*BILA ALLAH BERI KPD KITA KEKAYAAN*
.. sambungan Nota Ustaz Ramli Abu Bakar.
Assalamu’alaikum
Berlalulah sudah 2 minggu bagi penghujung bulan Dec.
Pagi isnin ini, kita sama2 terima apa yg ada, lepaskan apa yg dah pergi, dan yakin lah dengan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan, tutuplah kisah lama dan sama2 kita buka halaman baru.
Bukan mudah untuk move on dan melepaskan masa silam. Terutama bila ada perkara yang membuatkan kita terduduk. I’ve been there...
Tapi percayalah, setiap kepayahan di lalui sekarang, Allah telah aturkan hikmah dihujungnya. Kalau tak percaya cuba toleh ke belakang, lihat seerah hidup kita, ada ke kesusahan itu berpanjangan? Yang pasti hidup akan tetap berjalan, walaupun kita pilih untuk kekal dengan kisah silam.
*Pengisian Pagi..*
FUTUHAL GHAIB: Syarah 12 oleh Ustaz Ramli Abu Bakar.
12. BILA ALLAH BERI KPD KITA KEKAYAAN, ketika itu Allah telah tahu kita mampu terima anugerah ini, inilah yang tebaik
Ketika ini kena ingat, jgn pula kita terpengaruh dgn harta. Jgn kita jadi hamba pada harta. Kalau tidak kita akan lalai, sesat leka hingga musnah dan hancur. Dengan harta kita jadi zalim, penipu, jika kita lupa itu adalah anugerah Allah. Dengan ada harta, kita akan bermacam macam alasan untuk tidak taat pada Allah. Ketika ini kita akan terdinding dengan Allah, kerana lalai terpengaruh dgn harta. Bila begitu, sehingga ke akhirat ( bukan saja di dunia), kita tidak nampak dan merasa kehebatan Allah. Jika begini, Allah boleh tarik balik kekayaan dgn macam2 cara. Jgn senang hati harta yang kita miliki itu boleh di miliki secara mutlak oleh kita. Macam2 cara Allah boleh susun kejadian2 kearah hilangnya harta2 kita itu.
Yang penting adalah untk kita dpt sesuatu atas keberkatan Allah.. utk ini kita kena ingat Allah. Dan jika Allah beri Dia tidak harapkan balasan, Dia akan beri percuma. Allah tak kan mintak balik dari kita walau di akhirat. Inilah pentingnya kita kena faham harta yang di sedekahkan itulah simpanan kita.
Oleh itu di dunia ini kita harap Allah akan jaga kita. Makna ibadah, kita jaga apa yang Allah berikan pada kita. Mudah2an di akhirat kita di muliakan dgn anugerah syurga.
Penting! Dlm hidup bersyukur dgn nikmat Allah, dan gunakanlah setiap anugerahNya untuk kita taat pada Allah. Jangan lupa pada Allah hanya kerana harta, sepatutnya semakin kita berharta semakin taat.
*Akhirul kalam...*
Jika kita kekal tinggal dalam kisah lama, kesakitan itu semakin lama semakin bertambah hingga boleh merosakkan jiwa anda, seperti kanser..
The longer we regret and grieving, the more weight we carry in our hearts. Life is more than that.
Live your life with Allah..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari :*NCS*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment