*Catatan Penghujung di Perth* [ pada menyaksikan dunia.. rindu jemaah dan majlis ilmu] Assalamu’alaikum.. Salam pagi penuh keceriaan, semoga berada dlm rahmat Allah semuanya. Hari ini, Hari terakhir di bumi Perth. Walaupun tidak sempat mencari majlis ilmu ketika disini tapi ilmu ilmu “alam”’dunia kebesaran Allah, sempat di saksikan dengan sebuah pemikiran. Di tambag lagi dengan silaturahim sesama kami. Siangnya, sempat bersukan golf, kalau sebelumnya di The CUT, semalam di The VEIN. Kedua dua tempat sekadar menambah mata kami menyaksikan betapa hebat dunia ciptaan Allah. Kalau di The CUT kami di pertontonkan dengan suatu pemandangan lapangan Golf yang menarik sepanjang tepi pantai, bersama deruan angin dan bunyi ombak laut, di The VEIN pula kami pada menyaksikan “zoo” yang penuh dengan binatang tersohor di sini, Kanggaroo. Alhamdulillah. Semoga ada sesuatu yang menjadikan kami lebih berfikir tentang Esa dan Hebatnya Allah. Terimakasih ya Allah kerana mengizinkan kami tetap terlekat sebagai insan yang kekal solat berjemaah dgn menjadikan ruang tamu kami sebagai musalla untuk tujuan jamak dan qasar serta majlis membaca al Mulk sebelum tidur dan juga tadabbur al quran seusai subuh. Semoga kita semua tetap meneruskan perkara “basic” sebagai hamba Allah untuk kelangsungan hidup sbg manusia yang selau hendak kan jalan Allah d dunia. Tiada lain selain dari hendak mengepung “nafsu” dunia atas amalan2 Basic sebagai muslim ... Moga ada balasan baik untuk hidup di akhirat nanti.. Malah baik juga untuk dunia. *Pengisian Pagi..* Antara salah satu tadabbur kami ketika sama sama menbaca surah Al Mulk adalah: Al mulk :15 هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalan lah di merata rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkit kan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). Maka, usahakanlah untuk “travel” selepas penat bekerja setahun, ramcang lah sebaik nya, ikut budget dan masa free yang ada.. Indeed, dunia ini adalah satu hamparan terbentang luas yang perlu diterokai oleh sekalian manusia.. Hakikatnya, perjalanan zahir yang kita tempuh ini adalah manifestasi kpd perjalanan yang kita tempuh dalam diri sendiri. Terjumpa kata Kata Buya Hamka: “jika kebaikan yang dicari oleh hati, maka kebaikanlah yang akan kita jumpa. Jika keburukan yang diniatkan oleh hati, maka keburukanlah yang akan kita jumpa”... *Akhir kalam..* Rindu pada jemaah di Malaysia sudah pasti akan terubat bila saya kembali hari ahad nanti. Doakan semoga semua selamat dalam perjalanan balik jam 230 pagi Ahad.. Berjalan, berjalan dan teruskanlah berjalan hinggalah ke suatu tempat yang belum kita saksikan dgn mata, mendengar dgn telinga , dirasai dengan pengalaman dan terlintas di pemikiran kita walaupun ia jauh daripada tanah airmu yang tercinta dan jauh drpd mata yang memandang serta perjalanannya penuh dengan selok belok yang belum engkau tempuhi. Lalu perhatikanlah, pelajarilah ia agar kita termasuk orang orang yang beruntung. InsyaAllah.. Wallahu’alam Wassalam Catatan: *NCS* #MH126 #230pagiAhad

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S