*Pesanan Dari Ustaz Abdullah Isa ketika subuh tanpa Letrik dan Pesanan Ustaz Bakhtiar Fitri selepas penat kendali Karnival Amal Bantuan Dana Rumah orang Tua dan Anak Yatim* Assalamu’alaikum.. Salam seawal pagi Ahad. Ada lagi hari untuk kita hari ini, ertinya adalah lagi satu kehidupan yang nak kita tangani dengan baik dan tenang. Maha penting untuk kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bersangka baik dengan penyusunan Allah. Hidup kita mungkin banyak plot twist, tapi we need to keep yakin dan tetap bersangka baik dengn Allah. Satu lagi, bantulah urusan orang lain selagi boleh. Mngkin kita adalah medium medium terkabul nya doa doa orang tersebut. “Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Ibnu Majah). Dan nanti dihujung malam sebelum beristirehat, cuba pulan muhasabah dan refleks semua benda yang berlaku dalam kehidupan kita ni, tentu ada tarbiyah atau pengajaran yang Allah nak hadiahkan pada kita. Kerana semua benda yang berlaku dalam kehidupan kita ini bukan sia sia. Dan yang paling penting, baru lah hati kita akan sentiasa hidup. Dan bukan hanya menjadi robot dekat dunia ni yang hanya just follow the flow. ‘Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai Telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya Bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta itu ialah hati di dalam dada ‘ [Al hajj:46] *PERKONGSIAN PAG* Ustaz Abdullah Isa dan Ustaz Bakhtiar Fitri *Dari Usatz Abdullah Isa* Solat subuh semalam, berjemaah di dalam suluhan cahaya handphone bila eletrik terputus bekalan kerana ada masaalah di pencawang utama BTHO. Kuliah subuh oleh ustaz Abdullah Isa tetap di terus kan. Saya nak share sikit nota yang sempat di ambil untuk renungan bersama: “Kita kini ddunia gelap, cuba bayang kan dalam kubur, bila di bangkitkan dalam suasana kelam. Dalam hadis diceritakan, dalam kubur akan datang malaikat bawa satu gambar dan tanya apakah kamu kenal orang ini. Pada yang tahu akan jawab nabi saw, mereka ini adalah orang yang beriman dan akan diluaskan kubur mereka dan “menghijau” lah kuburnya . Ada pun kafir dan munafik, bila dibentangkan gambar nabi, mereka tak boleh jawab dan tak kenal. Dan ketika itu malaikat akan memukuk mereka sehingga selisih tulang rusuk dan Allah akan himpit mereka di dalam kubur hingga mereka kelam. Dalam hadis lain, bila nabi saw di tanya oleh sahabat: apakah saadah (bahagia), kata nabi saw : yg dikatakan bahagia sebenar2 bahagia berjaya sebenarnya berjaya - yang panjang umur dalam melakukan ketaatan pada Allah. Sesungguhnya panjang tapi tak taat pada Allah, nabi saw labelkan sebagai orang gila (majnun). Pernah nabi suatu hati melintasi satu kumpulan manusia, lalu nabi bertanya siapakah mereka ? Jawab sahabat mereka itu orang gila ( najnum), kata nabi saw tidak mereka itu sedang di uji Allah. Mereka yang gila adalah mereka yang kekal tidak mentaati dan sentiasa dalam maksiat. Inilah yang dikatakan sebagai orang gila” Semoga ada pemangkin utk kita perbaiki diri kita.. *Dari Ustaz Bakhtiar Fitri* Bermula jam 8 hingga 3 petang semalam, selamat mengendalikan program Karnival Amal di surau Al Amin - dana untuk rumah orang tua dan anan yatim. Petangnya penat, terpaksa asar dan maghrib jemaah di rumah. “Naik” semula ke surau jam 8, sempat pula berkuliah dengan kuliah oleh Ustaz Bakhtiar Fitri. Ada sedikit nota dari kuliah nya untuk di kongsi disini: “Apa kelebihan mereka yang berjemaah di rumah Allah.. Dari anas b malik ra: sabda nabi saw: “ pd hari kiamat nanti Allah akan memanggil mana jiran aku. Malaikat tanya, siapa yang layak jadi jiran engkau ya Allah? Dimana kah orang yang memakmur rumah Allah “ inilah hakikat Allah akan cari mereka yang memakmur rumah Allah. Mereka ini akan berjiran dengan Allah dlm syurga. Sebab tu kalau nak minta syurga firdaus yang letaknya di bawah arash Allah. Inilah sebab kita jangan berhenti datang ke rumah Allah. Belum cerita pasal imam dan bilal. Bilal akan diberi kedudukan yang baik. Begitu juga dengan imam. Seperti juga Ajk, yang mengurus kan aktiviti2 surau. Kalaulah yang dtg memakmurkan rumah Allah anggap jiran apalagi imam, bilal dan ajk. Dan ajaklah anak anak sekali.. kerana anak anak ini adalah pencen kubur kita. Kita tak mampu ke syurga seseorang, kita perlu anak anak dan isteri. Mudah kita ke syurga sebab anak2 dan isteri kita maafakan kita..” *Akhirul kalam* Pagi ini jam 830, karnival Amal berlangsung lagi. Jualan2 amal masih ada berlangsung utk di salurkan kpd rumah orang tua dan anak yatim. Jemput hadir. Ada perlawanan ping pong dan bayblade juga. Moga kita semua kekal sentiasa memberi manafaat kpd orang lain. Dan in syaa Allah, hak kita pula akan datang dari Allah.. Semoga bermanafaat.. Wallahu’alam Wassalam Catatan/*Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S