*Bahagian Akhir Nota dari Tanah Tinggi Cameron.*
...Memberikan manfaat dan menolak mudharat hanya Allah saja yang boleh melakukannya...

Assalamu’alaikum...
Selamat pagi semuanya..

Bangun seawal pagi, toleh kiri toleh kanan, rupa rupa nya kita tidak berupaya dalam menentukan apa yang kita hendak dalam kehidupan kita, tapi kita di ajar berusaha untuk setiap apa yang kita kehendaki. Apatah lagi, kita di ajar juga untuk menerima setiap kelemahan yang ada pada kita; apatah lagi, kelemahan kelemahan manusia sekitar kita.. kerana mereka juga manusia spt kita. Maka, belajarlah bertenang, bersabar dengan diri sendiri dan juga orang lain.

Jadi, terus berjuang bagi melawan kekurangan diri  untuk sebuah kehidupan dan maafkan semua orang, teruskan kehidupan. Moga kita kan dapat ketenangan yang di cari.

Oleh itu, ULTIMATUMNYA berusahalah, solat dan jangan bosan untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri kerana Allah. Kita tidak mampu memuaskan diri sendiri dan juga semua orang lain..

STOP. Sekadar Untuk renungan TAPI sepenuhnya tindakan bersama..

*Bahagian Akhir Nota dari Tanah Tinggi Cameron.. *
..Nota kuliah ustaz Ramli. Dari hadis ke 24. Matan ‘Arbain..

WAHAI HAMBAKU KAMU TIDAK MAMPU MEMBERI MUDARAT DAN MANAFAAT PADA SATU APA PUN KECUALI DENGAN IZIN AKU

...Ketahuilah bahawa jikalau umat ini berkumpul untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan mu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untuk mu. Sekiranya mereka juga berkumpul utk memudharat kan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharat kan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.

...walaupun sehebat mana pun kita, tanpa izin Allah, kita tidak boleh mudharat kan sesiapa atau berikan manafaat pd seseorang. Walaupun sedikit mudarat atau manafaat nya.

Sebelum Allah ciptakan makhluk2 ini, ketetapan sesuatu Allah sudah pun perintahkan untuk al qalam menulis takdir nya setiap makhluk..

Kita wajib percaya 100% qada’ dan qadar. Kalau tidak tergelincirlah iman kita. Kita juga kena faham apa qada’ dan apa qadar, bukan hanya setakat menghafalnya.

[Qada’ - suatu ketetapan Allah, Qadar - apa yg telah Allah laksanakan atas apa yang telah di tetapkanNya]

Kerana kita tidak tahu takdir kita maka mintalah yang baik baik dr Allah melalui doa doa. Kita bertawakallah dengan Allah dan dlm masa yang sama kena usaha, dpt tak dapat, itu bukan kerja kita tapi itu ketatapan Allah

#Al qalam , Loh mahfuz.. tanziji qadim, Syurga . Neraka, Arash ...inilah lima makhluk yang tidak hancur walau selepas kiamat.
#kita ada dua: Rohul hayat.. rohul yakazah.


*Akhirul Kalam..*

Mana yang baik semua dari Allah.

“Jagalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah”

Nota dari Tanah Tinggi berakhir disini, moga kita semua mendapat sedikit manafaat dari nya walaupun ianya sekadar picisan dari saya yang serba kurang ini..

Terimakasih ustaz Ramli atas kupasannya..

Wallahu’alam
Wassalam..

*Insan Kerdil..*
~*NCS*
#MaafkanSaya

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S