*Kita merancang Allah menentukan...*
[sharing is caring: Ketipan Nota Dari Kuliah Ustaz Abu Bakar : FUTUHAL GHAIB...]
Assalamu’alaikum..
Bila kita terjaga di waktu dinihari, kita akan dapat merasa sendiri suasana hening dan tenangnya. Macam2 bab keduniaan yang saya rasakan saya perlu sentiasa renungi dan fikirkan utk tindakan dalam mencari perubahan.
Pada saya pagi ini, kata kata hikmah: “kita merancang Allah menentukan” adalah satu perkara yang tidak dapat kita kena terima. Hujung minggu ini sebenar nya banyak perkara yang dah di rancang dari seawal dua minggu lepas tapi bila tiba saat pagi ini semuanya bertukar. Inilah kehendak Nya..
Bismillah..
وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ
"Dan mereka merancang , Allah juga merancang, dan Allah sebaik2 perancang"
(Surah Ali `Imraan : ayat 54)
*Sharing is caring...*
Ustaz Ramli abu Bakar
Futuhal Ghaib - syarahan ke 11.
Bila perasaan nak kahwin hadir dlm fikiran tapi tak mampu malah kedana, kenalah sabar dgn puasa, banyak kan zikir, banyakkan masa di rumah Allah. Buat kerja2 surau, moga ada kebaikan dari Allah atas sabar itu..
Pertolongan Allah bantu kita berdepan dengan nafsu. Allah tidak akan mungkir janji tapi kita kena bantu agama Allah dan taat pd suruhan dan tinggal laranganNya.
Surah Muhammad :7
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang2 yg beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (mencapai kemenangan) dan meneguh kan tapak pendirian kamu.
Allah akan berikan rezeki, rezeki yang juga membawa kesenangan utk kita hingga ke akhirat. Intan surullah...
“Orang2 beriman kena sabar dan kena pertahankan sabar itu..”
Jika Allah mencukupi keperluan kita, sabar akan bertukar kepada syukur,
tak dapat pun kita akan bersyukur, kerana Allah akan gandakan nikmat jika bersyukur.
Laazi dannakum.. jika kamu bersyukur Allah akan tambah anugerah, jika tidak Allah akan tambah siksaan dunia dan akhirat.
Jika sesuatu itu Allah takdirkan bukan milik kita, jgn sedih gundah gulana. Buangkan rasa sedih gulana ini..
Nafsu kebinatangan dan keiblisan tidak boleh diikut kerana kalau ikut manusia akan jadi lebih teruk dari binatang dan lebih kufur dari iblis. Spt firaun, sampai iblis pun heran kerana dia pun tak ngaku yang dia tuhan.
Kehendak nafsu tidak akan ada kesudahan ibarat minum air laut yang tdak akan hilang dahaga.
Maka, dimana kita berada kita mesti harap redha atas setiap kurniaan Allah - konsepnya - dapat pun anugerah, tak dapat pun anugerah kerana Allah tahu apa yang baik untuk kita..
“Hanya orang yang bersabar tanpa batasan akan diberi ganjaran” - dr Al Quran.
Banyak benda kita hendak tapi Allah tahu kita tak mampu tanggung...
*..Akhirul kalam*
Agama Islam mendidik kita utk senantiasa menghitung diri kerana inilah yang akan membentuk jiwa dalam melakukan amalan yang mulia.
Wallahualam..
Moga bermanafaat...
Selamat berkumpul dan bersilaturahim anak anak Salor Kelantan pagi ini. Barakallahufeekum..
Wassalam
Al Fakir ilallah: *NCS*
☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46
Ustaz Abd Razak Mahadi https://www.youtube.com/live/OLTUDHXFwSc?si=3sTcy16qMLbidPGe Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 28.Safar.1446H Isnin, 2hb.Sep.2024 Perang Gaza hari ke - 320 PMX perentah hari ke - 649 PMX BALA APA LAGI! Dulu nafi sekarang jadi. Buta lagi ke kita! Adakah buat keputusan sorok2 menjadi method MADANI? Kisah Medeka - Mahathir Bersama Rakyat, berkumpul di Putrajaya! Serangan MEDIA keatas BANGSA & KEISTIMEWAAN MELAYU di Tanah Melayu Baca AlQuran faham dan amalkan. Coretan In.My.Mind # 91 -2024 Takkabur Definisi : berperasaan tinggi diri (suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dsb drpd orang lain), angkuh, bongkak: ia sangat sombong dan ~ tentang kecantikan dirinya; Iblis berdendam apabila diusir dr syurga kerana sikap ~ dan bongkaknya yg enggan sujud kpd Adam; ketakburan perihal takbur Tazkirah Ringkas # 91-2024 Bila manusia dibangkitkan selepas tiupan israfil...
Comments
Post a Comment