*..Maafkan Saya Gagal Hadr selepas dhuha semalam* - nota dari Ustaz Hasnol Lagi. INGATLAH MATI WALAU DALAM SENANG ATAU SUSAH.. Assalamu’alaikum Alhamdulillah. Bersua semula di alam maya, selepas semalam tak berkesempatan untuk berkongsi nota kuliah. Maafkan saya kerana tidak “kembali semula” selepas berjanji untuk kembali bersama nota selepas dhuha. Itulah tanda nya kita ini semua adalah manusia. Hakikatnya, kita ini sebenarnya pendosa. Seandainya dikumpul segala dosa2 kita, mungkin setinggi gunung banyaknya. Bayangkan gunung dosa yang bila bila masa sahaja boleh menghempap kita tanpa amaran. “ya Allah, jangan biarkan kami dalam dosa, melainkan Engkau ampun dosa dosa kami itu kesemuanya." *Sambungan NOTA KULIAH USTAZ HASNOL...* Nasihat Omar Abdul Aziz pada Abasah ( yang didasar kan dari hadis nabi): Dlm dua situasi yang berbeza tapi kedua duanya memberi impak yang baik. Pertama nya, dalam mengharungi sebuah kehidupan yang baik, kita kena selalu ingat mati, kerana bilamana hidup dengan mengingati mati, hidup jadi sempit kerana kita akan ikut syariat islam. Dan jika sekiranya hidup kita dlm kesempitan, juga banyakkan lah ingat mati, Hasilnya hidup kita akan jadi luas, kerana kita tahu selepas pada ini, kita akan berada di alam akhirat. Rubai’ bin Husair: “Tidak ada perkara ghaib yang di nanti nantikan kecuali kematian “ Mereka yang beriman amat suka pada kematian kerana Kematian menjadi nikmat sepertimana nikmat hidup. Kita orang mukmin kena bersangka baik kepada Allah swt. Di depan kita ada kematian, bersangka baik lah dengan Allah sehingga kematian kita adalah satu kematian yg baik. Kematian kita hanya ada sekali saja, maka mintaklah berdoa lah pada Allah utk mati dengan penuh dgn kebaikan. Wahai “Allah matikan aku bersama orang islam, tempatkan aku dgn orang solihin” - antara doa Nabi Yusuf as. *Akhirul kalam..* “Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat” - Riwayat Ibn Majah (4392) Semoga Allah memberikan kefahaman yg jelas kepada kita semua, mengampunkan dosa dosa kita, seterusnya menjadikan setiap kita sebagai hamba yg tulus dan ltsabat ( teguh penderian) dalam beribadah kepada Nya. Aaaaminnn... Bertemu esok lagi... In syaa Allah Semoga bermanafaat Wassalam Dari * NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S