*Perkongsian dari MH 127*
Selawat pada nabi saw.. Ustaz Abdullah Fahmi.
Assalamu’alaikum..
Salam dari Perth..
Alhamdulillah. Saya selamat terbang ke Perth menaiki
MH 127 jam 815 malam tadi. Keluar dari rumah selepas solat asar jemaah di rumah, macam macam doa saya panjatkan - Doa keluar rumah, doa Bismillahillazi..., mintak kalau ada musibah tertulis di loh mahfuz di tukarkan jadi kebaikan, kebaikan bandar Perth, di jauhi kejahatan yang ada di Perth - macam macam doa lagi. Itu adalah salah satu bentuk penyerahan pada kekuasaan Allah. Bukan hanya sekadar nak berdoa. Apatah lagi bila berada di perut kapal di atas satu paras ketinggian yang hanya kuasa Allah saja boleh pasti kan ianya selamat atau tidak.
Walaupun hebat ciptaan manusia tapi takdir dan kehendak Allah lebih hebat. Maka, kena mintak dengan bersungguh sungguh.
Sebelum pesawat “take off”, doa bismillahimajreeha wamursaaha di baca. Dan ketika di dalam pesawat, ada disediakan satu monitor untuk kita berhibur, macam macam movie ada, game pun ada, tapi saya mencari cari kalau ada interaktif bacaan al quran, sayang nya tiada. Terpandang pula, di bahagian “Audio”, ada segmen nasyid. Berusaha untuk berbuat sesuatu yang baik, dan sangat amat berharap moga aktiviti yang baik baik akan mengundang “mata” Allah memerhati kami di dalam kapal dan dijauhi dari sebarang musibah.
Di dalam segmen nasyid, ada bahagian selawat sufi oleh ustaz Abdullah yang juga pemenang akademi
Al quran yang pertama ( ustaz ini memilih untuk tinggal di kampung halaman walaupun sudah berjaya hasilkan berbagai kompilasi
Al quran dan selawat). Dari situ, saya mendengar sambil mengambil nota utk tujuan sharing pagi ini. Ianya kena dengan hujung hujung minggu cinta rasul ini..
SELAWAT ... USTAZ ABDULLAH FAHMI
surah at taubah :128
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya tlh dtg kpd kamu seorang Rasul dr golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw), yg menjadi sgt berat kpdnya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kpd orang-orang yang beriman”
Ya rabbi solli wassallim da iman abadan. ala habi bika khairil khalkikul li bimi - selawat burdah.
Nabi saw: “ Orang yg bakhil adalah orang yang namaku disebut disisi nya tapi dia tidak berselawat keatas ku..”
Ya rabbi solli ala muhammad ya rabbi solli alaihi wassallim.
Al ahzab :56
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kpd Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Nabi saw : “sesiapa yg berselawat pada ku sekali, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali” (muslim)
Selawat as sa’adah
“Allahummaa solli alaa sayyidinaa muhammad, adadamaa fiilmillah solaatan da imatan, bidawaaa mi mulkillah”
Nabi saw : sesungguhnya Allah swt memiliki segolongan malaikat yang merantau ke seluruh pelusuk muka bumi yang bertugas menyampaikan kepadaku drpd umat ku ucapan salam sejahtera kpd ku ( An nasai)
Nabi saw : sesiapa yang terlupa berselawat kepada ku nescaya dia akan terlupa jalan ke syurga (ibnu majah)
*Akhirul kalam*
Selamat mendarat jam 135 pagi di Perth Airport.
Ahamdulillah selamat dari segala macam cerita tentang kecerewetan immigresen aussie. Tiba di homestay 4 bilik jam 3 pagi, rehat sebentar, berjemaah subuh. Tangguh solat jemaah di masjid, masih penat.
Jam 745 acara pagi dah bermula dengan satu lawatan ke contoh waterfront city..
Mudah2an kami tidak lupa selawat dan zikir walau dimana kami berada.
In syaa Allah
Wallahualam
Wassalam
Catatan:. *ncs*
#subuhPerth330
#syurukPertn503
Khamis Bansar Shopping Centre *NCS @ 19 ZulKaedah 1447* * Tetaplah terus memberi peringatan, Ia bermanfaat * Cetusan dari kuliah pada Ahad malam @ surau al al amin BTHO - orang beriman berjual beli dengan Allah.(1) بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Segala puji bagi Allah yang meng hidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada Nya jua kami di himpunkan. Mulakan siap langkah dan juga tugasan dengan satu lafaz "Bismillah" - " Dengan nama Allah", dan secara automatik menukarkan rutin harian biasa menjadi satu ibadah. Tetapkan dalam hati dengan berniat hari ini dilakukan semata2 kerana Allah. Jom solat sunat Dhuha untuk menjemput rezeki dan ketenangan jiwa. Serahkan lah segala perancangan dan usaha hari ini pada Allah swt selepas berusaha demgan bersungguh sungguh. Carilan amalan rohani mana yang membimbing kita untuk letak pergantungan sepenuh nya kepada Nya seawal celik mata. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat bertemu lagi, dengan sat...
Comments
Post a Comment