*Suara Pagi Belantara* *YouTubeLive* - ustazFauziMustafa. [rahmatan lil alamin] Assalamu’alaikum.. Salam pagi Ahad. Seawal pagi ayuh gerakkan badan, berbuat sesuatu bantu diri bantu hati supaya lebih ceria dan berjaya. Rasulullah saw tak bertemu dengan pagi selain baginda selalu bergegas melakukan aktiviti aktiviti tertentu. Pernah terdengar ada ustaz menyebut berkenaan masa ikut pepatah Arab: “Waktu adalah pedang”. Kalau dlm bahasa kita , “Siapa cepat dia dapat.” Faham saya, siapa bergegas dan aktif yang positif dalam gerak kerjanya in syaa Allah dia akan bertemu sukses. Satu lagi yang biasa kita dengar “Man jadda wajada” (Siapa bersungguh sungguh dia dapat). Jadi jom pagi ini, selesai solat Subuh, selesai tilawah, usaha cari majlis ilmu jangan rebahkan badan. Bangkit dan bergeraklah melakukan aktiviti mulia supaya tubuh boleh bergerak utk lepaskan dari gelayutan mata yang memaksa diri terus rebah. Masih di tengah belantara, di kawasan jalan lama Bentong - KL, suara alam di hutan seawal pagi memang bingit di telinga. Mungkin itu zikir alam pd sang Pencipta? Tinggallah kita selaku insan yang di lantik khalifah oleh Nya, bila lagi nak berzikir kerana sudah lama kita bertangguh. Senja semalam, sempat juga akhirnya bersolat berjemaah maghrib dan isya’ di Masjid Sultan Ahmad Shah Bentong. Tiada kemudahan jama’ pada jarak 50km dari Kajang. Lepaslah rindu untuk berjemaah. Sepeninggalan ke sini, banyak kuliah kuliah di tinggalkan, antaranya kuliah maghrib minggu cinta Rasul oleh ustaz Fauzi Mustapha, kuliah tasauf selepas subuh hari sabtu oleh Ustaz Dr Jahid sidek dan pagi ini pula ustaz Abdul Muizz. Tetapi dgn teknologi akhir zaman ni, sempat juga saya follow kuliah kuliah itu di youtube surau al amin ( SurauAlAmin - YouTube. Surau di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras) Pagi ini saya sedut sedikit dari kuliah Ustaz Fauzi Mustapha... *YouTubeLive* ustazFauziMustafa Cinta Rasul - kenal nabi baru cinta nabi. Adat manusia tak kenal maka tak cinta. Sesungguhnya, brapa ramai yang kenal dari kita kenal nabi saw. Sedangkan dalam banyak2 hadis nabi saw nyatakan sayangnya pada kita. Pernah nabi saw menyebut aku rindu saudara saudara aku - yakni mereka yang beriman pd nabi tapi tak pernah berjumpa dengan baginda. Kitalah yang dimaksudkan nabi itu. Nabi bawa ajaran untuk bawa kita masuk ke syurga dengan taat dan ikut pada ajaran Allah bukan sembah perkara lain selain dari Allah. Inilah nilai kasih nabi saw pd umatnya. وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ “Kami tak mengutus kamu, Wahai Muhammad, melain kan sbg rahmat bagi seluruh manusia” (Al Anbiya: 107) رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ - rahmatan lil alamin - nabi diutuskan utk bawa rahmat seluruh alam. Rahmat itulah kasih sayang, damai tenang pada seluruh alam ( semua tekandung di dalam alam kecuali Allah). [Rahmat untuk wanita] Zaman Arab jahiliyyah, wanita tak boleh keluar rumah, hanya duduk rumah dan ada dibunuh dan ada yg malamnya didagangkan. Ada juga wanita dlm haid tak boleh duduk dalam rumah. Malah, ada suami, yang nak zuriat anak gagah, disuruh nya isterinya tidur dengan panglima perang. Inilah tanda jahil - bodoh - arab zaman jahiliyyah. Tiada kasih sayang. [rahmat untuk lelaki] Si lelaki sesama kabilah berperang selepas berjudi. Maka, hadirnya nabi saw bawa rahmat kukuhkan kasih sayang yang hilang dizaman arab jahiliyyah. [Bintang] Rahmat nabi juga hadir untuk binatang. Nabi larang manusia memukul muka binatang, kalau binatang dilarang apatah lagi kalau manusia. Kisah wanita masuk neraka kerana menyiksa kucing. Ada juga kisah, orang yang beri anjing minum dan masuk syurga (Allah berterimakasih kerana bagi minum binatang dan dia d ampunkan dosa), kisah nabi dan sahabat melihat anjing dan anak anak di padang pasir dan dijaga untuk tidak di pijak oleh tentera islam. Nabi saw melayan binatang dgn baik - bila kamu nak sembelih binatang lakukanlah dengan elok elok. Ketika sahabat mengasah pisau didepan binatang sembelihan nabi menegur kerana dia dah bunuh binatang itu dua kali, yang pertamannya bunuh perasaannya. Hatta untuk binatang yang sunat kita bunuh pun nabi ajar kita bunuh dengan baik bukan seksa dulu baru bunuh. Binatang2 yang dibunuh tanpa sebab akan bangkit di akhirat untk persoalkan si pembunuhnya. Nabi ketika musafir berhenti berehat. Bila nak bergerak balik, seekor burung berkicau didepan nabi,dan selepas itu nabi menyuruh sesiapa yang curi anak burung itu dari sarang nabi suruh dia letak balik. Kisah pelacur yang memberi minum pada anjing yang dahaga. Dia di ampunkan dosa... Cukup dulu untuk kita renungkan bersama. Ada baki lagi tentang makhluk makhluk lain. Saya akan usahakan untuk share disini nanti. Selamat berehat pada yang bercuti dan selamat bertugas pada yang bekerja. “Tugas kita selaku hambaNya tidak kira hari cuti atau kerja, kekallah spt biasa..” Wallahu’alam Wassalam *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S