*Pesanan Dari Ustaz Abdul GhaniChe Teh* : “Hakikat syaitan yang di rejam...”
Assalamu’alaikum...
Selamatlah kita sepanjang hari ini di bawah perlindungan Allah, begitu lah harapan setiap dari kita..
حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik baik Pelindung.” (Ali Imran 173)
Begitu juga untuk berlindung diri dari syaitan dan gejolak nafsu, kita perlu memohon darinya tapi kita pada masa yang sama bab syaitan ni kita kena tahu tentangnya..
*Pesanan Dari Ustaz Abdul GhaniChe Teh* : “Hakikat syaitan yang di rejam...”
Syaitan boleh menukar orang yang baik menjadi jahat sebagaimana syaitan itu sendiri yang asalnya ahli ibadah..
Mohonlah hadiyat:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
..Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk pd kami, dan karuniakan lah pada kami rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau lah Maha Pemberi (karunia)....
Syaitan ini derhaka sifatnya pada Allah. Mereka berdusta menipu. Sifat menipu sebelum turun ke bumi lagi.
Syaitan senantiasa menjanjikan mereka yang menipu dengan janji indah dan palsu. Para Penipu menerima pusaka dari syaitan. Syaitan menipu nabi adam hingga memakan buah yang di larang Allah dengan hanya memutar belit kenyataan - “ kalau makan buah khuldi akan kekal di syurga..”
Sesungguhnya syaitan itu sesatkan dari al quran. Syaitan juga di kenali sebagai corin.. kawan baik manusia kalau kita ikutkan mereka.
Hanya Allah tempat kita mohon pertolongan dari gangguan syaitan. Terutamanya ketika mana kita nak membaca al aquran. Syaitan sangat marah pada mereka yang membaca al quran. Maka mula lah dgn membaca a’uzibillahi minash syaitan.
Masaalah besar, syaitan dpt lihat kita tapi kita tidak dpt lihat mereka. Tapi perkara yang ghaib tentang manusia syaitan tidak tahu, hanya Allah saja yang tahu. Halangilah diri dari pergi berjumpa dgn bomoh kerana khuatir 40 hari solat kita tidak di terima. Syaitan pun tidak tahu tentang perkara ghaib.. nabi sendiri pun hanya akan tahu dgn izin Allah swt.
Syaitan boleh menjelma sebagai wanita, ular, anjing hitam atau kucing hitam. Tempat kediaman syaitan? Padang2 yang luas, rumah buruk yang di tinggalkan, tempat2 najis, pasar jualan, kubur dan rumah yang tiada bacaan al quran serta tiada solat di dalamnya.
Dua perkara kena buat, hiasi rumah kamu dgn solat( solat sunat), bacaan Al quran. Kalau boleh diada kan setiap malam solat dan bacaan al quran Supaya rumah kita tidak jadi rumah syaitan.
Syaitan makan dan minum seperti manusia juga. Mereka makan dgn tangan kiri. Makanannya tulang dan najis binatang. Mereka Berkahwin dan beranak pinak. Mati kecuali iblis (yg akan mati di hari kiamat).
Nabi saw : Kalau kamu tak sibuk kamu bacalah surat Al falaq dalam solat kamu.. amalan membaca surah ini akan menghidarkan kita dari orang dengki dan sihir.
#TV? Berhati hati lah dengan rancangan dalam tv.
*Akhirul kalam*
Seruan seawal pagi utk diri sendiri sahabat sahabiah saudara mara semua, mari lah kita mulai membiasakan lisan berzikir menguatkan hati dgn ayat ayat Allah swt. Sesungguhnya, dibalik ayat ayat suci itunada janji janji indah yang menanti. Dan Allah sungguh Maha Menepati Janji.
مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
“Sungguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud), tak ada kekuatan kecuali dgn (pertolongan) Allah”
- (Al-Kahfi 39)
Wallahu’alam
Wassalam
Catatan : *NCS*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment