*... sedikit lagi dari Ustaz Najib Taha.. *
Assalamu’alaikum...
Salam kesejahteraan
Alhamdulillah. Allah izinkan lagi kepada kita utk zahirkan ketaatan kita padaNya dgn diberi kesempatan untuk kekal beribadat hanya pada Nya..
Jom zahirkan rasa syukur dengan ketaatan kita pdNya
Jgn sekadar mengaku BESARKAN Allah, tetapi dalam masa sama kita BELAKANGKAN Allah dalam banyak perkara. Bahkan hampir semua perkara? Contoh: Kita sengaja lewatkan solat sebab utamakan kerja yang sedangkan kita boleh jer tangguhkan. Kita sengaja tak baca al Quran sebab malas...Allahu.
Moga Kita tidak hipokritk kerana kadang kadang ada masa kita ni sembah Allah kerana waktu bukan kerana Nya.. hati hati lah.
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
".. dan supaya kamu bersyukur."
Allah suruh kita bersyukur, bukan main main. Berapa banyak daripada kita betul betul bersyukur? Atau kita lebih perli dengan cakap,
Jom kita muhasabah dlm bab bersyukur. Kalau betul kita bersyukur dgn nikmat Allah, kita akan taat perintah Allah dan kongsikan syukur ini dgn orang lain dengan cara kita buat dakwah. kalau kita gembira dapat sesuatu, mesti kita nak kongsi dgn orang lain kan?
Barakallahufeekum
*... sedikit lagi sharing dari nota Ustaz Najib Taha*
Surah attaubah ayat 51
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
“ Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang orang yang beriman bertawakal".
Jangan lupa: takdir boleh berubah atas kerana doa, sedekah dan berbuat perkara baik.
Al Hadid ayat 22
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melain kan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikan nya; ssungguhnya mengada kan yg demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Apa yang berlaku pada kita dah ditetapkan, maka jangan salahkan takdir. Hadis qudsi, “ Teruknya hamba ku kerana menyalah kan waktu dan takdir sedangkan waktu dan takdir itu adalah ciptaan Ku...”
Imam ahmad - bahawasanya suatu hak itu hakikat, ....Bab ini termasuk dalam bab qada’ dan qadar.
Barangsiapa yang faham akan mudahlah mereka beertaqwa dan mudah lah berpaling dari makhluk. - tidak bergantung pada manusia lain.
*akhirul kalam*
Nabi saw : ketahuilah oleh mu pertolongan itu berserta dengan sabar.
Segala pelepasan itu datang akibat dukacita( Susah dulu baru senang.
Inilah Realiti kehidupan. Berserta kepayahan itu ada kemudahan.
Al insyirah ayat 5-6
Susah atas dunia, banyak benda yang kita nak kena tinggal. “ Dunia penjara utk mukmin, syurga untuk para kafirin..”
Nabi saw: tidak akan mengalah satu kepayahan dengan dua kesenangan. bila kita dah biasa dengan ujian Allah, kita akan tenang dalam berdepan dengan ujian.
Wassalam
Pencatat: *NCS*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment