-- N G A J I

Tempatnya jauh, kau mengeluh.
Tempatnya dekat, kau tak berangkat

Ada jadual pagi, kau minta petang
Dipinda petang, kau lelah baru pulang

Ngaji di hari biasa, kau kata sibuk kerja
Ngaji di hujung minggu, kau kata sibuk banyak undangan dan urusan

Kelas sudah berjalan, kau tanya bila lagi pendaftaran
Di buka pendaftaran baru, kau kata nanti dulu.. masih atur waktu

Belajar Tajwid kau kata susah
Baca Quran tidak bertajwid kau anggap tidak sah

Disuruh menghafal, kau kata memberatkan
Tak ada hafalan, kau kata kurang amalan

Ustaz lulusan pondok, kau anggap ortodoks
Ustaz lulusan perguruan tinggi, kau kata bukan level kau, sebab dia kaki menguji

Ustaz ngajar cukup syarak, kau kata bosan
Ustaz ngajar santai, kau kata dia kurang pengisian

Makhraj kurang tepat, kau minta dibetulkan
Bila selalu dibetulkan, kau serik, kau kata kau tak belum cerdik

Kelas kena yuran, kau kata ostad cari duit
Kelas free, kau kata tak standard makin lama makin sikit

Syaitan itu gigih,
dia selalu membisik
kelemahan dan kebenaran untuk menghindar yang baik baik.

NGAJI itu PENTING
bukan yang penting NGAJI

Muhasabah bersama

#usrahsantai

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S