*Perjalanan Kehidupan* Sharing is caring dari nota UYE. Assalamu’alaikum.. Kita telah memasuki waktu pagi yg kerajaannya hanya milik Allah. Sudah tentulah segala puji bagi Allah. Pasti kam tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa. Atas sifat Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, sama samalah seawal pagi gini kita mohon padaNya kebaikan pada hari ini dan masa yang akan datang. Juga kita mohon berlindung padaNya dari kejahatan hari ini dan di masa depan. Jauh lagi perjalanan hidup kita ini, kita mulakan hidup kita di alam roh diikuti alam rahim memasuki alam dunia. Dan yang pasti kita akan mati utk berada di alam barzakh, yg akan di tandai kebangkitan semula sebagai alam akhirat hinggalah kita menjejaki alam masyhar - alam yang sekejap untuk yang beriman tapi 25,000 tahun untuk yg tak dapat perlindungan dari Nya. Sehingga kita di beri buku amalan dan di hisab. Ketika itu baru kita lihat, untungnya mereka yang melepasi titian sirat tanpa hisab atas kerana taat nya mereka pada Allah semasa hayat. Allahuakbar.. sedar sedarlah wahai insan untung hidup di akhirat bergantung pada cara hidup kita di dunia. Ketika itulah kita mengharap pada syafaat dari nabi Muhammad saw. untuk itu seawal pagi, marilah kita sama sama mohon berlindung pada Allah swt dari kemalasan beribadat dan melakukan amalan soleh, juga jauh dari keburukan hari tuan yang boleh membawa mati yang buruk - suul khatimah. Yang paling kita takut dan yang tidak terfikir sehingga saat kita menyaksikannya adalah seksaan di Neraka dan juga kubur. Renungkanlah.. tiada saat pasrah ketika bertemu Allah nanti, kita pasti hendakkan yang terbaik! *sedikit perkongsian pagi..* Nota dari Ustaz Yusuf Embong (UYE) Alhamdulillah. Malam tadi spt sirih pulang ke gangang, saya bersimpuh di sudut yg biasa menelaah kuliah maghrib selepas 2 hari berada di kawasan sepi sunyi tapi mendamaikan. Masing dengan semangat minggu cinta rasul walaupun hari sabtu lalu minggu cinta rasul dah pun selamat di tutup di masjid BTHO untuk kariah BTHO. Mubarak’alaikum pada semua.. Pagi ni nak share sikit kata kata dari UYE: “nab saw adalah segala contoh yang hebat pada kawan dan lawan. Dlm pandangan seorang mukmin, muhamad adalah sebaik teladan dalam semua keadaan kecuali hukum2 yang dikhususkan bagi baginda. Siapa nak ikut nabi saw - paling tidak kena ada dua sifat - nampak Allah dan nampak akhirat. Anta’ budallah - kena ada ihsan. Rujuk surah Al ahzab ayat 21 dan Ayat 18 surah attaubah. “Sesiapa beriman dgn Allah dan hari akhirat, hendaklah dia bercakap dengan baik kalau tidak dia lebih dia diam sahaja”( bukhari) Juga kena ber!aik dengan jiran, muliakan tetamu dan cakap yang baik baik. Islam adalah agama kehidupan memayungi semua yang di bawah nya. Carilah Tujuh yang akan selamat ketika tiada lain selain dari perlindungan arash Allah.. *akhirul kalam* ..Nampakkanlah diri kita pada Allah swt dan hari akhirat, semoga kita akan jauh dari kemalasan dunia yang mengakibatkan kita rugi di akhirat. Rugi besar! Selamat berjuang..carilah majlis majlis ilmu, dampingi insan insan soleh agar kita tidak terjebak ke dunia yang melalaikan kita.. selain dari tugas kita beribadah pdNya, itu tanggungjawab. Kita ke syurga atas RahmatNya... Wallahu’alam Wassalam Catatan : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S