian Ocean, melihat bagaimana muara laut di bangunkan dengan secara commersial dan ia juga amat menari dan attractive untuk tourism. Dalam perjalanan balik pula, sempat makan malam di salah satu restauran laut di Fremantle. Sebelum kami mengakhiri hari semalam dgn isya-mahgrib di Perth Mosque ( yang di bina sejak 1905). Semoga islam terus berkembang di Perth. *Akhir kalam* Sekaranglah masanya kita dah mula kena ubah diri kita. Kita boleh. Kita boleh ubah Ingat, perubahan yg sedikit akan membawa kepada hasil yang besar. Allah tak akan ubah sesuatu kaum melainkan kaum itu ubah diri mereka sendiri. Kenapa kita harus ketepikan Islam sedangkan kita ini mulia kerana Islam itu sendiri... “Hai orang orang yang beriman, masuklah kamu ke dlm Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (Surah Al-Baqarah : 208) Wallahu’alam Wassalam Salam ingatan dari Perth: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S