*Nota Pendek Dari Syarah Kitab Hikam oleh Ustaz Rahim Rafei.. selepas “Morning Thought” becomes “self talk”...* Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera salam jumaat... [Friday Morning self talks..] “tiada yg mudah melainkan dengan izin yang Esa”, maka senyum dan tarik nafas.. Kalau ada yang berserabut dikepala, ingatlah semua tak kekal: senang pun tak kekal, susah pun tak kekal. Pandai pandai lah kita meneruskan kehidupan.. walaupun dari satu fasa ke satu fasa lain, ia tidak mudah. Pada saya, apa yang ada di kepala saya, kita kena selalu berbalik pada Allah, selalu baiki hubungan dengan Nya, redha dengan Alalh, in shaa Allah, setidak tidaknya kita tenang dalam menempuh kehidupan. Ingat senang “grab” redha. Tidak semudah “Kau redho jelah”. Tidak semudah dan sesenang itu. Setidak tidak nya 20% “ true color” kita akan keluar dulu. Tapi pada yang akur dengan suruhan Nya, akan ada saat Dia jaga kita untuk “cool down”, ingat qada’ dan qadar. Tarik nafas dalam dalam. Lepas tu baru mula ingat: Macam mana redha, bila kita tak lagi mengeluh dengan ujian Allah. Malah bersyukur. Anggap jer ujian ini cinta. Ya, Cinta dari yang Agung. *Perkongsian Pagi* Nota pendek dari kitab hikam bahasan oleh ustaz Rahim Rafei.. TELAH ADA ALLAH DAN TIADA SAUTU DI SAMPINGNYA DAN IA KINI SEBAGAIMANA ADANYA SEMULA. Allah itu siapa dari segi sifat wujud. Dari segi aqidah - sifatNya - wujud, wahdiyyah (Esa). Allah tidak pernah berhajat pada sesuatu - qiamuhu bunafsih - hayyu qayyum ( berdiri sendiri dan maha kaya). Manusia mula adanya dengan lemah, jadi kuat kemudian akan jadi semakin lemah. Dalam Surah yassin - siapa yang Allah panjang kan umur Allah akan terbalikkan sifatnya semula kepada seperti anak anak. Tapi semua ini tidak pada Allah. Maqam fana’ - tiada lagi makhluk, hanya ada Allah. Ahli hakikat - tidak melihat adanya sesuatu yang dapat disebut disamping Allah. Tidak bergantung pada amalnya, tidak rasa rezeki datang dari kerja nya tapi ianya datang dari Allah. Bukan ubat menyembuh tapi Allah suruh berubat. Manusia kebanyakannya akan berada di maqam fana’ bila kita rasa tiada tempat bergantung hanya pada Allah. Tidaklah wajib untuk kita sampai ke tahap haqqul yakin ini... Islam bukan hanya lima rukun sahaja kerana islam adalah fissilmi kaffah, kena jadi baik budi perkerti yang berdasarkan pada syariah. *Akhirul kalam* Allah swt berfirman dalam surat cintaNya buat kita: “Dan sekiranya hambaKu bertanya tentang Ku kpd mu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat” - Dari ayat 186 AlBaqarah. There is nothing but our life in this world, so please proceed.. 😊 Wallahu’alam Wassalam Sekadar Ketipan: * Ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S