*Reletif Jarak dan Masa: Tamat status Musafir dan Sambungan Nota Kuliah Subuh dari Tanah Rata Bersama Ustaz Ramli @ Masjid Abu Bakar*

Assalamu’alaikum..
Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah. Selamat menamatkan status musafir semalam, apabila selamat tiba 8 malam. Singgahan terakhir adalah Masjid Saidina Othman Al Affan di Bandar Permaisuri Cherasz, berjemaah maghrib disitu.
Sempat lagi, memasukkan isya kedalam maghrib.

Faktor usia menyaksikan saya agak kepenatan selepas memandu 4 jam tanpa henti. Memaksa diri berehat sesampai di rumah. Satu jam terus terlena.

Apa2pun, syukurlah sangay. Alhamdulillah...yang jauh Allah dekatkan yang panjang Allah pendekkan, semuanya hanya ada pada perasaan yg di anugerahkan
Nya. Secata fizikal, jaraknya tetap jauh 241km dan masa nya lama 4 jam. Tapi semua nya tak terasa. Cuma yang terasa adalah “penat”..

Teingatlah masa kita didunia, kita rasa lama tapi tidak lama sebenarnya..

“Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi ? Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanya kanlah kepada orang orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya” - Surah Al Mukminun: 112-114.

..Allahu...

*Sambungan Nota dari Kuliah Ustaz Ramli ketika kuliah subuh di Masjid Abu Bakar - Kupasan Hadis ke 24 Matan Arbain*

Bila kita berhenti dari bermaksiat dan berdosa, hingga kita bertaubat Allah dan diterima Nya, titik hitam di hati berhenti juga tapi jika tiba tiba berbuat dosa lagi, maka akan ada semula titik hitam itu dan jika kita tidak bertaubat semula, ia akan jadi karat (ron) semula dlm hati. “Bahkan akan jadi karat dalam hati mereka, tidak sia dia dosa dosa mereka itu jadi karat atad dosa dan kesalahan mereka..”

Kekadang kita tidak sedar dengan dosa yang kita lakukan, tapi jangan rasa kita tidak buat salah, malah berdosa kalau tak rasa kita ini tidak berdosa...

Nabi saw sendiri berisitghfar pada Allah antara 75 - 100. “Wahai manusia, taubatlah kamu pada Allah, aku juga bertaubat padaNya setiap hari 100 kali sehari”
..walaupun nabi saw tiada dosa sejak dari lahir hingga wafat - maksum, sering kali memohon ampun padaNya, apatah lagi kita.

Tiada kuasa lain yang boleh ampun dosa2 kita kecuali Allah, maka pohonlah keampunan padaNya, nescaya Allah akan ampunkan..

“mohonlah keampunan padaku aku akan ampunkan ..” - hadis qudsi.

Jangan lengah lengahkan kerja kerja taubat kerana mati kita lebih dekat dari tali kasut yang mampu kita capai dan ikat.. jangan tunggu esok jangan tunggu sekejap lagi, lakukanlah dimana mana saja. Allah tak pernah tutup pintu taubat 24 jam terbuka..

Mati kita dah Allah tetapkan. kalau bila road tax mati, kita tahu tapi tidak mati kita.. maka selalu lah dan bersegeralah bertaubat.

Kalau kita tak bersihkan dosa kita didunia, maka kita kena bersihkan di akhirat.
Allah buat neraka bukan untuk kita tapi tapi untk orang kafir .. “takutlah kamu pada neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu batu, dan kami sediakan ini utk orang kafir “dari al quran. “ Jangan kamu mati kecuali mati dlm islam.. dari alquran TAPi.. sebab kit tak cuci dosa ( selalu bermaksiat dan tak pernah bertaubat sebelum mati) semasa di dunia maka kita akan di paksa cuci dosa dengan masuk ke neraka di akhirat nanti. ..

dan sessunggunnya semua orang yang ada sedikit iman di hatinya akan masuk syurga akhirnya.

Kita kena mohon mintak supaya Allah ampunkan kita. Allah tak ampunkan dosa kita jika kita tak mintak di ampunkan.. perumpamaan seperti, kena masukkan card ATM untuk keluarkan duit kita dari bank, sedangkan itu duit kita, apatah lagi dengan keampunan kita pada Allah, yang mana keampunan ada lah milikNya.

*Akhir kalam..*

Selesai sudah kembara saya bersama ilmu sambil meraih sedikit quality time bersama keluarga. Semoga semua nya ada kira kira disisi Allah.

Esok.. ada sedikit lagi nota yang hendak saya sharekan di ruang picisan pagi saya ini. Berkenaan:

WAHAI HAMBAKU KAMU TIDAK MAMPU MEMBERI MUDARAT DAN MANAFAAT PADA SATU APA PUN KECUALI AKU .. QUDSI.

Semoga bermanafaat..

Wallahu’alam

Wassalam

Dari : *Ncs*
#Taman Seri Minang
Cheras.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S