*Jom ke majlis Ilmu dan, sedikit nota dari Kuliah Ustaz Dr Mahyudin - “ tak perlu tunggu lihat kucing bertanduk baru nak yakin dengan janji Allah swt”*
Assalamu’alaikum...
Menjengah kita ke hari sabtu lagi. Entah hari sabtu yang ke berapa dalam hidup kita di alam fana’ ini. Nanti di suatu hari yg indah, sudah tiada lagi hari sabtu untuk di jengah kerana alam kita selepas ini adalah alam barzakh - alam yang sejak dari zaman nabi Adam lagi tidak ada seorang pun yang pernah menghuni atas bumi Allah akan terlepas dari Nya.
Semalam, seketika seusai solat jumaat di Masjid Hidayah Taman Melawati, termenung nasib diri lagi tentang nasib diri di alam barzakh. Ye lah, bagaimana rupa agaknya nak berdepan alam barzakh kalaulah amalan yg negatif sentiasa mengatasi yang positif. Hanya harapkan kerajinan duduk dalam majlis ilmu dapat menjadi “pertaruhan” untuk diri di ampunkan Allah, berkat dari doa doa dari para malaikat.
“Tidaklah duduk suatu kaum, kemudian mereka berzikir kpd Allah dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kpd mereka: Berdirilah kalian, sesungguh nya Allah telah mengampuni dosa2 kalian dan keburukan kalian pun telah diganti dgn berbagai kebaikan.”
(Ath Thabrani)
Rugi kita kalau kita tak ambil kesempatan ini, selepas seharian bergelak ketawa kekadang perlekehkan sesama manusia kumpul dosa, kita diberi pula satu peluang utk diampunkan dosa2 itu, berkat berada di majlis ilmu. Yang mendokan tu pula malaikat. Kat mana nak cari peluang sebegini ketika hidup?
Moga hadirlan sakinah kepada mereka yang sentiasa menduduki majlis ilmu...
“Sungguh Para Malaikat merendahkan sayapnya kepada para pencari ilmu sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu” [Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
Tunggu apa lagi!
*..Sedikit sedutan dari kata kata Ustaz Dr Muhayudin dalam kuliah maghrib sehari sebelumnya...*
Mukjizat - asal dr perkataan ‘ajaza - melemahkan dan bagi manusia tidak mampu. Hakikatnya, kita boleh memerhatikan pada alam sekeliling kita. Tidak perlu tunggu suatu kejadian pelik seperti kucing bercakap atau bertanduk baru kita nak yakin dengan setiap apa yg Allah swt telah janjikan dan nabi saw sebutkan, baru kita nak berbuat amalan soleh.
Kisah seorang atheis yang tidak percaya pada adanya Allah sehingga saat dia di beri hadiah al quran oleh kawan muslim. Lalu dia baca dan kaji alquran, akhirnya, datang rasa yakin : Allah yang menguasai alam. Cuma dia mohon dengan Allah untu melihat sesuatu menunjukkan kuasa Allah yang boleh menguatkan lagi keyakinannya pada adanya Allah sebelum dia memeluk islam. Lalu, dia mohon hal ini dengan Allah. Selepas dia tunggu sekian lama, tiada ada kejadian pun berlaku. Hingga hadir rasa kecewa sebab Allah tak tunjuk tanda kehebatannlNya, lalu suatu hari dia membuka al quran dan membaca al quran secara rambang sehingga lah bertemu dengan ayat -
“kami akan tunjuk kpd kamu tanda kebesaran kami pada alam ini dan dalam diri kamu sehinggalah nyata akan kebenaran ini, tidak cukup kah dengan tanda Allah menyaksikan semua ini?”
Dia terasa “dipukul”. Dan dia selepas itu terus ke masjid untuk melafazkan kalimah syahadah...
Alam ini adalah mukjizat yang mana alam tidak akan diciptakan oleh manusia yang lemah...
*Akhirul kalam..*
Setiap ciptaan Allah itu ada tujuannya. Tujuan di jadikan Nya bumi, supaya manusia berfikir bagaimana kejadian bumi yang begitu sempurna sehingga kita yakin dengan kekuasaan Nya. Hasilnya, ia memudahkan kehidupan manusia di alam ini dan juga dalam mempelajari ilmu2 Allah. Dari alam juga, Allah jadikan sumber rezeki dan ilmu utk dibina tamadun.
Sesungguhnya ini semua menunjukkan kekuasaan, kebesaran, kebijaksanaan Allah swt. Hence, jom sama sama kita jadikan alam ini sebagai tempat tinggal dan tempat melakukan amal ibadat kepada Nya.
Ajakan untuk semua..
Wallahu’alam
Wassalam
Garapan Kecil dari : *NCS*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment