📚 *SURAH AL JUMU'AH* 📚
📗 *MUQADDIMAH* 📗
*Surat Al Jumu'ah ini terdiri dari 11 ayat, termasuk golongan-golongan surat-surat Madaniyyah dan diturunkan sesudah As Shaf.*
*Nama surat Al Jumu'ah diambil dari kata Jumu'ah yang terdapat pada ayat 9 surat ini yang artinya: "hari Juma'at".*
🌳 *Pokok-pokok isinya:*
*Menjelaskan sifat-sifat orang-orang munafik dan sifat-sifat buruk pada umumnya, di antaranya berdusta, bersumpah palsu dan penakut; mengajak orang-orang mukmin supaya ta'at dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan supaya bersedia menafkah harta untuk menegakkan agama-Nya sebelum sampai ajal datang.*
📗 *SURAH AL JUMU'AH / HARI JUMAAT* 📗
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Bismillaahir-rohmaanir-rohiim
*"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."*
🌳 *PENGUTUSAN MUHAMMAD S.A.W. ADALAH KARUNIA ALLAH KEPADA UMAT MANUSIA*
Allah SWT berfirman:
يُسَبِّحُ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَ رْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ الْعَزِيْزِ الْحَكِيْمِ
yusabbihu lillaahi maa fis-samaawaati wa maa fil-ardhil-malikil-qudduusil-'aziizil-hakiim
*"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 1)
Allah SWT berfirman:
هُوَ الَّذِيْ بَعَثَ فِى الْاُ مِّيّٖنَ رَسُوْلًا مِّنْهُمْ يَتْلُوْا عَلَيْهِمْ اٰيٰتِهٖ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَا لْحِكْمَةَ وَاِ نْ كَا نُوْا مِنْ قَبْلُ لَفِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ ۙ
huwallazii ba'asa fil-ummiyyiina rosuulam min-hum yatluu 'alaihim aayaatihii wa yuzakkiihim wa yu'allimuhumul-kitaaba wal-hikmata wa ing kaanuu ming qoblu lafii dholaalim mubiin
*"Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 2)
Allah SWT berfirman:
وَّاٰخَرِيْنَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوْا بِهِمْ ۗ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
wa aakhoriina min-hum lammaa yal-haquu bihim, wa huwal-'aziizul-hakiim
*"Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 3)
Allah SWT berfirman:
ذٰلِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيْمِ
zaalika fadhlullohi yu`tiihi may yasyaaa`, wallohu zul-fadhlil-'azhiim
*"(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 4)
🌳 *PERINGATAN KEPADA UMAT ISLAM SUPAYA JANGAN SEPERTI ORANG YAHUDI YANG TIDAK MENGAMALKAN ISI KITAB SUCINYA.*
Allah SWT berfirman:
مَثَلُ الَّذِيْنَ حُمِّلُوا التَّوْرٰٮةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوْهَا كَمَثَلِ الْحِمَا رِ يَحْمِلُ اَسْفَا رًا ۗ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِيْنَ كَذَّبُوْا بِاٰ يٰتِ اللّٰهِ ۗ وَا للّٰهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ
masalullaziina hummilut-tauroota summa lam yahmiluuhaa kamasalil-himaari yahmilu asfaaroo, bi`sa masalul-qoumillaziina kazzabuu bi`aayaatillaah, wallohu laa yahdil-qoumazh-zhoolimiin
*"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu (1), samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 5)
(1) Maksudnya: tidak mengamalkan isinya antara lain tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w.
