PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Kekayaan Hakiki
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (selalu merasa cukup)." (HR Bukhari No: 5965) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak.
2. Kekayaan hakiki seorang Muslim ialah apabila ia memiliki kaya hati (sifat merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki).
3. Berapa ramai orang yang memilii harta namun sentiasa merasa masih kurang. Hatinya tidak merasa puas dengan rezeki yang dianugerah Allah. Ia masih terus mencari apa yang belum diraih. Hatinya masih belum puas dengan apa yang ada. Itu bermakna ia sentiasa miskin kerana ingin mencari dan mencari lagi.
4. Imam Nawawi menyatakan: “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah.
Jadilah kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang solleh.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#SemarakCintaRasul
#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
30hb November 2019
03hb Rabiul Akhir 1441H
Khamis Bansar Shopping Centre *NCS @ 19 ZulKaedah 1447* * Tetaplah terus memberi peringatan, Ia bermanfaat * Cetusan dari kuliah pada Ahad malam @ surau al al amin BTHO - orang beriman berjual beli dengan Allah.(1) بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Segala puji bagi Allah yang meng hidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada Nya jua kami di himpunkan. Mulakan siap langkah dan juga tugasan dengan satu lafaz "Bismillah" - " Dengan nama Allah", dan secara automatik menukarkan rutin harian biasa menjadi satu ibadah. Tetapkan dalam hati dengan berniat hari ini dilakukan semata2 kerana Allah. Jom solat sunat Dhuha untuk menjemput rezeki dan ketenangan jiwa. Serahkan lah segala perancangan dan usaha hari ini pada Allah swt selepas berusaha demgan bersungguh sungguh. Carilan amalan rohani mana yang membimbing kita untuk letak pergantungan sepenuh nya kepada Nya seawal celik mata. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat bertemu lagi, dengan sat...
Comments
Post a Comment