*Picisan Dr Sang Kembara*
~ Maksiat Batin - Cetusan Ustaz Kamarudin Sidek*

Assalamu’alaikum....
Salam pagi Isnin.

Tepat 7 petang semalam, kami sekeluarga memulakan satu lagi expidisi musafir - kali ini menuju ke homestay milik kami di Temerloh dgn tujuan bercuti dengan satu perancangan melawat Bandar Pekan keesokan harinya. Alhamdulillah. Setiap kali bermusafir, ketundukkan jiwa kami kepada kekuasaan Allah semakin tinggi. Kerana itu, kami berdoa bukan sekadar berdoa tapi ianya hendak merasakan betapa semua nya dalam “genggaman” Allah.

“Ya Allah, ya Tuhanku, jika sekiranya adalah tertulis di Loh Mahfuz Mu oleh Qalam Mu bahawa perjalanan kami ini ada musibah; maka, kami mohon tukarkan lah ianya menjadi kebaikan utk kami.”

Jam 8, singgah sebentar di Genting Sempah untuk makan malam dan juga berniat memasukkan solat maghrib ke dalam waktu isya’. 840 malam, kami memulakan semula perjalanan dan selamat tiba di destinasi ( Taman Jaya) lebih kurang jam 10 malam. Perkara utama kami selesai kan adalah himpunan solat maghrib dan isya’ dulu.
Alhamdulillah.. tamat satu catatan kehidupan. Yang kekal kena ada dalam juzuk kehidupan kita adalah satu kebergantungan kita pada Allah swt.

Itulah juga hakikat sebuah kehidupan spt  perjalanan dari Seri Minang ke Taman Jaya, ada permulaan dan ada tempat tujuan penamat dan di tengahnya ada pula persinggahan.

“Dia lah yg telah mentakdir kan adanya mati dan hidup utk menguji dan menzahir kan keadaan kamu: siapa kah di antara kamu yang lebih baik amalanya; dan Ia Maha Kuasa, juga Maha Pengampun” (AlMulk : 2)

*Perkongsian pagi..*

Seperti yang di janjikan, saya sempat menggali sedikit tentang Maksiat Batin sepeti yang di sebut oleh Ustaz Kamrudin Sidek.

Dek kerana kehidupan ini sebuah perjalanan menuju penamatnya, di dalamnya penuh dengan warna warni. Dan warna warni itu pula,
kita di beri sedikit kudrat olehNya untuk ditentukan diri kita sendiri.

Maka, untuk tidak jadikan lakaran kehidupannya hambar bahkan hodoh tapi kita hendak jadikan lakaran kehidupan kita bersinar disisi Allah, maka kekanglah nafsu...

[ANTARA MAKSIAT BATIN]

Disebutkan oleh Imam Ghazali  di dalam kitab Arba’in Fi Ushuluddin antara  perkara yg boleh mencalar kan kerohanian seseorang ialah:

1.SYARHUT THA’AM
Suka makan banyak.

2. SYARHUL KALAM
Suka banyak bercakap tentang perkara perkara tidak berfaedah.

3. GHADHAB
Kuat marah. Suka bertengkar.

4. HASAD
Dengki terhadap orang lain yang mendapat nikmat kurniaan Allah.

5. BAKHIL WA HUBBUL MAL - Kedekut dan mencintai harta benda.

6. HUBBUL JAH
Cintakan/Sukakan pangkat, kebesaran dan kedudukan.

7. HUBBUD DUNIA
Cintak kepada keduniaan.

8. TAKABBUR
Membesar diri sendiri bercakap sombong.

9. UJUB
Terpesona dengan diri sendiri (merasa diri banyak berbuat kebaikan dan kebajikan).

10. RIYA’
Membuat ibadah bukan kerana Allah (suka menunjuk nunjukkan kelebihannya).

Jazakumullah

Sekadar perkongsian ilmu.

Sama sama kita mentarbiah diri sendiri dan semuanya, ke arah kebaikan kebajikan. Moga  menjadi Insan Terbaik Dunia Akhirat.

*Akhirul kalam...*

Hidup kita di dunia fana ini bukanlah tempat untuk kita bersenang senang dengan menghimpunkan kehendak nafsu kita semata mata. Bah kan inilah tempat untuk kita bersusah payah mendapat keredhaan Tuhan. Dan pasti nya untuk kita akan di uji.

Maka bergembiralah jika kita tahu akan hakikat ini kerna ia adalah pintu untuk kita merangka kehidupan yang sekali ini.

Di petik dari kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi.

“Jadilah kamu di dunia ini seperti anak dagang atau pelintas. Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu tunggu sehingga ke pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah ditunggu sehingga ke petang. Gunalah masa sihatmu sebelum masa sakitmu dan gunalah masa hidupmu sebelum waktu matimu”
(Riwayat Bukhari)

Tidak seperti expidisi Taman Minang ke Taman Jaya yang tahu masa tamatnya, tetapi Expidisi Hidup ini umpama pengembara yang tidak tahu bila penamatnya tiba. Tetapi penamat itu pasti akan berlaku...

Walaupun kita tahu expisi ini sukar dan ia memenatkan tetapi dengan langkah yang berbaki di dunia ini, kita kena terus mengejar juga matlamat dunia dan  akhirat.

Sama sama kita mentarbiah diri sendiri dan semuanya, ke arah kebaikan kebajikan. Moga menjadi Insan Terbaik Dunia Akhirat.

Amin!

Semoga bermanafaat

Wassalam.

Picisan dari Pengembara: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S