*TULISAN DARI HUTAN, - sebuah pemikiran picisan pagi* .. tapi kami Damai dan Tenang Di Tengah Belantara, syukur, nikmat Allah lagi..
Assalamu’alaikum...
Salam pagi sabtu penuh berkat dari doa nabi saw untuk kita semua.
Rasulullah Saw setiap pagi hari memanjatkan doa kita:
. اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka.” (Tirmidzi).
Jangan pula kita padamkan keberkatan itu dengan lupa bersyukur ke hadratNya. Antara tanda kita bersyukur: melakukan ketaatan kita pd Nya.
Pagi ini, saya berada di satu resort yang di kenali Erya By Suria berdekatan bandar Bentong Pahang. Ada satu bengkel penulisan sedang berlangsung di sini.
MasyaAllah, siapa sangka dalam hutan belantara sebegini ada resort.. nak sampai sini sekitar 15 minit dari Janda Baik (ikut jalan lama Bentong - KL ), semua nya di kelilingi hutan kiri kanan. Kalau malam betul batul gelap pekat malam saja dpt di lihat. Terpencil dari bandar Bentong ini, ada resort air panas ( ada kolam air panas semulajadi yang bersuhu sekitar 43 darjah Celsius digunakan secara percuma oleh penghuni resort ) yang cantik di tengah tengah hutan. Kalau nak ke sini, boleh guna Waze or Maps, memang akan terus sampai. Kalau nak tengok signboard kat tepi tepi jalan tu pun ada, tp kecik sangat, takut tak terperasan, sesat lak nanti.
Inilah salah satu ciptaan, nikmat Allah pada manusia. Moga hutan ini tidak di robek manusia di masa hadapan. Berada di dlm hutan yang jauh dari hiruk pikuk kota ini, ada rasa tenang, teringat pula pada kandungan Al Quran yang ada menyeru agar manusia tidak berbuat kerosakkan di alam. Dan ada juga disebut tentang tangan manusia lah yang berbuat kerosakan di bumi dan laut dan itu semua bakal menerima balasan dari Allah utk bawa semula manusia dekat padaNya.
Cumanya pagi ini, selepas cerapan melalui Maps, ada satu masjid (nama Masjid masjid Lentang), kalau nak subuh berjemaah di rumah Nya, jarak 24 kilo, 24 minit perjalanan. Oleh kerana, kami bukan orang disini tak tahu apa yang ada kalau nak redah jalan yang hutan kiri kanan; maka, subuh kami berjemaah di bilik resort lah hari ini. Moga ianya di terima Allah swt.
*Tulisan Dari Hutan. Sekadar picisan..*
Berada dalam kegelapan malam di sebuah hutan yg pekat hanya di temani suara cengkerik dinihari; tiba tiba terbayang , saat “sendirian” keseorangan nanti, siapa mampu bantu kita ketika itu.
Hanya ada ALLAH, yang terlintas dihati ketka hayat masih ada ini. Malah kerana itulah, ketika hayat ada lagi, kita kena akur dengan Besar dan Hebat nya Allah. Di saat bukan lagi hutan tapi tanah di kiri kanan kita, hanyalah amalan soleh yang di ambil kira nanti, ketika itulah kita tahu benar Hebat dan Besar nya Allah swt...
Oleh itu, jangan lah terlalu berharap pd manusia, kelak kita akan kecewa. Letakkan harapan dan tawakkal kita sepenuh nya pada ALLAH. Hanya DIA. In syaa Allah, DIA akan mengurniakan kekuatan kepada kita mengharungi samudera kehidupan.
Mengapa mesti takut pada kegelapan yang melingkari dimensi segenap hutan belantara? Mengapa tidak takut pada "kegelapan" hati kita yang diselaputi dengan dosa maksiat kita sendiri?
Itulah manusia, hakikatnya mudah takut pada zahirnya sesuatu tanpa pedulikan isi batinnya.
Sesungguhnya, Ilmu itu AN NUR (cahaya) dan cahaya tidak akan masuk meresapi ke hati yang bergelumang dengan maksiat. Jagalah hati kita agar terselamat dari kekotoran nafsu yg menipu.
Teringat pesan Ustaz Yusri ketika menutup kuliah maghrib baru baru ini:
“Bersihkanlah diri tapi jangan sampai mengotorkan hati orang lain”
*Akhir kalam*
Berada di sini, belum pasti dapat menjejaki masjid terdekat untuk majlis ilmu, kerana saya kena berhati hati dengan persekitaran. Moga ada bantuan Allah dalam usaha2 ini. Apa2 pun, teknologi terkini memboleh kan saya follow kuliah di surau al amin secara live dari you tube, harap harap tak hilanglah keberkatan majlis ilmu walaupun live di you tube..
"Dan DIA yg menghampar kan bumi & menjadikan gunung & sungai diatasnya. Dan padanya DIA menjadi kan semua buah buahan berpasang pasangan, DIA menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda kebesaran ALLAH bagi orang orang yg berfikir"
{Ar-Ra'd : ayat 2}
Alhamdulillah, Praise to ALLAH....
Wassalam
Catatan dari Hutan: *NCS*
#ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment