*Bersama Ustaz Wan Jemizan* - kena bijak uruskan masa. PART 1.

Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera utk kita semua di sebuah lagi hari.

Semoga hari hari kita akan sentiasa kita belai dgn nilai nilai kehidupan yg terbaik. Demi untuk sebuah syurga di akhirat nanti.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dlm hidup ini, tak akan kembali. Tapj, ada satu hal yang masih boleh kita lakukan,  yaitu belajar dari masa lalu untuk hari esok yang lebih baik.

Hidup adalah proses belajar yang memang tidak ada batas umur, tanpa ada kata tua. Kalau jatuh, berdiri lagi
kalau kalah, cuba lagi, jika gagal bangkit lagi, sampai Allah memanggil: "Waktu untuk PULANG sudah tiba..” NOKTAH...

Dan tiada kehidupan tanpa kematian dan tiada lah perpisahan tanpa pertemuan..

*Ustaz Wan Jemizan*
Syarahan dari buku: Permata Buat Orang Yang Beriman. Dr zulkifli Al bakri

Kita selaku muslim kena amat bijak menguruskan masa.

Dr Ibnu Abbas ra, nabi saw:
Rebutlah lima perkara, sebelum lima perkara:
1. Hidup mu sebelum mati
2. Sihatmu sebelum sakit
3. Waktu lapangmu sebelum waktu sibuk
4. Waktu mudamu sebelum tuamu
5. Kayamu sebelum fakir

Kelima2 perkara ini adalah berkait dgn pengurusan masa. Hadis ini banyak  dibincangkan ulamak dalam pelbagai perspektif. Ada juga hadis ini dikira sebagai pengurusan “priority” dalam hidup, ada juga yang kaitkan dgn soal merebut peluang ( dalam hidup kita peluang datang sekali, kalau ada yg ke dua pun, ia tak sama spt yg pertama) Hadis ini amat penting buat umat islam.

Sptnya sebagai orang islam, kita kena jadi yang paling tip top dalam bab pengurusan masa. Dalam al quran juga banyak menyentuh dlam bab masa.

•Waddhuha - demi waktu dhuha
•Wal’asr - demi masa ( dr sini juga keluar waktu asar)

Bila Allah bersumpah dalam sesuatu hal, ertinya ianya penting.

•KEHIDUPAN SEBELUM KEMATIAN

Setiap yang bernyawa akan mati. Kalau di Mekah, setiap waktu solat akan ada sahaja solat jenazah. Kadang2 ianya al amwat - lebih dr satu. Kematian ini masanya adalah di rahsiakan oleh Allah. Ini peluang tak boleh di tangguh, kena rebut kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Dlm Al quran menggesa kita jgn tangguh, malah “tangguh” ini salah satu kerja syaitan dan ianya dicela oleh agama.

•WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT

Sedar tak sedar, bila umur dah jejak 40 an kita akan mula merasai ada saja kesakitan dalam badan kita. Nanti bila dah masuk 50, 60 dan 70, banyak lagi perkara lain akan mendatang dalam diri. Walaupun kita masih ada kekuatan tapi perlahan lahan ianya semakin merosot. Selagi tidak terlantar, kita masih ada peluang utk beramal. Jadi sebelum sihat ditarik secara “total”, kita jangan lepas peluang ketika sihat utk berbuat kebaikan. Elakkan buat sesuatu hal yang tidak cerdik. Masa kita ini singkat sangat, kita tidak mampu utk buat perkara yang tidak elok.

•LAPANG SEBELUM SIBUK

waktu lapang ini adalah nikmat yang sangat besar. Dalam hidup kita sekarang ini, kita terlalu banyak hala dari tuju. Kekadang kita sibuk tapi bukan sibuk benar pun, hingga sesuatu yang boleh dibuat secara berkualiti jadi tidak berkualiti juga. Termasuklah kualiti dalam ibadah. Dalam kitab karangan Yusuf Qardhawi ada hal keutamaan di syarahkan - mana yang hendak kita dahulukan.

•WAKTU MUDA SEBELUM WAKTU TUA..

Perasaan yang kita rasa kita masih muda itu cerita lain. Tapi secara realitinya, umur sudah melepasi umur pemuda. Dan dalam bab umur, kita tidak boleh kembali.

•KAYAMU SEBELUM FAKIR

Fakir - tidak cukup, bawah kadar cukup. Nabi sebut sebelum fakir. Semoga kita termasuk dalam golongan yang ada tak banyak tapi cukup untuk hidup.

*akhirul kalam*

Jumpa esok utk sambungan
Nota kuliah ustaz Wan. Semoga ada manafaat..

Pesanan untuk saya dan semua, sila manfaatkan waktu kita untuk apa saja yang penting jangan sampai sia sia apalagi mengundang murka Allah Ta’ala. Di dalam al Qur’an Allah telah berikan panduan, waktu kita diguna kan utk kuatkan iman, byk  kan amal sholeh, dan saling memotivasi dlm kebenaran dan kesabaran. Jika itu tidak kita lakukan, maka kerugian akan datang menimpa.

Wallahu’alam

Wassalam.

Ikhlas dari : *NCS*
Surau Taman Jaya Tmloh

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S