*Disebalik Gerhana Matahari*
Perkongsian Nota Ustaz Shukri Harun: Padang Mahsyar Menunggumu...
Assalamu’alaikum...
Salam jumaat, hari penghulu segala hari, hari yg berlaku
nya kiamat. Hari ini juga terkumpul di dlmnya sekian byk fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dlm dalil al Quran dan al Sunnah. Alangkah bagusnya kalau kita kaum muslimin merebut peluang ini, meningkatkan kualiti amalan seperti yang Nabi saw telah ajarkan. Sama2 kita tawadhu’kan diri kita, menunaikan solat dan meraih ilmu (khutbah) dgn ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama sama jemaah lain tanpa mengira pangkat dan kekayaan juga keupayaan. Pada waktu ini lah nilai manusia itu sama, yg membezakannya hanya lah iman dan takwa.
Apatah, Semalam berlaku satu lagi “pertunjukan“ hebat, memanifestasikan kekuasaan Allah swt lagi.
Ramai yang menyaksikan sendiri, kejadian penuh gerhana matahari dan juga kejadian separa matahari, ketika bulan terselit antara matahari dan bumi. Jarak antara matahari dan bulan dan bulan dan bumi, hingga menjadikan matahri boleh tertutup tepat menjadikan matahari tertutup hingga berbentuk “cincin”. Satu physic dan mathematik yg tidak tercapai oleh manusia melakukannya. Inilah antara dalil terhebat tentang ada nya sang Penguasa yang menguasai alam.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Allahuakbar!!
Kami disekitar Lembah Kelang, rata rata dapat melihat matahari spt bulan. Sabit sekitar sebelum dan selepas waktu zohor. Untuk “pertunjukan” ini berlaku lagi, Tunggulah 22 tahun..
Maka, tak salahlah untuk pagi ini, saya kongsikan lagi nota kuliah Ustaz Shukri Harun yang syarah berdasar kan buku ” Padang Masyhar
Menunggumu..”
[Ustaz Shukri Harun]
“Padang Mahsyar Menunggumu.” MS 16
(PART 1)
..di Tiupan ke 2.
وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ
“Dan apabila surat surat amal dibentangkan.”
(Takwir 81: 10)
Bila kiamat, manusia di bangkitkan. الصُّحُفُ (Suhuf) di dalam ayat ini, ialah buku amalan kita, apa saja yang kita lakukkan sepanjang hari dan ini tidak akan terhapus sampai bila bila. Semuanya terpelihara disisi Allah swt.
Nushirat - نُشِرَتْ. Akan di hamparkan spt scroll. Bila dibuka akan terbentang. Suatu tulisan yang menulis tentang hidup kita di hari bermulanya kita “balikh.”
Cuba kita tulis tentang apa yg kita buat seharian secara detail di dalam satu buku. Nescaya, kita tidak akan mampu melakukannya.
Di suatu hari itu nanti, kita akan bertanya: “Ya Allah, kitab apa ini. Ianya tidak tinggal walau kecil walau besar semuanya di catat”
Jika kita bermasaalah dgn suhuf alquran, kita juga akan bermasaalah dgn “suhuf“ kita nanti. Al Quran adalah mengandungi arahan dan larangan dari Allah. Maka, jika kita tidak serious dalam belajar, faham dan beramal dengan Al Quran, rujukan mana lagi yang kita guna untuk beramal dalam hidup kita?
Jangan menyesal nanti..!
Ayat 30 surah al imran :
يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yg telah dikerjakan nya, sedia (dibentangkan kpdnya dalam surat surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yg jauh di antara nya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintah kan supaya kamu beringat ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba hambaNya.
Ayat 69 surah azzumar
وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan akan bersinar terang benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberi kan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi nabi serta saksi saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dgn adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasan nya sedikitpun.
Padang masyhar akan diterangi dengan lampu keadilan Illahi. Buku akan diberi dan di tulis detail dan akan diadakan saksinya. Sperti yang telah disebut dalam surah Yassin, 65.
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang) tangan tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing masing), dan kaki mereka pula akan menjadi saksi tentang apa yg mereka telah usahakan”
Semua ini akan berlaku dalam keadaan di luar kawalan kita. Semuanya kehendak Allah. Dan setiap keputusan yang dibuat adalah amat adil.
Allah beri pertolongan kpd manusia yang dosanya bergunung gunung. Satu buku yang ada kalimah laa ila ha illallah. Yang ini akan memberatkan timbangan belah “baik nya”.
Dan buku amalan ini, ada tiga jenis cara diberi. Yang paling celaka adalah yang menerima buku amalan dengan tangan kiri atau dari belakang. Sebelum ini ketika di dalam kubur pun kita sudahpun tahu bagaimana kita akan menerima buku amalan.
*Akhir kalam*
Masih ada bahagian kedua untuk saya share pagi esok. Ini semuanya sempena hari berlaku gerhana matahari. Yang hanya 1% ketika akan bermulanya kiamat, jika kita nak ambil Iktibar.
Ustaz tak sempat hurai satu ayat dari surah attakwir. Saya sertakan disini untuk renungan kita...
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا أَحْضَرَتْ
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
Moga ada manafaatnya..
Wallahu’alam
Wassalam
Catatan Kecil dari : *NCS*

Comments
Post a Comment