Part 2: *Sambungan Bersama Ustaz Wan Jemizan* - MASA.

Assalamu’alaikum..

Waktu pagi ghalibnya akan mengawali seluruh waktu dalam satu hari, mendahului tengahari dan malam hari.

sama sama manafaatkan waktu pagi kerana adat di dunia ini, nak jumpa raja atau pemimpin bukan mudah. Tapi, untuk kita 'berjumpa' ALLAH amat mudah asalkan kita bangun awal pagi -  sebelum Subuh yang dipanggil waktu sahur.

Mengadulah pada ALLAH apa masalah dan hajat kita kerana DIA 'melayan' kita pada waktu itu.

Sabda Rasulullah SAW: "Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam ketika tinggal satu pertiga malam terakhir lalu berfirman: "Sesiapa meminta kepada AKU, AKU akan tunaikan permintaannya. Sesiapa beristighfar kepada AKU, AKU akan mengampuni dosanya." (Sahih al Bukhari dan Muslim)

[Ustaz Wan jemizan.
syarahan buku : Permata Buat Orang Yg Beriman
Tulisan : Dr zulkifli Al bakri
Bahagian 2]

Imam Ghazali - Setiap yang hilang boleh di kembalikan dalam bentuk yang lain kecuali masa.

Contohnya, masa masa kita kecil dulu. Kita hanya boleh mengingatinya, mengimbau kenangan. Tapi tidak boleh mengulanginya..

Imam Ghazali bahagikan masa  kpd tiga : Masa yang lalu, masa yang sekarang dan masa yang akan datang.

•Masa lalu dah jadi sejarah, dalam islam, masa lalu berguna dalam hidup kerana kita kena belajar dari sejarah. Spt juga sejarah Melaka, yang jatuh sebab ada pembelot; bukan kerana lemahnya melayu dan islam. Jadi, pembelot ini akan ada sehingga zaman sekarang. Erti nya dari sejarah kita kena tahu macamana nak berdepan dgn isu pembelot.

•Waktu akan datang kita tidak tahu. Jadi kita kena rancang masa depan. Fail to plan is plan to fail. Spt juga dalam merancang untuk kita ramaikan jemaah surau untuk solat. Dan kerja tarik jemaah, bukan Ajk saja kena buat. Jangan sampai di akhirat nanti bila Allah tanya kita tak boleh jawab. Jangan fikir kita saja nak masuk syurga. Kita kena satukan fikrah dan jangan bina gap.

•Masa sekarang. Kalau nak buat pun buatlah sekarang. The power of NOW. Yang buat sekarang ini akan biasanya kita rasa dan miliki.
Kalau terlintas nak berzikir, jangan tunggu, terus berzikir. Kita tidak tahu selepas itu kita sempat atau tidak. Inilah masa yang dimiliki oleh kita semua.

Dari hadis berkenaan lima perkara sebelum lima perkara, kita diajar untuk merebut peluang dan menyusun jalan kehidupan kita terutama dlm ibadah.

Dalam surah الْعَصْرِ : Demi Masa!, lafaz nakirah untuk: (خُسْرٍ).. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

- yang bermakna manusia terdedah pada banyak kerugian. Maka, kita kena susun dalam kehidupan kita untuk kerja kerja kebaikan dan ibadah. Kalau dlm bab dunia dan bussiness, pecah kepala kita susun program utk berjaya tapi dalam bab akhirat kita langsung tidak peduli untuk juga menyusun program. Moga kita tidak termasuk dalam golongan yang hanya utamakan dunia tapi abaikan akhirat.

Mereka yang tidak rugi dlm hal masa adalah yang betul betul buat amalan soleh setiap masa. Ini adalah fael madhi. Kena buat betul betul. Dan mereka yang berpesan2 (saling berpesan bukan satu pihak) dengan perkara kebaikan dan sabar.

Masa hanya ada 24 jam. Kata Hassan Al bana - tanggungjawab kita lagi banyak dari masa. Maka, kena fokus dan letak prioriti supaya kita boleh letakkan yang utama dulu untuk diselesaiakan. Masa tak tunggu sesiapa. Masa adalah pedang. Kalau kita tak potong dia, dia akan potong kita..

Di celah celah masa ada masa. Kita kena berani mengatakan tidak. Gunakan kaedah temujanji. Jangan fikir terlalu jauh, yang jauh sangat dari kotak fikiran, jangan fikir sangat perkara yang beyond kita punya kontrol.

Carilah keberkatan dalam masa. Ada masa disebut secara specifik utk kita cari keberkatan - dhuha, lailatul qadar, antara dua khutbah. Isikan semoga ianya jadi sesuatu yang berkat.

*...akhirul kalam*

Masa amat terhad, kita kena selalu isi dengan perkara yang berfaedah.. andai anda yang tidak berfaedah carilah jalan untuk “cover” balik supaya ia di tutup semula dgn yg berfaedah. Semoga usaha kita di pandang Allah.

Wallahu’alam
Wassalam

Suntingan Dinihari : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S