Allah SWT berfirman:
قُلْ يٰۤاَ يُّهَا الَّذِيْنَ هَا دُوْۤا اِنْ زَعَمْتُمْ اَنَّكُمْ اَوْلِيَآءُ لِلّٰهِ مِنْ دُوْنِ النَّا سِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ اِنْ كُنْتُمْ صٰدِقِيْنَ
qul yaaa ayyuhallaziina haaduuu in za'amtum annakum auliyaaa`u lillaahi min duunin-naasi fa tamannawul-mauta ing kuntum shoodiqiin
*"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 6)
Allah SWT berfirman:
وَلَا يَتَمَنَّوْنَهٗۤ اَبَدًا بِۢمَا قَدَّمَتْ اَيْدِيْهِمْ ۗ وَا للّٰهُ عَلِيْمٌ بِۢا لظّٰلِمِيْنَ
wa laa yatamannaunahuuu abadam bimaa qoddamat aidiihim, wallohu 'aliimum bizh-zhoolimiin
*"Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 7)
Allah SWT berfirman:
قُلْ اِنَّ الْمَوْتَ الَّذِيْ تَفِرُّوْنَ مِنْهُ فَاِ نَّهٗ مُلٰقِيْكُمْ ثُمَّ تُرَدُّوْنَ اِلٰى عٰلِمِ الْغَيْبِ وَا لشَّهَا دَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ
qul innal-mautallazii tafirruuna min-hu fa innahuu mulaaqiikum summa turodduuna ilaa 'aalimil-ghoibi wasy-syahaadati fa yunabbi`ukum bimaa kuntum ta'maluun
*"Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 8)
🌳 *BEBERAPA HUKUM YANG BERHUBUNGAN DENGAN SOLAT JUMA'AT*
Allah SWT berfirman:
يٰۤاَ يُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِذَا نُوْدِيَ لِلصَّلٰوةِ مِنْ يَّوْمِ الْجُمُعَةِ فَا سْعَوْا اِلٰى ذِكْرِ اللّٰهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۗ ذٰ لِكُمْ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
yaaa ayyuhallaziina aamanuuu izaa nuudiya lish-sholaati miy yaumil-jumu'ati fas'au ilaa zikrillaahi wa zarul baii', zaalikum khoirul lakum ing kuntum ta'lamuun
*"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (2)(pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),"*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 9)
(2) - Maksudnya: Apabila imam telah naik mimbar dan mu'azzin telah azan di hari Jumaat, maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan mu'azzin itu dan meninggalkan semua pekerjaannya.
Allah SWT berfirman:
فَاِ ذَا قُضِيَتِ الصَّلٰوةُ فَا نْتَشِرُوْا فِى الْاَ رْضِ وَا بْتَغُوْا مِنْ فَضْلِ اللّٰهِ وَا ذْكُرُوا اللّٰهَ كَثِيْرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
fa izaa qudhiyatish-sholaatu fantasyiruu fil-ardhi wabtaghuu min fadhlillaahi wazkurulloha kasiirol la'allakum tuflihuun
*"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 10)
Allah SWT berfirman:
وَاِ ذَا رَاَ وْا تِجَا رَةً اَوْ لَهْوَاۡ ٭نْفَضُّوْۤا اِلَيْهَا وَتَرَكُوْكَ قَآئِمًا ۗ قُلْ مَا عِنْدَ اللّٰهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَا رَةِ ۗ وَا للّٰهُ خَيْرُ الرّٰزِقِيْنَ
wa izaa ro`au tijaarotan au lahwaninfadhdhuuu ilaihaa wa tarokuuka qooo`imaa, qul maa 'indallohi khoirum minal-lahwi wa minat-tijaaroh, wallohu khoirur-rooziqiin
*"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki."*
(QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 11)
❤ *SADAQALLOHUL'ADZIIM* ❤
📚🔚 : Penutup:
*Surat Al Jumu'ah ini menerangkan tentang pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. dan menjelaskan bahwa umatnya akan menjadi mulia kerana ajarannya, disusul dengan perumpamaan orang-orang yahudi dan kebohongan pengakuan mereka dan kemudian diakhiri dengan kewajiban solat juma'at.*
🕌 Akhiri Musolah...🚶🏼
Khamis Bansar Shopping Centre *NCS @ 19 ZulKaedah 1447* * Tetaplah terus memberi peringatan, Ia bermanfaat * Cetusan dari kuliah pada Ahad malam @ surau al al amin BTHO - orang beriman berjual beli dengan Allah.(1) بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Segala puji bagi Allah yang meng hidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada Nya jua kami di himpunkan. Mulakan siap langkah dan juga tugasan dengan satu lafaz "Bismillah" - " Dengan nama Allah", dan secara automatik menukarkan rutin harian biasa menjadi satu ibadah. Tetapkan dalam hati dengan berniat hari ini dilakukan semata2 kerana Allah. Jom solat sunat Dhuha untuk menjemput rezeki dan ketenangan jiwa. Serahkan lah segala perancangan dan usaha hari ini pada Allah swt selepas berusaha demgan bersungguh sungguh. Carilan amalan rohani mana yang membimbing kita untuk letak pergantungan sepenuh nya kepada Nya seawal celik mata. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat bertemu lagi, dengan sat...
Comments
Post a Comment