*Pesanan Dari Ustaz Shukri Harun, PADANG MASHYAR MENUNGGU MU.. Life After Death..* : Tambah Asset Kurangkan Liabiliti.... Assalamu’alaikum... Salam pagi... .. dan pagi tetap kekal sebagai salah satu waktu waktu utama utk perjalanan fizikal jauh atau dekat. Juga untuk perjalanan ukhrowi - untuk melakukan amalan akhirat). Semoga kita pula kekal menjadi insan yang setia untuk menjadikan pagi sebagai permulaan amalan amalan soleh - bertahajjud, berzikir, bertilawah, berdoa. Kalau malam tadi kita tutup dengan Al mulk, diikuti meraup wajah dan badan dengan tangan seusai 3 Qul dan ayatul kursi, maka, pagi ini kita mulakan pula dengan 10 ayat terakhir dari surah Al Imran. Diikuti tahajjud paling lekeh 2 rakaat diikuti rapat paling kurang satu rakaat Witir. Semuanya adalah demi untuk redha Allah. Jangan tinggalkan al quran walau sehari, kalau paginya tidak sempat juga carilah ruang di tengah tengah kesibukan untuk membaca nya. Kalau pagi sudah termiss membacanya dan tengahari pula kalut dengan kerja dunia, maka usahakan sebaik seusai solat isya’ dengan terus membaca surah al mulk.. 6 minit jer pun. Usaha usaha ini semua akan membawa kita kepada perlakuan yang baik dan moga terlindung dari segala punca kemaksiatan, tapi tiada jaminan lepas dari dosa kerana kita manusia, tapi bertaubatlah seadanya dan in shaa Allah, hadirlah redha Allah untuk kita. Itulah - redha dan rahmat Allah - yg kita kita hendak, kerana hanya itu saja yang akan membawa kita ke syurga Nya. Jangan tunggu sehingga di Mahsyar baru nak renung dan fikir bab bab ini semua kerana mahsyar sedang menunggu kita...! Untuk pagi ini, suka saya nak share sedikit nota yang sempat saya “jot down” ketika berkuliah maghrib yang di sampaikan oleh ustaz Shukri Harun (sedang membahas buku PADANG MAHSYAR MENUNGGUMU Life After Death sebagai bahan kuliah bulanan di Surau Al Amin, jemput hadir pada setiap rabu minggu ke empat atau check Youtube surau al aamin) *Ustaz Syukri Harun* *PADANG MASHYAR MENUNGGU MU.. Life After Death..* TAMBAHKAN ASSET KURANG LIABILITI.. Mohon lah pada Allah kita akan dikumpul kan bersama kumpulan yang sentiasa bersama Allah ketika kita hidup di dunia kerana kita akan bersama mereka ketika di alam mahsyar nanti.. Yang menyesatkan dan yang disesatkan akan bersama sama di padang masyhar nanti. Mukmin di temani bidadari, kafir pula di temani syaitan di Mahsyar. Gambaran utk hakikat ini sudah ada ketika di dunia: kita ini di dunia bersama isteri isteri kita yang halal. Sedang kan para kafirin sentiasa bersama syaitan sejak dari dunia lagi.. Yahudi bersama yahudi, nasarani bersama nasrani, muslin akan bersama muslim di tanah mahsyar nanti.. Allah akan gerakkan tempat kita sedang berpijak di Mahsyar untuk satukan puak puak , mereka tidak perlu berjalan.. sedihnya kita kalau kita dapati kita dalam kumpulan bukan islam.. Perhatikanlah siapa teman kamu di dunia.. Abu Hurairah - aku ini tidak tahu akan ke syurga atau ke neraka, nak ke negeri akhirat tapi bimbang bekalan tidak cukup. *...Akhirul kalam* Tambahkanlah asset akhirat, [banyakkan beramal amalan soleh dan selalu bertaubat] dan kurangkanlah liabiliti ketika di dunia [Kurangkan dosa dan naksiat]. Bawa lah benda yang boleh menolong kita dari terhindar masuk ke neraka. Semoga Allah tidak banyak persoalkan kita di Mahsyar nanti... Wallahu’alam Wassalam Sang Pencatat: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S