Jenis-jenis ALIM

1. ALIM KETAM
- Alim ketam cukup banyak, sebab dia menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi dia sendiri pun jalan tak betul.

2. ALIM UDANG GALAH
- Bercakap tentang agama cukup pandai, tetapi dalam kepala dia penuh tahi memikirkan dunia.

3. ALIM BELUT
- Bila bercakap bab agama cukup lembut tetapi menipu cukup licik untuk melepaskan diri bila tersepit.

4. ALIM BURUNG MURAI
- Alim yang banyak bercakap bab agama tetapi banyak mengkritik dan menghina orang lain, kerana dia menganggap dirinya sahaja yang bijak.

5. ALIM BIOLA
- Banyak membuat orang berkhayal dengan cerita-cerita dunia tanpa pegangan akhirat.

6. ALIM BURUNG MERAK
- Alim burung merak ini hanya bergaya dengan pakaian jubah dan serban sahaja, tetapi tiada ilmu didada, berpakaian hanyalah untuk menunjuk-nunjuk.

7. ALIM PELITA
- *Alim pelita itulah yang benar-benar alim kerana ilmunya yang terang, menyuluh kebenaran dan hak, penuh dengan ilmu hikmah sehinggakan sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain kerana Allah.*

*Inilah alim yang ada sekarang ini, dan yang paling sukar ditemui ialah alim pelita.* utk  insaf Hati Dan bersama sama Kita renungi.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S