*FASTABIQUL KHAIRAT*
IKLAN KARNIVAL AMAL @ SURAU AL AMIN DAN JUGA “Morning Sharing” - kata kata dari Imam Ghazali.
Assalamu’alaikum...
Salam pagi selasa...
Alhamdulillah. Malam tadi dpt menyertai mesyuarat di surau berkaitan program *Karnival Jualan amal yang akan berlangsung pada 30 Nov dan 2 Dis*, di kawasan luar dan dlm surau al amin.
Karnival ini bertujuan untuk menambah dana surau serta pesatuan lain spt KRT, Nisa’ dan beberapa yang lain. Di jemput semua untuk hadir. Macam2 jualan akan di adakan dan macam2 game akan di jalankan. Saya hanya di tugaskan utk menjadi “EmCee” jer pada hari tu. Moga semua urusan di permudahkan...
INDEED, hari ini, nak buat kerja amal (moga dapat pahala dsisi Allah) tidaklah semudah yang disangka walaupun niat kita murni tapi ia tidaklah semudah yang kita rancangkan. Mungkin adakalanya nampak cam remeh tapi banyak beban pada mereka yang nak buat kerja amal sukarela ini. Jadi, saya memang respeklah sebab memang mereka kena jadi penyabar dan juga kena kuat semangat.
..doakan semoga impian para sukarela ini tercapai utk menjadikan KARNIVAL AMAL pada 30 Nov dan 1 Dis ini adalah sesuatu yang suksess. Utk saya secara personal, Allah dah bagi peluang terlibat sama dlm merealisasikan niat murni kawan kawan, pun dah cukup bersyukur.
Tinggallah pada tuan tuan puan puan Dato Datin untuk membantu menjadikan program amal ini satu kejayaan atau tidak. Jomlah nanti ramai ramai..
Firman Allah sw dalam surah al Baqarah ayat 148 : “Maka berlumba lumbalah kamu kepada melakukan kebajikan.” Maka, jangan lepaskan peluang ini...
*Morning sharing..*
[*Perkongsian Pemikiran dan kata kata Imam Ghazali*]
Untuk pagi ini, saya nak share satu kata kata dari Imam Ghazali sebagai satu motivasi dan pedoman pada kita dalam menelusuri satu kehidupan:
*Perkongsian Pemikiran dan kata kata Imam Ghazali*
“Seboleh bolehnya jangan bertengkar dgn seseorang dlm apa jua masalah kerana pertengkaran mengandungi pelbagai penyakit dan dosa nya jauh lebih besar drpd faedahnya, riak, takbur, hasad dan dengki”
“Jika melihat orang jahat, jgn anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat kesalahannya”
“Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta pada Allah harus dipelihara dan dipupuk, suburkan dgn solat serta ibadah yang lainnya”
“Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang ulang ilmu adalah zikir dan Mencari ilmu adalah jihad”
Cukup dulu untuk renungan pagi ini. In shaa Allah nanti kita share penggalian saya yang tercetus hasil dari kuliah maghrib Ustaz Che Ghani Che Teh malam tadi, berkenaan “Hakikat Syaitan yang di rejam..”
*....akhirul kalam..*
Kalau hati kita penuh dgn sinar keimanan, mesti kita pilih jalan yang mengarah kepada kebajikan. Kalau sebaliknya, kita jawablah dalam hati kita. Hehehe....
Marilah sama sama kita rebut. Bukan susah nak buat baik, dan bukan pula susah nak buat dosa. Pilih la jalan kita sendiri...
FASTABIQUL KHAIRAT.
Wallahu’alam
Wassalam
Catatan Oleh : *NCS*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment