*SKETSA LEWAT SENJA SEMALAM dan “ Tanda Tanda Keruntuhan Jiwa ” - Cetusan Kuliah Maghrib Kamrudin Sidek [ Petikan dari Buku APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM]*
Assalamu’alaikum
Salam pagi jumaat penuh barokah..
Sama2 kita bangkit dari sebarang kelalaian. Kita tidak sedar diri kita sedang di lalaikan, samaada oleh nafsu sendiri atau “bisikan halus” si iblis laknatullah, yang tidak pernah berhenti bercuti dari menghasut kita. Tak boleh nak kata apa dlm bab iblis ini kerana itu sudah memang kerja nya.
“Iblis menjawab, ‘Kerana Engkau telah menghukumku tersesat, maka saya benar2 akan (menghalang) mereka dr jalanMu yg lurus, saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tak akan mendpti kebanyakan mereka bersyukur”
- [Al-A’râf/16-17]
Cuma kita kena berbuat sesuatu supaya terkawal dari terikut nafsu sendiri dan terpengaruh dengan iblis.
*Sketsa Lewat Senja Semalam*
Petang semalam pun saya terjebak juga, sehingga rapat maghrib tapi masih berada di lapangan cuba menghabiskan “9 hole” atas alasan “exercise” dan waktu maghrib awal. Itu semua tu, samaada ikut nafsu dan bisikan halus iblis hingga keluar “fatwa bodoh” yang membenarkan saat maghrib segitu berada di lapangan luas yang memang tempat tinggal iblis. Khuatir juga, takut tidak terasa bersalah utk tidak berada di tempat yang sepatutnya sewaktu gitu - di rumah Nya. Pesan untuk diri dan semua: Jgn sampai terlazim tak terasa bersalah berbuat perkara2 yg tidak sepatutnya disisi Islam, hingga terlalai. Berhati hati lah...
Alhamdulillah. Walaupun terlepas solat berjemaah maghrib di surau yang berdekatan tapi sempat berjemaah di surau kelab. Di lantik jadi imam pada empat makmum, dan sempat juga membacakan 5 ayat yang pertama surah kahfi pada rakaat pertama dan 5 ayat seterus nya di rakaat kedua, sempena malam jumaat. Terima kasih Allah kerana tetap memberi peluang untuk kekal solat berjemaah dan ber”kahfi” di awal malam jumaat walaupun seawal maghrib semalam “failed” to live up to expectation as muslim. Astafghfirullah..
Begitulah Ar Rahman dan Ar Rahim nya Allah pada kita.
Akhirnya, saya di pilih Allah untuk duduk bersila di ruang utama surau al amin untuk majlis ilmu bersama al fadhil ustaz Kamarudin berkenaan hal TANDA KERUNTUHAN JIWA .. [Buku: Apa Erti Saya Menganut Islam]
*Ustaz Kamarudin Sidek, Dari buku Apa Erti Saya Menganut islam. Bab Tanda Keruntuhan Jiwa...*
Sesungguhnya manusia apabila mati hatinya atau menjadi keras apabila terpadam cahaya akalnya atau cara fikirannya mula menyeleweng dan saat dia tertewas dalam pergelutan jiwanya dengan godaan syaitan; nescaya semakin bertambahlah bisikan2 ke arah keburukan masuk ke jiwanya. Syaitan mengalir dalam diri anak adam seumpama mengalirnya darah dalam badan mereka.
Manusia apabila hilang kawalan diri dan kekuatan jiwa, jadilah syaitan sebagai temannya.
Al mujadalah :19
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang orang yang rugi”
Justeru, ini menunjukkan bahwasanya perkara yang paling menakutkan berlaku pada golongan yanb di landa KERUNTUHAN JIWA adalah penyakit was was atau sentiasa dlm keraguan
tentang matlamat hidup di dunia. Syaitan sentiasa me was was kan mereka pada setiap urusan kehidupan untuk memalingkan mereka dari jalan Allah.
*AKHIRUL KALAM*
Semoga ada pengajaran dari petikan di atas. Berhati hati dengan aktiviti sendiri kerana kita menyangka kita berada di jalan yang betul sedangkan tidak. Selalulah rujuk pada yang lebih arif dan selalulah bawa diri balik ke jalan Allah..
Al kahfi :103 - 104
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang orang yang paling rugi amal amal perbuatannya?
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
(Iaitu) orang orang yang telah sia sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan
....Wallahu’alam
Selamat beribadat...
Wassalam
Catatan / *Ncs*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment